Sunday, May 2, 2010

Lifeline4Gaza

Palestin oh palestin....
Kita mungkin tidak dapat membantu dengan tenaga. Tetapi kita boleh membantu dengan menyebarkan kesedaran dan kefahaman. Kita boleh membantu dengan memperbaiki diri dan masyarakat. Kita juga boleh meringankan beban mereka dengan menyumbang wang dan barang-barangan.

Maka marilah bersama-sama menyokong kerjasama Lifeline4Gaza, yang berusaha bermati-matian untuk memastikan misi Break The Siedge berjalan dengan lancar.

8MEI  perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam akan diadakan. Masuk adalah percuma. Mari bersama-sama kita gegarkan dunia dengan suara kita. Tunjukkan bahawa, andai tangan dan kaki kita tidak terikat dengan rantaian-rantaian dunia, sudah pasti Israel itu sudah lama diterbalikkan oleh kita.

Untuk makluman kalian, ahli-ahli Lifeline4Gaza gigih dalam mencari sumbangan. Mereka kini berusaha pergi ke serata tempat untuk menyebarkan kesedaran dan mengumpul dana bagi memastikan projek Break The Siedge berjalan lancar. Sekolah-sekolah mereka tujui, plaza-plaza shopping kompleks mereka pergi. Semuanya untuk menyebarkan kefahaman, menanam kesedaran agar Palestin berjaya diselamatkan.

Mari kita membantu mereka.
Sumbangan untuk Palestin dalam projek Lifeline4Gaza ini boleh dihulurkan melalui ‘lorong’ berikut:

Nama Akaun: Tabung Palestin Haluan

Nombor Akaun: 5644 9020 8528

Bank: Maybank Berhad
( AYUH RANCANG BUDGET RM 10 /SEBULAN. Muga tiada kekecewaan di kemudian..)

2 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
thanz kak 4 da inf0..
hmM..nak mnjunjung senjata ke sana kita tidak mampu..berjuang dari sini itu sudah tentu..
p/s: terkenang kempen 'Tangisan Di Bumi Gaza' suatu tika dl..

ainhany said...

syukran..

insyaALLAH jumpa disana dalam satu wadah...GAZA jgn kau menangis lagi..kami bersamamu!!