Tuesday, May 10, 2011

Relakanlah..

daripada umar ra...lalu Jibrail berkata: terangkanlah padaku tentang iman. Nabi menjawab iaitu kamu beriman kepada ALLAH, para Malaikatnya, kitab2nya, para rasulnya, hari qiamat dan kepada qada dan qadar yang baik dan buruk...(HR Muslim)

Mempercayai rukun Iman adalah wajib bagi kita. Semua orang boleh menghafal nya namun sejauh mana kita menghayati dan membenarkannya terutama rukun yang terakhir.  Apabila  diuji dengan sakit kita pun  menjadi tak keruan , putus harap dan mengelabah. Inilah tingkatan iman kita yang perlu dirawat. Menerima takdir dan mengekalkan istiqamah pada ALLAH. Ya ALLAH ajarkan kami untuk melembutkan hati kami menerima ujian dengan redza.

Ambillah iktibar dari kisah-kisah yang pernah kita saksikan dan kongsikan. Kekebalan semangat mereka dgn kejituan  ketabahan merelakan penderitaan, kesakitan atau ujian.  Semuga suntikan semangat mereka menjadi kita semakin mengenal diri dan mendekatkan kita dengan ALLAH. Selama kita sihat, kita syukurilah dan hulurkan simpati serta doa buat yang sedang diuji. Sebagai satu komuniti dalam masyarakat, kita hulurkan sokongan, ziarahlah  dan doakan muga mereka yang sakit dan diuji akan disembuhkan. Menerima  khado dan qadar ALLAH dengan hati terbuka.

Buat Chinta dan adik beradiknya sebagai rakan, juga mcm adik, saya mendoakan semuga ALLAH membekalkan ketabahan berterusan buatnya dalam misinya menjaga emaknya yang sedang dirawat. Kanser buah pinggang tahap 4, yang baru dikesan bukan shaja merupakan kejutan buatnya bahkan melunturkan semangat hidup emaknya. Faktor usia juga komplikasi lain mnyebbkan tiada perubatan moden yang boleh membantunya. Kini ibunya masih terlantar di wad PPUM. Insya ALLAH saya akan mengunjunginya lagi dari masa kesemasa dan saya yaakin ALLAH mendengar rintihan kita. Semuga ada kesembuhan dan rawatan alternatif yang mmbantu  mengubatinya dengan izin ALLAH.

Untuk ibu @ kak nah, kakak ipar saya yang berganti2 dengan adik beradiknya menjaga emaknya yang sedang dirawat di HKK. Berkhidmatlah ibu dengan sebaik mungkin, sebab kita takut tak sempat lagi selepas ini. Menurutnya kesan jangka lama terlantar ke rumah ada komplikasi di belakang dan sedang dirawat. Walaupun terpaksa makan mnggunakan tiub, tetapi mak chik menunjukkan perkembangan positif. Semuga ujian yang mak chik hadapi ini bukan sahaja  satu hikmah tetapi juga peluang untuk anak2,cucu2 mencurahkan nilai kasih sayang ..Terharunya saya bila kesempatan berziarah ke rumahnya....anak2, cucu berhimpun dan mmbacakan ayat2 AQ, yasin berterusan..alangkan indahnya jika semua orang memahami khasiat AQ sebagai penyembuhan.  Semuga ada kesembuhan juga buat mak chik

Untuk kak jan/abg nik @ adik ipar abang saya, teruskan berikhitiar dan mendoakan kesembuhan buat anakanda tercintanya yang telah dihidu oleh penyakit SLE. Mengikut kata doktor (bangsa asing), hanya keajiban yang mengubah keadaan. Bangunla nak, di usiamu baru 14 tahun, dirimu perlu tabah walaupun telah diuji dengan kesakitan ini. Biarpun mudah disebut namun perawatannya memerlukan perhatian yang amat serius. Setiap minggu dia perlu berulang ke hospital PCMC dan mendapatkan pemeriksaan darah yang berterusan. Ini menjejaskan pembelajarannya. Inilah ujian dan derita yang perlu ditempuh oleh anak ini dalam tempuh waktu yang tak diketahui..  Semuga ALLAH mengampuni dosa dan memberikannya peluang untuk lebih mendekatkan diri pada ALLAH.    "setiap penyakit pasti ade penyembuhannya".

