Monday, May 24, 2010

Seputar AURA 2010- dari wanita untuk wanita

Sekalung tahniah buat Nisa Malaysia yg buat julung kalinya menghimpunkan nisa’ seluruh negeri dari utara tanah air hingga ke selatan dan seberang laut selama 2 hari. Atas sokongan semua pihak secara langsung dan tak langsung, program ini dianggap berjaya ‘mengexpose” kepada rakyat khususnya golongan remaja peranan nisa’. Keayuan puteri nisa dgn warna tema unggu menghiasi sekitar dewan kebudayaan dan sukan mpsa. Betapa manis dan bersopan anak2 nisa’ ini. Mengunjungi setiap gerai pastinya sapaan salam mendahului. Dari satu segi setiap nisa’ berbakat menjadi usahawan apabila mereka bekerjasama menjual /promosi barangan yang dibawa. Walaupun tanpa pengalaman tetapi dengan komitmen dan perancangan teliti carnival ini berjalan dengan sempurna.

Saya berkesempatan mengunjungi pada hari terakhir berlangsungnya karnival ini dan mendapati pengunjung masih leka di gerai2. Alunan zikir, nasyid, bacaan quran melatari karnival ini. Antara aktiviti yang menarik ialah memanah yang mendapat sambutan menggalakkan. Ini memberikan gambaran di sebalik keayuan remaja, wanita dan pengunjung yang hadir, mereka memiliki bakat, kepakaran dan ketepatan mamanah. Disinilah segalanya bermula…..Mendedahkan mereka dengan aktiviti yang digemari dan berfikir betapa memanah adalah antara sukan yag rasullulah minati. Allah tak menjadikan nya sia2 melainkan untuk orang yangberfikir.

KONSERT AURA UNGU- KAU 2010 merupakan acara kemuncak pada malam penutup karnival ini.  Platform  ini  mengenengahkan bakat dan persembahan nisa’. Bentuk hiburan yang terkawal ini menepati kehendak dan jiwa remaja yang mahukan bersosial. Memulakan persembahan, deklamasi puisi oleh ustazah Norhafizah Musa(ustazah kak chik) memukau dengan diselitkan persembahan slide gejala social remaja..Astaqfirullah ahl azim.. betapa selama ini kita tak terfikir dunia semakin sempit, segalanya berpunca dari dosa wanita...bersepah anak ditinggalkan, bayi dibuang, ditongsampahkan, di aniaya, dibunuh, dibakar dan lebih kejam lagi di potong-potongkan….Merokok, berpelesit, berparasit, bermaksiat…..apakah ini bakal membanggakan produk negara yang tinggi ilmu dunianya tapi kosong jiwanya. Mengutip kata2 YB Dr Halimah, remaja kita  telah parah dan nisa’ perlu mengembeling tenaga membantu kepincangan ini. Kita menyambut seruan ini tetapi sejauh mana nisa 'perlu mendekati dan mereka mahu mendekati nisa' Fikir-fikirkan..

Berkongsi pandangan, walaupun saya telah mempelawa dan mengajak kawan menyertai program seperti ini namun seruan ini bagai anjing menyalak bukit. Alasan boleh dibikinkan, selagi hati mempunyai agenda tersendiri. Betapa mudah mengajak menyaksikan sureheboh atau santai seni berbanding program seperti ini. Tepuk dada tanyalah iman, hanya iman dan dengan izin ALLAH menggerakkan hati2 ini mahu kepada usaha yang menyantuni agama. Sungguhpun kita sempurna dan memiliki kerjaya hebat tetapi bagaimana remaja sekitar kita. Hakikatnya sesibuk manapun kita bertanggungjawap, mengembalikan ‘jalan lurus itu’ apatah lagi mereka saudara kita seagama adalah tugas semua. Allah boleh uji bila2 masa sahaja orang2 yang dekat dengan kita ataupun dalam family kita. Bangunlah, duhai kawan, teman dan sahabat2 ajaklah mereka mendekati program membina sahsiah diri, membina jati diri dalam mempertahankan agama dan maruah diri. Nisa’ sentiasa menganjurkan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja sama ada hiburan, talkshow, games dan ceramah2 semasa.

