Bulan Mei@5 dikategorikan bulan yang paling aktif. Terkandung di dalamnya Hari Ibu- hari klimak untuk meraikan seorang wanita bergelar ibu, emak, ummi, mama, dsb. Saya mengambil peluang ini juga utk mengucapkan dan menghargai semua ibu2 kerana seorang ibu bukan sebarangan ibu terutamanya buat emak saya yang telah sempurna melaksanakan tugas dan tangungjawapnya membesarkan kami kesebelasan anak2nya. Jasa dan pengorbanan mak dihargai dan halalkanlah air susu dan kerenah membesarkan dan mendewasakan anakmu ini jua. Saya sayang mak. Juga Hari Jururawat yang diraikan pada setiap 11 mei pastinya tidak dilupai kerana menghargai peranan nurse@misi2 ini dikala menjadi tetamu mereka. Bukan mudah melayan orang sakit bahkan menghadapi saat2 akhir perjalanan seorang hamba juga menjadi pekara biasa buat mereka. Saya titipkan sms unggul buat sepupu yg bertugas di HUKM( dik shah) juga anak saudara menantu saya(su) di Hospital Selayang. Juga buat semua jururawat yg sedang berkidmat. Kepada staff di putra medical centre yang pernah merawat almarhum ayah tempuhari, yang turut menangis dan bersimpati saya hargai walaupun perkhidmatan di saat2 akhir kurang memuaskan. ALLAH telah mentaqdirkan ayah menghembuskan nafasnya terakhir di katil 1, tingkt 4( diubah menjadi 3A-kerana 4 ni bermaksud mati) . Darinya kita datang kepadanya kita kembali…
Begitu juga hari Belia. Walaupun belia hari ini majoritinya berjaya namun sejauh manakah kejayaan mereka menjarakkan dengan neraka. Segalanya bermula di rumah dan pemantauan dari masa ke semasa. Merekalah bakal pemimpin akan datang. Semuga belia-belia hari ini tidak kecundang di tengah jalan dan memelihara moral dan nilai agama kita.
Kegembiraan ini mestilah disyukuri pada Ilahi. Ingatilah Allah , pastinya ALLAH akan mengingati kita.. Terima kasih ALLAH atas rahmat MEI ini. Marilah kita teruskan tasbih , tahmid, dan istifar .

No comments:
Post a Comment