Untuk kak Zainah, seorang kakak yang sering melakukan kerja amal di masjid tempat kerja saya teruskanlah berkhidmat untuk ayahnya. Menurutnya setelah seminggu bercuti, perkembangan ayahnya sentiasa dipantau. Dengan faktor usia segala penyakit datang bertandang bila sistem imunisasi semakin lemah. Kini ayahnya di rawat di hospital dan anak-anak terpaksa bergilir menjaganya. Apakan daya faktor kejauhan terpaksa di kesampingkan atas nama kasih pada seorang ayah. Mudah-mudahan ALLAH menyembuhkan jua.

Untuk Seniwati Datok Sarimah  yang menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.(rujuk DISINI ), dirimu amat tabah dgn ujian ini. Peluang dan pendekatan  memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan menjadi spiritnya . Subhanallah. Saya masih merasai bagaikan semalam saya mmbaca buku pengkisahan tentangnya. Amalan mengekalkan kesihatan dengan senam,  memakan ulam  dan jamu serta  amalan tahajud serta membaca AQ telah dimulai sejak dari dulu. Namun bagaimana kita? Semuga ALLAH memperkenankan doa kita untuk kesembuhannya jua.

Untuk yatt,  tabahkan lah hatimu dan teruslah mendapatkan rawatan atas penyakit  tyriod itu.  Betapa sayangnya ALLAH dan diberikan kesakitan ini untuk orang yang dipilihnya. Makanlah ubat yang dibekalkan dan jaga kesihatan semuga tidak menarik perhatian penyakit lain lagi. Saya yakin, dengan ilmu dan pengetahuan mendalam yang ada dalam jati dirinya, beliau seorang yang tabah, rela dengan ketentuan ALLAH ini dan pasti ALLAH menyembuhkannya jua.

Buat diri, kesakitan yang ada ini satu koreksi. Terkadang terfikir betapa ALLAH telah memilih  untuk sakit kerana sayangnya pada diri. Semakin sihat semakin lupa akan hikmahnya sihat teapi apabila teruja dengan sakit, nilai sihat amat disyukuri. Subhanallah betapa rahmatnya ALLAH. Tetapi kenapa malas untuk mendapatkan rawatan berterusan...? Kekadang bermonolog diri ini...apakah ubat itu jaminan kesembuhan? Andainya kematian itu lebih baik kenapa kita tak bersedia dengannya? Segala teka teki hanya kan berakhir tatkala nyawa yang dipinjamkan telah kembali kepada PENGUASANYA..Muga husnul qatimah dipenghujungnya, di malam Jumaat yang barokah dan di Ramadan yang dimuliakan.  Redzakanlah qada dan qadar ALLAH.  Semuga ALLAH mengampunkan dan memperkenankan doa2 kita. Menyembuhkan dan memberi peluang untuk kita semakin mengerti makna "khalifaH' dalam memakmur bumi ALLAH ni serta  menjauhi beriktikad syirik dalam menyekutukan ALLAH .Doakanlah kebaikan dan kesihatan berterusan buat emak tercinta juga.

Setiap yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkan dan segala kekurangan adalah kelemahan dan kecuaian diri saya sendiri. Sekiranya saya terlajak, pandulah saya, kerana saya juga perlukan pedoman dalam hidup.   

8 comments:

ahmad humairi said...

Allah Maha Adil.
Tabahlah menghadapi segalanya.

ainhany said...

salam cikgu,

subhanallah.
mudah2an begitulaa

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Moga Allah permudahkan segala urusan dalam keadaan sihat sejahtera untuk beramal kpdNya

Wassalam

Ummi Humaira said...

assalamualaikum dik Ain...

semoga semua yg sedang diuji dgn sedikit kesakitan tabah menghadapinya, doa kak chaq moga2 mereka semua cepat sembuh dan dpt beramal ibadah dgn lebih tawadduk lg.

KAMATO said...

Setiap perkara itu ada hikmahnya, moga kita tabah mengharumi setiap dugaan

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth tuan hj,

InsyaALLAH.
Kepada ALLAH jualah kita memohon pertolongan.

Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth kak chaq,

Amin.
Menjadi iktibar buat yang sihat..beramal dan bertaubatlah tika masih sihat.

ainhany said...

Salam Kamato,

insyaALLAH
Merenung Hikmah ALLAH terkandung seribu satu ketenangan...

Terima kasih