Saturday, May 14, 2011

12 mei.....

SELAMAT HARI JURURAWAT
Kepada semua jururawat yang telah berjaya melaksanakan tugas mereka dgn sempurna.
Bukan mudah tugas mereka, menjaga, melayan, membelai dan merawat pesakit tanpa mengira warna kulit dan agama. Mereka juga seperti kita, ada masa girang, ceria, sedih dan mungkin hambar namun tugas tetap mnjadi priority. Teruskan khidmat dan  muliakan pesakit dalam tugas.

Hari ini, Sabtu 14 MEI, saya berpeluang meNgunjungi hospital yang merawat  ibu mertua abg. Suasana hospital begitu tenang sekali dan wajah2 keceriaan jururawat saya saksikan. Dinding2 di hias dengan kad dan belon2 menghiasi kaunter bertugas mereka. Namun perhatian saya lebih tertumpu keada mak chik. Keadaannya amat lemah dan memerlukan tiub yang disambung ke hidung untuk minum susu. Matanya pejam biarpun diusap kepala  namun sesekali membuka mata dan memerhati tanpa bicara dengan kita... Hanya ALLAH jua yang lebih mengetahui dan  hanya doa penyambung hayatnya.

Bersama menziarahi mak chik adalah emak saya.. Mak ..SELAMAT HARI IBU..
Memang peluang yang saya amat2 hargai....bertemu dengan mak....jumpa mak...peluk mak...cium mak lagi....
Saya rasa amat bertuah kerana ALLAH izinkan pertemuan dengan mak dalam kehangatan 
HARI IBU dan ulang tahun kelahiran..ALAHMDULILLAH

TERIMA KASIH MAK...melahirkan anakanda ke dunia ini...Mhn dihalalkan keseluruhan keringat dan tenaga melahir, membesar, melayan dan menjagaku dari sekecil2nya hinggalah seusia umur yang ada ini..MAK...anakanda tak mampu membalasnya ...terlalu tinggi harga dan  amat bernilai.
TERIMA KASIH MAK...teruskan mndoakan anakanda .


TERIMA KASIH ALLAH yang melanjutkan usiaku lagi... Bertambahnya angka muga bertambahlah ilmu dan amalku.. 12 mei....bermula satu anjakan 

KEPADA Semua SAHABAT yang masih ingat tarikh keramat ini denga ucapan2 yang diterima, saya amat2 hargai....InsyaALLAH akan dikongsikan di n3 berikutnya...
TERIMA KASIH 

2 comments:

azlina 2 said...

assalamualaikum...
alhamdulilah dan taniah buat aminatul dan shahmi atas kejayaan masing-masing...
di doakan semuga ibu mertua abang di beri allah kesembuhan..
dan buat ucu...selamat ulangtahun kelahiran bt ucu wlpun tak tahu berapa hb nya ...semuga ucu sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang allah selalu...

ainhany said...

waalaikumusalam kanda,

alhamdulillah rezeki anak2 kak..:)
InsyaALLAH muga ALLAH mmberi kesembuhan buat mak chik Zainab...melihat kesakitan betapa bertuahnya nikmat sihat..:(

Ucu dah tua laa kak..dah semakin dekat dengan kubur..:( INSYALLAH mudahan diperkenankan doa dan munajat kita..Amin

TERIMA KASIH