Sempena hari kelahiran saya juga, terasa nyamannya pagi, sujud munajad yang penuh bermakna, hela nafas yang masih bisa berdenyut dan betapa kasihnya ALLAH pada diri ini. Kepada Mak juga ayah, satu2nya takhta yg bertapak di hati, ampun maaf jua dipinta, sesungguhnya diri ini bukanlah anak yg baik bahkan sering menyentap hiba dan mengguris rasa secara tak disedari . Mak-ampunilah kesilapan, kekhilafan dan kecuaian diri ini. Mak.. diri ini yang masih mendambakan doamu dlm kembaraan hidup.
Menghitung tempuh masa di lalui, sesungguhnya hadiah yg paling bermakna dan berharga di usia begini adalah nikmat islam, iman, hidayah dan taufiq kurniaan daripada ALLAH. Segala yg dikecapi, dinikmati dan dialami adalah dengan redza dan kasih sayang ALLAH. Segala-galanya telah direncanakanNYA namun tak tercatat di pandangan mata dan tak tertulis di di dada langit. Namun, disebalik kejayaan memperolehi perkara-perkara tersebut, usaha dan doa; doa memainkan peranan yang penting dalam kembaraan. Usaha dan doa dari diri sendiri dan kaum keluarga serta kawan-kawan terdekat sentiasa mengiringi diri ini. Al-hamdulillah.
Terima kasih buat semua. Doa dari kalian amat penting buat diri ini. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bahawa doa dari 'mulut' siapakah akan dimakbulkan oleh Allah swt. Semoga doa sahabat2n buat diri ini
dimakbulkan oleh Nya. Ameen.
Rasanya, tidak mampu untuk mengingati semua kata-kata yang telah didoakan buat diri ini. Jadi, sebagai menghargai apa yang sudah didoakan buat diri ini, rasanya, eloklah diabadikan sebahagiannya diblog ini untuk tatapan dan kenangan andainya kita tak bersama lagi.......:
YA ALLAH, aku bermohon agar org yg ku sayangi ini beroleh kerahmatan dan keberkatan dariMU selagi usia dipinjamkan..Panjangkan umurnya untuk sentiasa mencintaiMu dan rasulMU...jadikanlah dia anak yg soleh utk sepanjang kehidupannya.Ampunilah jua segala dosa2nya yg telah lepas atau yg baru berlaku. Terimakasih ALLAH. Terimaksih Rasulullah : SELAMAT HARI LAHIR CU. Semuga ALLAH sentiasa merahmatimu...----------------ismi@ti@yatt@ hayati
SHL: semuga kak Anie dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan sayang kak anie
......................datin zaemah
SHL: semuga sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH....Sis Rusnina
Jauh mana jarak kita, lama mana pun tak jumpa. Kita tetap pandang langit yang sama, Jadi kita sebenarnya tak pernah jauh, kita dekat hati. SHL chu, semuga dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin ......azanadawiyah@kakak
SHL: semuga bahagia selalu muah2 LUV U .........eina@ibunaufal
HB: Semuga pnjang umO dan dimurahkan rezeki slalO. May all ur dream cOmes true. Last but noT least, may ALLAH blessed u. (: mish u .....................Wanie
Hpy birthday cu--kami sayang cu......kak jah& family
juga kepada mamaju, kak chaq, dik azrai, dik syima, cikgu nurul dan teman2 maya yang sudi bertandang, meninggalkan jejak dan ucapan di blog sya tempuhari saya amat2 mnghargainya..semuga ukhuwah kita berterusan.
Subhanallah wabihamdulillah.Mahasuci Allah dan pujian buat-Nya.Terasa satu sakinah (ketenangan) pada hari kelahiran kerana doa daripda keluarga dan kawan-kawan jauh dan terdekat sentiasa mengiringi diri ini tanpa putus-putus.Saya mhn ampun maaf ats segala kelemahan, kesilapan dan keterlanjuran dan mohon dihalalkan segala yg termakan, terguna, ter segala2nya. Ini juga adalah hadiah yang paling berharga buat diri ini SEMPENA HARI KELAHIRAN
*andai ada yg nama2 yang tercicir adalah dari kelemahan saya dan saya akui kekhilafan ini( pinau mataku)
salam kemaafan dan ukhuwah terterusan. Paparan menerusi ucap di fb bakal dikongsikan lagi
NOR AINI HJ MANSOR @ ainhany
SHL: selamat hari lahir
No comments:
Post a Comment