Thursday, May 13, 2010

Semarak Maulid Rasul 2010

Pengalaman menghadiri majlis yang sama tahun lalu, merupakan satu catatan kembara yang ternilai. Majlis ilmu yng menghimpunkan segenap masyarakat seluruh Negara tanpa berbeza bangsa, kulit dan budaya. Ada yang didatangkan daripada negara 'Arab & Teluk, Australia, Pakistan, Eropah, Indonesia, Thailand, Singapura,India dan Filipina dll.

Betapa terharunya melihat ibu bapa yang membawa baby dan anak2  kecil bersama seolah-olah sedang ber’rehlah’ di taman2 syurga. Majority lelaki yang mengenakan pakaian/jubah serba putih dengan serban yang pelbagai. Ada yg dipakaikan dikepala dan ada pulak yg sekadar meletakan di bahu. Betapa mereka ini tergolong di kalangan manusia yng menghidupkan sunnah rasul. Sesekali terasa seronok melihatkan di kalangan anak2 remaja dan belia yng menghadirinya. Boleh dikatakan persekitaran ruang solat telah dipenuhi dan CCTV di paparkan bagi kemudahan semua. Saya tiada pengalaman utk menggambarkan suasana ramai jemaah pada hari jumaat/raya cuma gambaran kasar saya, saya merasai diri ini terlalu kerdil bahkan kecil di pandangan ALLAH bila berada dikalangan jemaah yang ramai lagi alim dan tawaddauk.


Apa yang mengertak hati saya adalah kehadiran begitu ramai ulama' dan 'ilmuan Islam dalam majlis ini. Kesemua mereka menyampaikan ucapan ringkas tentang sejarah dan kehebatan Rasulullah. Kupasan demi kupasan sirah Nabawi dan menceritakan tentang keagungan Rasulullah. Bahasa yang digunakan adalah dlm bahasa arab dan bahasa inggeris. Walau bagaimanapun jurubahasa-seorng timb mufti N9 bijak dan pintar menterjemahkan dengan begitu tepat dan tuntas ke bahasa Melayu. Memadailah untuk seorang hamba yg kerdil ini memahami perjuangan Rasullulah dlm majlis antarabangsa seperti  ini. Saya bertanya pada jemaah di sebelah seusai bersalaman – rupanya beliau datang bersama rombongan dari Johor. Syukurlah majlis di  Masjid Negara ini berjlan dgn suasana tenang dan prasarana yg lengkap.Kehadiran jemaah dari ceruk rantau dalam negeri maupun luar negeri dialu-alukan. Betapa malunya diri kerdil ini, hatta berada di KL pun langkah masih goyang utk menghadirinya.

Sempena majlis yang sama tahun 2010 ini, saya rasa agenda dan tentatifnya hampir sama. Tiada alasan lagi mencari helah. Pengalaman peribadi  telah dikongsikan.Boleh juga rujuk sini utk melihat video gambaran sebenar tahun lalu. Gema selawat, zikir dan burdah serta quran menghiasi majlis. Ayuhlah kita lapangkan waktu dan hadirlah menjadi saksi bersama ribuan manusia utk bersama2 berselawat, dan mendengar forum yg disampaikan oleh tokoh2 ternama tahun ini. Semuga kita menjadi ummat yang kasih nabi dan cintai sunnahnya sampai bila-bila. Insya ALLAH semuga diberi kelapangan dan keizinan utk menghadirinya lagi untu tahun 2010. JUMPA di sana:


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 1431H / 2010M ANJURAN YAYASAN AMANAH AL-WARISEEN PADA 15 MEI 2010 
MASJID NEGARA ( JAM 5ptg-9mlm)
15 MEI 2010

BOLEH RUJUK: http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4665

wallaluaklam: yang baik itu dari ALLAH.

3 comments:

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Terimakasih kerana maklumat hebat ini. Insyaallah ingn juga hadir.

mama ju, said...

salam anakanda

sekonyong-konyong adik dtg dr johor..memang tak rezeki nak ke situ...ceritalah lagi...

ainhany said...

waaalaikumusalam wbkth mama,

ALHAMDULILLAH....bila niat dah ada, ALLAH mmpunyai asbabnya. syukurlah. semuga mama terus ceri dan sihat.jaga diri maa