Wednesday, May 5, 2010

integritikah polis kita

Kini polis menjadi tajuk utama di akhbar. Impak kematian anak remaja 15 tahun Amirulrashid mengheret profesion polis di mata masyrakat. Semuga kebenaran dapat ditegakkan. AL FATIHAH buat allahyarham.

Pengalaman pada awal pagi baru-baru ini( pulang dari kampong) begitu menarik dikongsikan. Sebelum itu, saya singgah di stesen minyak bagi mengisi tangki minyak yg surut. Di kala begini, atendan pam pun terlelap dan tersilap punch melebihi dari yang saya bayar. Geli hati juga tetapi syukurlah saya masih waras dan yakin ALLAH melihat apa yang saya laksanakan. Meneruskan perjlanan di sekitar jam 525 pagi , tetiba ada sekatan jalan raya pula. Jaraknya hanya 2km saja lagi sebelum saya sampai destinasi di tuju. Entah apa yg menarik perhatian pak polisi, saya di minta berhenti . Seorang lelaki beruniform kemas dan berpangkat satu palit, mmberikan salam dan bertanya khabar . Pertanyaanya di awal pagi:
Dari mana?
Nak kemana?
Masih belajar atau keje?
Kerja kat mana? Oooo jauh tuuuuu
Dah lama keja?
Dalam masa yg sama, sebelum sempat dia meminta lesen, saya telah menghulurkannya. Tekasima saya bila dia bertanya semula..Ini lesen apa ??? WAduh ….sudahla di waktu pagi begini, mata mengantuk dan terpaksa berkejar ke pejabat pula selepas ini. Saya menyerahkan lesen memandu yng baru saja di perbaharui-selepas 3 thun sekali. Terasa seolah-olah diri dipermain-mainkan, dimana profesional seorang anggota yg menjaga ketenteraman awam. Selepas dia memulangkan lesen, saya sempat bertanya dah boleh jalan ?. Dia mengangguknya. Tanpa mengucapkan terimakasih dan memandang tag namanya saya terus berlalu dgn persoalan..kenapa mereka ‘memberhentikan” kenderaan saya seketika dengan pertanyaan yang tak masuk akal ?

Mengandaikan diri saya sebagai anak remaja yg melakukan kesalahan jalan raya, kemungkinan tindakan luar sedar dilakukan. Jiwa remaja adalah jiwa yang mmmberontak dan ingin mencuba. Apakah akan berlaku peristiwa berdarah lagi????

Atau sekiranya saya antara wanita yang melakukan kesalahan apakah dengan berbual2 begini, segalanya akan terurai dengan pertukaran no telefon. Sama ada budaya rasuah atau masalah social yang bakal mengundang siapa yang wajar dipertanggungjawabkan..

MORALNYA sbg anggota beruniform perlulah seseorng menghormati uniform yg dipakai dan mematuhi etika dan profesion yang dijawat. Bukan sekadar menuding jari yang satu tapi LIMA lagi menghala kepada diri sendiri. Masalah sOsial adalah masalah bersama dan marilah kita benterasnya bersama. Fikiq2laar

3 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
hmM..pengalaman sendiri mungkin bisa menjawab pers0alan itu..setakat ni sy belum pernah terkena, melainkan ditahan kerana silap sendiri..mungkinkah mereka hanya berani dengan si hawa? atau anak kecil? atau nenek tua?..

iz-AnN عبداللطيف said...

hurmm...tulah kak...kekadang dok terpikir, dimana integriti polis di malaysia ni kan...tetambah bila timbulnya kes ni...masa kes si anwar dulu pun saya dok bertanya hal sebegini...sedih tul...alfatihah tuk arwah

ainhany said...

waalikumus salam azrai,

ye laa dik, hnyA pengalamn mmbuatkan kita terpikir akan hikmah dan natijah..

Rujuk the star pge N24 hari ni, sexsual harassment..apakah satu kebetulan atau perancangan??? dlm minggu yg sama...:) Siapa harus kita hormati????

dik Izan
sama2lah kita jadikan iktibar.Gunakan akal yg WARAS dan buatlah pilihan yg tepat. kebenaran harus ditegakkan.Semuga DSAI selamat dari fitnah dan mehnah dunia. doa teruskan doaaa