Thursday, May 6, 2010

MEI- terimakasih ibu

Mencintai seorang ibu bukan hanya sekadar sehari dalam setahun. Kasih sayangnya kepada kita tiada galang gantinya. Bahkan syurga dibawah telapak kakinya. Berbahagialah wanita yg melahirkan zuriat dan mendapat gelaran sepanjang hayat ini. Redza ALLAH terletak di bawah redza IBU. Beringat2lah duhai anak2 perempuan yg belum berkahwin dan anak2 lelaki.Tugas dan tanggungjawab kita tak akan selesai dan sempurna selagi mereka belum terurus. Sama2lah kita melaksanakan misi dan amanah memeliharanya, membahagiakannya, mendoakannya, menyanyanginya dan mengasihinya.

Menyelak2 lembaran sesawang saya menemui fakta yg boleh dikongsikan ini. Sambutan hari ibu rupa2nya merupakan acara tahunan antarabangsa dan bakal menjelang hujung minggu ini. Berikut adalah faktanya:
9 Mei 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
1 Mei 2010 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
29 Mei 2010 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2010 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2010 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2010 di Indonesia…

Semuga kita sama2 mengingati tarikh ini dan mengungkapkan rasa kasih sayang berterusan buat IBU. Melahir, membesar dan mendoakan kita adalah tentatif seorng ibu namun bagaimanakan tentatif kita terhadap ibu

Untuk EMAK juga semua teman, sahabat, ahli keluarga dan yg telah, sedang dan akan  bergelar ibu, saya ucapkan:  
          SELAMAT HARI IBU..TERIMAKASIH IBU

SUMBER FAKTA: http://topotato.com/2010/04/27/tarikh-hari-ibu-201

3 comments:

iz-AnN عبداللطيف said...

selamat ari ibu buat diri sendiri...sob...sob...

Ummi Humaira said...

salam Ainhany...

kini akak dah bergelar ibu dan masih punyai ibu ....

IBU ummi rindu IBU

ainhany said...

sabar2 dik...biar akak wIshkan: "selamat hari ibu buat mama cute:
mama izan"
ALLAH selamatkan izan


kak Chaq:
Syukurlah kak...naikla takhta seorang ibu....dan teruslah menghargai seorng ibu yg lebih senior tu...Utkmu kak cahq juga mak kak chaq: selamat hari ibu..love never end"