Wednesday, May 18, 2011

18 mei...

Alhamdulillah dan syukur....

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ANAKANDA SAUDARAKU:
FAIRUZ SYARWANI dan FAIRUZ HAZWANI

"Semuga anakanda berdua beroleh kejayaan dan menjadi anak solehah. Hidup yang dinaungi kasih sayang dan kecintaan berkekalan kepada ALLAH dan Rasul. Berisqamah dalam beribadat dan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. Sayang adik dan kakak..."

Dua beradik kembar ni sedang bersekolah di sebuah sekolah aliran agama di aloq setar. Sehingga kini rekod prestasi cemerlang mereka mengkagumkan. Saya harap mereka dapat mengekalkan kecemerlangan untuk mengharumkan nama sekolah, agama juga ummi ayah. Dua beradik ni  kreatif dan dan memang manja maklumla anak bungsukan. Tetapi mereka boleh hidup berdikari sepanjang berada di asrama sekolah. Baguskan anak buah saya nie.. I LIKE

Sayangnya sehingga kini saya sukar membezakan mana satu kakak dan adik dan sudah mnjadi sinonim anak2 sedara ni..kalau silap pun, dengan sopan berbudi bahasa..".ni kakak laa chu."...atau "Halaa achu... ni adik laa..." Pokok nya nak cover line, saya pun kata..."oooh ya...kakak adik, adik kakak....".macam tu lah orang tua ini yang menegakkan benang yang basah. Dulu2 boleh la buat pengecaman mengikut birthmark tapi kini dah  menutup aurat.....susahlah nak mengenal....Tetapi itu bukan masalah bagi abang dan kakak mngenal anak2nya. Pada mereka ALLAH berikan kuasa pengecaman. hebatnya kuasa ummi dan ayah kan dik kakak??

Semuga anak-anak saudara saya ini dapat meneruskan pengajian dan berlumba-lumba mencapai kejayaan. Seringkali pretasi mereka hampir sama dan ini satu rekod buat mereka juga. Semuga ALLAH memelihara anak2 ku ini dan keturunan kita selamanya. Tingkatkan amal dan iman mereka dan jadikan mereka anak2 yang berakhlak mulia seperti mana tika muda. Muga keselamatan ALLAH mengiringi Harwani dan Syarwani..( saya pun tak pasti mana satu kakak dan adik tapi nanti saya check semula rekod mereka)
chu sayang adik dan kakak....Amin

Wallahuaklam.

4 comments:

مسافر_اسلام said...

Selamat Ulang Tahun. MIntak mak chu hadian besar-besar ya.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kalau kita amati kedua2nya, InsyaAllah kita boleh kenal NUR SYARWANI dan NUR HAZWANI . Tentu Nur Syarwani ini adik, muka tembam dan matanya galak bulat sikit jika dibandingkan dengan kakaknya Nur Hazwani. Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran pada 18 mei 2011 semoga sentiasa ceria dan mumtazzon dlm hidup InsyaAllah.

ainhany said...

Salam dik MI,

Terima kasih dik.
Ehem....kira satu jer laa...bahagi dua tak gitu...? Alhamdulillah.

wasalam

ainhany said...

Waalaikumusalam uszah,

Yesss...tepat sekali!. Apa rahsia bOleh tau dgn tepat mana akak dan adik nie? Hebatnya ustazah...Subhanallah.
Dari faktor fizikal mgg serupa,tpi tenguk sorang2..boleh konfius jugak laa..

Terima kasih atas doa.Muga dikabulkan..InsyaALLAH