Sunday, May 23, 2010

hikmah di sebalik.....

Niat asal saya ke gedung beli belah itu adalah utk membeli barang yang dipromosikan tetapi tak kesampaian bila dimaklumkan stok belum diterima lagi. …ohhh memang sedih :( Saya memujuk hati supaya berfikir mungkin ada hikmahnya sambil d'va dipandu dengan penyesalan.

Memandangkan dzuhur telah masuk, d’va terus membelok dan memasuki laman sebuah masjid. Kebetulan begitu ramai polis dan trafik peronda di persekitan masjid. Setelah beberapa kali berpusing2 mencari ruang parking di sekitar kawasan masjid itu, akhirnya saya akur tiada ruang utk d’va kali ini. Ohh apakah hikmah kali ini pula…Apakah perlu dilengahkan solat sedangkan telah berada di tempat yang sepatutnya. Selepas meletakkan kereta di luar kawasan masjid, dari corong menara didengari imam sedang membacakan doa. Menyusuri celah2 deretan kereta peronda, hati sedih melihatkan kelibat pasukan keselamatan kita seperti tidak mengendahkan doa dan munajat sang imam. Mereka masih leka bersembang dan merokok. Walaupun tidak bersolat semata-mata kerana sdg bertugas kenapa sukar juga untuk menadah tangan berdoa. Inikah contoh pertahanan Negara kita???? Setelah memasuki ruang solat barulah saya tahu, rupa-rupanya masjid ini disinggahi oleh TPM tanpa perancangan. Tahniah dengan kunjungan ini, mungkinkah ada penambah baikan untuk masjid az zubair? Masjid Negara memerlukan kos sebanyak 93Juta berapa pulak agaknya untuk sebuah masjid di pinggiran kota??

Seusai solat, saya meneruskan pula misi menempah cermin mata sebagai kejutan untuk seorang anak saudara. Tanpa pengetahuan dan kehadirannya saya percaya rekod terdahulunya boleh membantu. Setelah mencatatkan namanya, saya membelik2 bingkai yang murah yang sesuai dipadankan dengan statusnya sebagai pelajar. Alangkah terperanjat dan syukurnya saya, rupa-rupanya cermin mata yang ditempahnya sebelum ini belum dituntut. Ohh betapa hikmahnya hari ini. Misi selesai, cermin mata juga boleh diambil dengan menjelaskan baki bayaran yang tertentu. Saya mula memahami hikmah di sebalik kejadian. Terimakasih ALLAH

No comments: