Friday, May 7, 2010

Sejauhmanakah kita mmbahagiakan mereka?

Jika kita seorang anak perempuan (belum berkahwin) atau anak lelaki yg belum atau sudah berkahwin kita diwajibkan menyara ibubapa agar mereka juga hidup dgn selesa. Tiada sebab mengabaikan mereka sekalipun telah berumahhtangga atau pun bekerjaya. Sekalipun byk komitmen dan tanggungjawap lain tetapi tanggungjawp resmi ini wajar ditepati. Kita diwajibkan menggembirakan mereka dgn membuat perkara yang disukai walaupun hakikatnya mereka hidup kaya raya.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa mencakupi keperluan material & fizikal , juga mental & spiritual. Sewajarnya kita mempastikan mereka hidup dgn baik,selesa dan bahagia tanpa sebarang tekanan perasaaan. Sejauhmanakah kah kita membahagiakan mereka??

KUNCI REZEKI- lebih byk kita laburkan utk ibu ayah dgn jujur dan berhemah lebih banyak keberkatan dan rezeki diperolehi. Lebih banyak perbelanjaan kita utk mereka, dgn izin ALLAH rezeki kita, rumahtangga kita akan dicukupkan ALLAH. Ini antara janji2 ALLAH jika kita membuat kebajikan utk mereka.


KUNCI SYURGA- memandang wajah ibuayah mampu menjana pahala. Alangkah mudahnya kita mengutip pahala andainya mereka berjauhan dari kita. Ayuh kita lekatkan foto mereka pada appearance/wall paper di lappy/pc dan pandanglah mereka selalu. Andainya tinggal bersama mereka, bermakna kita berhak mmperolehi bonus sepanjang masa . Jika berjauhan pulanglah, berkunjunglah dan ziarahilah mereka setiap minggu/bulan . Diwajah mereka , senyuman bermakna, senyuman redza yg disukai ALLAH. Subhanallah

KUNCI KEBAHAGIAAN- Jika menghadapi masalah di dunia dan keputusan rezeki kembalilah kepada ibu bapa. Mohonlah redza dan restu kepada kunci kebahagiaan dan ketenangan yang terletak pada redza ibubapa. Usahlah menganggap keselesaan dan kesihatan yg dimiliki empunya kita semata. Ini hanyalah rantaian hukum ALLAH yg sengaja ditimbunkan dan akan membalasinya sekaligus di akhirat. Hanya anak2 yg mentaati ,memelihara dan mmbahagiakan ibu ayah adalah org yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH

Oleh itu peliharalah hak kita masing2…
Jika isteri- uruskanlah rumahtangga seperti yg digariskan oleh srikandi2 islam terdahulu.
Jika suami-usah diabaikan hak terhadap isteri, anak2 dan kedua ibu bapanya. Hak yg dituntut adalah mengikut kemampuannya . Tanggungjawb yg lebih besar adalah mengajar dan memberikan pendidikan agama dan dunia yg berguna buat anak2 generasinya.
Dan bersedekahlah secara konsistan. Selain melapang dan meluaskan rezeki, ia juga mmbantu menjauhi segala bala bencana. Bantulah ahli keluarga kita juga komunity semasa kita.Jgnlah kita mengabaikan hak ibubapa, keluarga dan masyrakat kita. Semuga kita terselamat dari ditimpakan bala musibah yang mengakibatkan hidup di rundung bencana berterusan.

Dan usah dilupai: berterusanlah mendoakan
Semuga ALLAH rahmati ibubapa kita, bahagiakan mereka dan ampuni dosa2 mereka dan himpunkan kita dijannahNYA. Sesungguhnya kami tak layak masuk syurgamu, tetapi kami takut akan siksa api nerakaMU, oleh itu ALLAH ampunilah dosa2 kami dan tempatkan kami di syurgamu. Andainya kami pernah menyakiti hati2 mereka, luruhkanlah bersama deraian air deras di pipi ini.Usahlah dibarisi untaian dosa kami yang lampau kerana kami antara anak-anak yg sering alpa, terleka dan mengabaikanmu. Di wajah mereka seraut syurga dan pada mereka adanya redza. Redzalah kami sebagai anak2mu yg bakal menghadiahkan doa buatmu,hari ini, esok dan sampai bila2 kerana kami hanya ada ibu ayah SATU dalam dunia ini. Rahmati dan kasihatilah ibu ayah kami dan bahagiakan mereka di sini juga diakhirat sana.Wallhuaklam
AL FATIHAH buat almarhum ayah.

*Satu catatan spontan buat peringatan utk diri. Terimakasih ayah dan emak yg telah mengajar dan memeliharakau sejak dulu hingga kini. Semuga ALLAH mmberi pahala berterusan buat mu ayah dan ibu.

3 comments:

shami2 said...

Salam Ainhany

Sebagai anak itulah tanggungjawab kita,kalau itu sudah kita fahami dan tersemat dihati lakukanlah..seikhlas hati...
Apabila kita bantu rungkai masalah ibubapa insyallah Allah akan sentiasa bantu kita....

mama ju, said...

Salam anakanda

AL fatihah mama bacakan untuk almarhum ayah.

Tulisan ini memang menyedarkan peri pentingnya ingatan terhadap ibu ayah...

Terimakasih...kadangkala kita lupa...

ainhany said...

waalaikumusalam kak shahmi,

insyaALLAH
segala sgala yg terbaik buat mereka.AMIN


waalaikumusamam mamaju,
syukran: terimakasih mama
ain juga mengingatkan diri yg sering leka..muga jadi anak yg mmbhagiakan