Thursday, May 20, 2010

Rebut pahala

Ziarahilah saudara seakidah yang meninggal dunia, solatkan jenazahnya dan iringi jenazahnya ke perkuburan hingga disemadikan.Perkara ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari yang bermaksud :

" Sesiapa yang menghadiri jenazah seseorang muslim dalam keadaan iman & ihtisab, hingga disolatkan ke atasnya,hingga selesai dikebumikan maka baginya pahala 2 qirat, setiap satu qirat sebesar bukit Uhud, sesiapa yang menghadirinya hingga disolatkan kemudian dia pulang sebelum dikebumikan baginya satu qirat pahala" (Rwyt al-Bukhari)

KOMEN:
Redza kita cari, pahala kita kumpul- untuk bekalan di sanaaaaaa

Hujung minggu lalu, saya menghadiri kursus pengurusan jenazah wanita di sebuah masjid. Penyertaan melebihi dari sasaran. Walau bagaimanapun, tahniah kepada AJK masjid jamiul Huda yang telah berusaha menyediakan makan dan nota walaupun saya dikategorikan tanpa mendaftar /penuh dan ditolak tetapi masih berminat...

Ini merupakan penyertaan kali ke 3 ( koleksi sijil ?) dalam hidup saya, namun setiap ilmu yang disampai kan sering berbeza bak kata org lain padang lain belalangnya. Cara penyampaian ustazah2 ini dgn perkongsian pengalaman disusuli teori yg disampaikan memukau untuk membantu org mati dan mencintai mati. Urusan farzu kifayah ini, adalah utk semua dan selagi ada yg hidup selagi itu pengurusan jenazah akan bekhidmat. Bukan mudah mengurus si mati dgn sempurna dan lagi sukar bila tanpa ilmu didada. Kuliah sehari pakej dengan peralatan kematian memberi makna penghujung kehidupan kita adalah kematian dan beruntungla si mati andai memiliki sahabat, saudara, jiran dan pengunjung yang faham apa adab2 berziarah dan menguruskan pemergiaannya ke alam kubur. Selebihnya adalah urusan nya dengan ALLAH dan memadailah kita mendoakan kebaikan buat aruah...muga jannah kita ditemukan semula.

Syukurlah, saya mempunyai pengalaman membantu memandikan bbrapa org mati yg terdiri daripada jiran2. Namun bila melibatkan emak saudara saya- aruah ngah (rujuk n3 mac2009), aliran panas deras mengalir dipipi dan saya tetap akan kenang saat mendakap, mengampu dan mencium ppnya. Betapa mati itu benar dan alangkah beruntungnya dia, diurus permandiannya oleh anak cucu yang dipimpin oleh kakak ipar saya: Hjh Zainab.
Ayah???? saya cuma berpeluang menyiram air terakhir buat almarhum ayahanda( almaklumlaa @ afdal anak lelaki menguruskannya)

MORALNYA: kematian pasti datang dan usahlah mengambil mudah dan saya menyahut seruan kakak ipar saya jom ujudkan satu rumah satu pengurus jenazah.....:) Sayakah yang terpilih itu???

ALFATIHAH - aruah ngah- yg meninggal pada 14 jan 2009 . Seorg tua yg melazimi membaca quran dan sering qatam. Walaupun terang matanya dek cermin yg dipakai namun hatinya tulus dan mak saudara paling baik dan sporting mendewasakan ank2/cucu2/cicit dan anak2 saudaranya.. terimakasih aruah angah
wallahuaklam

5 comments:

mama ju, said...

Ya Allah , anakanda memang anak yang terbaik dan terpilih.

Terimakasih kerana menyedarkan mama yang dah tua ini.

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
satu rumah satu pGurusan jenazah?
bagus betul k0nsep yG diutarakan..mmG patutnya begitulah.. =)
hmM..kursus da berkali2, tapi tak semua melekat di hati..m0ga ia b0leh terus diperbaiki..walau pGalaman mungkin membatasi

ainhany said...

--->salam mama,

hihii..ain terpilih dan tercalon jadi ahli kubur je kot...:)
Mama pun baik juga, Semuga ALLAH membalas kebaikannya

--->salam azraie,
pembetulan dik, bukan pGurusan jenazah tapi peNgURUS jenazah laa..hihi
insyaALLAH, kita sama2 belajaq, selagi ada peluang...peNglaman satu bonUs.

Ummi Humaira said...

salam Ainhany....

al faatihah buat arwah angah Ain...

mudah2an kita (akak ler tu) yg masih diberi rezeki bernafas lagi ni , ambil kesempatan yg ada utk menambah bekalan yg masih berkurangan.

ainhany said...

salam kak chaq

amin..( termasuk ain juga ye)
kak chaq- jgn lupa doakan ceq kt MH nnti tau...semuga KITA selamat sihat dan sempurna dlm ibadah