Tuesday, May 31, 2011

Bila cuti bermula.



Cuti sekolah telah melabuhkan sauhnya...bagi negeri Kedah, Khamis merupakan hari terakhir. Jumaat adalah peluang mereka untuk mendobi pakaian dan cadar asrama manakala Sabtu adalah persediaan diri untuk perjalanan jauh. Oleh itu bermulalah tugas pertama saya menjemput dan menerima tetamu yakni anak-anak sedaraku  di stesen duta dan di awal pagi..

Syukurlah seperti dijangka sebelum jam 5 pagi, mereka telahpun tiba di Stesen bas duta tetapi saya tak gusar sangat kerana kali ini mereka 3 sepupu...Fatin, kak long dan Ahmad. Ada wakil super hero kan... Namun pecutan viva pagi itu juga berserta dengan doa sebab ini adalah hari pertama viva telah expired road taxnya..Takut adalah sikit tetapi kegusaran dengan sebarang kemungkinan juga ada sebab kawasan Ampang nie sekatan jalannya tak tentu waktu...Konvoi anak-anak saudara saya ini juga membawa bersama road tax baru viva. Syukur

Sebagai menghormati azan subuh yang berkumandang seketika membeli nasi lemak pagi, kami terus singgah solat di masjid Kg Baru dan atas cadangan kak long, dengar kuliah subuh baru balik rumah ( Terima kasih along- I like). Syukurlah berbekalkan pendidikan Islam di dua buah sekolah yang berbeza untuk anak2 saudara ku ini  tetapi penekanan amalannya tetap sama. Saya perhatikan mereka (along dan fatin) begitu lancar menghafal surah yasin,bacaan hizb  dsb. Bagi mak saudara mereka yang tua nie, bukan sahaja masih gagap bahkan mata semakin kabur...inilah bezanya orang yang belajar dari awal usia berbanding dengan orang tue. (ini adalah kritikan untuk diri tanpa unsur sindiran ). Kuliah subuh pula berkait mengenai ketuhanan yg esa dan berpandukan kitab tauhid"...." yang menggunakan bahasa melayu lama. Saya membiarkan mereka mencatat bagi menambahkan pemahaman. Lancar sahaja mereka mencatat di buku nota saya dengan mnggunakan tulisan jawi..contengkan apa saja di buku catatan itu..hanya itulah peninggalan yang ada untuk chu tinggalkan andai chu tiada lagi nanti....

Kuliah tamat sekitar jam 8.30 pagi dan pecutan Viva terus ke Tecso.  Ada misi yang perlu diselesaikan....

2 comments:

azlina said...

assalamualaikum ucu...

alhamdulilah meriah le ucu bersama2 anak saudara...baru lepas balik dr kuar makan dgn kak chaq..ni

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth kak ina,

alhamdulillah....:)
Amboi2 dating ngan chaq x ajak nooo... b'gosip ke ?
InsyaALLAH ketemu jua kita nanti..