Usahlah membandingkan persembahan konsert AURA ini seperti di Arena Planet atau di Hard Rockcafe. Ini adalah program ulung yang tertutup dan menepati syariat. Hanya dengan tiket RM10, di tampilkan bakat2 terpendam nisa dengan persembahan menuju keinsafan dan mendidik jiwa. Saya tertarik dengan kelunakkan kumpulan Nur Mutiara-PASTI Titiwangsa yang mempersembahkan beberapa lagu yang disusuli dengan pentomen. Keupayaaan anak-anak seusia 4-6 tahun bermain percation, beberapa alat ketuk mempersonakan tetamu. Kepetahan MC yang bijak mencuri masa dan juga persembahan beberapa bakat terpendam yang diketengahkan memukau penonton .

Begitu juga kehadiran Heliza-AF5, yang antara lain menyampaikan lagu standing in the eyes of the world. Lagu motivasi yang dipopularkan ella satu ketika dulu. Dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menyampaikan lagu ketuhanan, saya rasai seperti Waheeda comeback. Menerusi persembahannya, Heliza bertegur sapa dengan seorang remaja berbangsa cina menggunakan bahasa mandarin yang hadir bersama dalam konsert ini. Tabik saya kepada remaja ini semuga ALLAH memberi hidayah buatnya.

I believe….adalah lagu yg dipersembahkan oleh THE WAYFARERS terdiri dari ibu Arni, anak dan menantu. Inilah bakat yang ada kepada family YB Dr Dzulkifli yang memiliki suara dan gabungan mantap. Saya tak ingat secara tepat nama setiap anggotanya  tetapi lebih mudah mengenali kumpulan ini adalah  abang, adik dan kakak juga ibu  Muaz. Seorang penasyid solo yang menjadikan hadis sebagai lirik dalam lagu2 perjuangan – Gaza.(rentak maching) Tahniah

Mengakhiri persembahan adalah kemunculan artis evergreen-Aishah. Ibu dua anak ini memulakan dgn alunan doa dan zikir. Subhanallah meresap ke qalbu. Doa buat anak2 agar menemui jodoh dan zuriat yang bakal mewarisi. Sejak tampil dengan imej bertudung, dia juga cenderung menghasilkan lagu yang ada mesej dakwah selain lagu balada. Mengimbau kisah lampau, dirinya bagai diberi peluang lahir semula mengakui kehidupannya selepas 40 tahun totally berubah dan lebih tenang. Beliau sedih apabila stesen TV masih memutarkan corak nyanyiannya di zaman “jahiliah” dan melarang anak2nya menonton. Berkongsi pengalamannya lagi, aruah atuk memanggilnya dgn nama Faridah kerana kekaguman dan harapan besar menggantikan Hjh Faridah Mat Saman- qariah terkenal satu ketika dulu dan kini Aishah boleh berbangga kerana dia bakal menerbitkan album barunya ANAK- yang mengandungi alunan zikir dan doa sebagai hadiah buat anak/warisnya. Subhanallah. Betapa ALLAH memperkenan hajat dan doa ibu,ayah, atuk dan neneknya …..Sesungguhnya sengaja ALLAH tangguhkan hajat pada satu ketika dan diberikan pada masa sekarang….Insya ALLAH sama-samalah kita memiliki album berkenaan apabila ada dipasaran kelak
.
Secara keseluruhannya,  kredit dan tahniah diucapkan  kepada penganjur dan sokongan semua pihak menjayakannya. Pengisian hiburan yang dihiasi dengan warna-warni kehidupan. Semuga nisa’ terus mendapat sokongan. Segalanya bermula di sini….

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

2 comments:

mama ju, said...

Aslkm Anakanda

Terimakasih kerana info.

Terasa juga..dengan alasan boleh dicari...moga kita di jalan yg benar..

ainhany said...

waaalaikumussalam wbkth mama,

sama-sama mama,

ain mhn maaf tidaklah bermaksud menyindir sesapa sekadar berkongsi pengalaman ....yang kurang itu adalah kecuaian ain sendiri....mhn diampun