Thursday, May 26, 2011

"Apabila Tiba Hidayah Allah"

Sembang-Sembang Dakwah 'Apabila Tiba Hidayah Allah' bersama

SHAM KAMIKAZE (bekas pemain gitar terbaik negara, guitaris Kump Kamikaze, bekas Guru Muzik Akademi Fantasia &; bekas artis)

WARDINA SAFIYYAH (bekas pelakon, model dan selebriti)
 
Menampilkan:          
 USTAZ FARHAN SUHUT (Pensyarah, Ketua Ulama' Kawasan Gombak & Timbalan Nazir Masjid As-Sobirin)

Tarikh : Jumaat ( 27 Mei 2011)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Mustaqim, Jln AU5C/8, Lembah Keramat, Hulu Kelang


Jom hadir beramai-ramai mengikuti pengalaman bekas artis popular yang berhijrah ke dunia Dakwah ...

Sumber : DI SINI  (Terima kasih juga ats info sms yag diterima)

4 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila kita menyebut tentang `hidayah`, sebenarnya hidayah telah pun sampai pada setiap manusia samada orang Islam atau kafir(Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ Maka adapun ia pasti datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka). Dari segi balaghah perkataan `يَأۡتِيَنَّكُم ` menunjukkan penegasan bahawa petunjuk itu pasti datang pada setiap orang dari Allah SWT. Mmg petunjuk telah ada depan mata cuma setiap orang mesti membuat pemilihan dan menjadi saksi! Manusia ni macamana kufur sekalipun, mrk tetap tahu mencari makan, minum dan keperluan asas yang lain utk hidup s/b/mana kisah Nabi Musa a.s. memukul tongkatnya ke atas batu, maka terpancar 12 mataair dimana masing2 tahu tempat minum tanpa diarah!(Surah AlBaqarah:60) Bukankah petunjuk juga merupakan `basic needs` bagi manusia? Sebenarnya dalam diri manusia dan segenap penjuru (capaian internet) merupakan petunjuk Allah SWT supaya kita beriman (Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Tidakkah dalam Surah AlBalad:10 وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Kita yang tinggal di dunia ni perlu sedar bahawa kita akan menjadi saksi bagi manusia2 dan Rasulullah saw menjadi saksi bagi kita supaya mrk tidak memberi alasan keterlupaan atau menyalahkan ibubapa mrk atas agama sebelum ini. Surah Al`Araaf:172-173قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢) أَوۡ تَقُولُوٓاْ إِنَّمَآ أَشۡرَكَ ءَابَآؤُنَا مِن قَبۡلُ وَڪُنَّا ذُرِّيَّةً۬ مِّنۢ بَعۡدِهِمۡ‌ۖ
Surah AlBaqarah:143١٤٢) وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا Dan demikian [pula] Kami telah menjadikan kamu [umat Islam], umat yang adil dan pilihan [3] agar kamu menjadi saksi atas [perbuatan] manusia dan agar Rasul [Muhammad] menjadi saksi atas [perbuatan] kamu.
Persoalannya sejauh manakah kita menjadi saksi di dunia ini?? Wallahualam.

aizamia3 said...

suka dengan penghijrahan mereka.. moga ramai yang akan ikut jejak langkah ke arah yang lebih baik dari sekarang..

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth ustazah,

Subhanallah...penjelasan yg tpat. ..terima kasih atas perkongsian ini. Semuga hidayah ALLAH ini kita manfaatkan dan kita mhn rahmat ALLAh jua mngiringai..

Sama2lah kita sering mngingtkan muga kita tak dipersoalkan di sana..Mnjadi saksi dan penyaksian adalah tnggungjawab bersama. Semuga ALLAH selamatkan kita.
Amin. Terima kasih

ainhany said...

salam aiza,

nilah rahmat ALLAH...muga kita juga istiqamah dalm iman...
Muga generasi kita dapat diselamatkan....Amin