Thursday, April 29, 2010

Yusuf Firdaus dlm ingatan


seindah namamu..
kau hadir seketika cuma,
Rinduku menggamit,
kerana ku tahu tiada yang istimewa melainkan mengingatimu
juga kematianku

9 tahun lalu ketika usiamu mncecah 13 tahun yg dilahir pada tanggal 26.3.1988 telah dijemput ilahi dengan penuh tragis. Namun itulah hakikatnya, YF pergi meninggalkan kenangan buat SMA anNadhzoh juga family tercinta. Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

Sebelum itu, dengan kebenaran warden asrama, YF bersama rakan2 pergi ketali air berdekatan sekolah untuk bermandi-manda kerana ketiadaan air di asrama. Dalam perjlanan pulang ke asrama selepas bermandi manda, barulah  rakan2 menyedari ketiadaan YF dan mereka berpecah dua, ada yg terus memaklumkan pada warden dan ada yg cuba mncari2 di tali air tersebut. Memerhati kepada sepasang selipar dan seutas jam yg masih berada di daratan, mereka yakin YF masih di sini tetapi tak kelihatan. Memanggil dan mencari itulah tindakan yang  dilakukan oleh rakan2nya.  Dengan bantuan  warden juga org kampung di sekitarnya juga , mereka menyelam dan mencari2 sehinggalah dengan izin ALLAH seperti terpijak sesuatu dan bila diangkat itulah YF yg lengkap berbaju T biru dan berseluar panjang. YF didapati dalam keadaan tersungkur dan turut diberi bantuan pernafasan selepas itu. Namun segala2nya telah terlewat dan mgg YF telah dijemput pulang mengadap ALLAH di usia yg belum "cukup umur".  Menurut rakannya, seketika pulang memang YF berada di baris yg terakhir dan  besar kemungkinan dia berpatah balik untuk mengambil wuduk. Walllahuaklam. Yang nyata YF telahpun dijemput ALLAH dan diangkatkan ke jannahtul firdaus insyaALLAH

Mengingati semula kelahiranYF yang pramatang ini mgg istimewa. Masih saya ingat ketika itu saya masih menuntut di Politeknik dan beberapa kali pernah melawat dan meribanya di hospital. Yusuf menghadapi komplikasi awal dan darahnya terpaksa digantikan dengan darah orang lain secara keseluruhannya. Menerusi pusatnya dimasukkan darah baru dan perkembangannya selepas itu mgg positif. Anak buah saya ini juga menghadapi jaudis dan di tahan diwad untuk seketika lamanya. Dalam usia yang masih hari, Yusuf Firdaus ditinggalkan ibu ayah kerana menunaikan rukun islam yg kelima. Kakak saya@cikwan mengambil alih tugas memeliharanya walaupun dikala itu kakak saya belumpun berkahwin sehinggalah ibu ayahnya pulang.  Ketika YF dijemput ALLAH, walaupun kakak dalam pantang dia tetap pulang untuk menatap satu2nya anak saudara yg sempat dipeliharanya yg sebesar dua tapak jari satu ketika dulu.

Menurut ibunya, jika dibandingkan karektor YF dengan adik-beradik yang lain memang berbeza. Dia lebih bijak dan kreatif dan terkadang menggugat kesabaran. Kami hanya katakan inilah impaknya bila diwarnai darahnya dari penderma yg budiman dari pelbagai kaum. YF juga pernah keluar tabliq dan aktif dlm jemaah ini.  walluaklam.

Menurut rakan sekolah dan guru-guru yng mengenalinya, YF seorg yg pemurah dan suka mmbantu. Dia meminjamkan duitnya kepada rakan yng memerlukan dan mendahulukan wangnya utk meringankan bebanan kwannya. Sesuatu yang terindah tentangnya, biarpun 9 tahun dah berlalu, namun masih ada guru dan bekas pelajar di SMA AnNadhzoh mengingati keujudannya dan mnjadikan contoh walaupun  hadirnya seketika cuma. Ini yang dinyatakan oleh anak2 saudara saya merangkap sepupunya yang sedang belajar di sekolah yang sama bagi meneruskan visi  kesinambungan YF

YF seorang anak yg handsome, kurus tinggi, berkulit hitam manis,wajahnya bby face dan bila bertutur macam peluru tabur...."cucucucucucu"..........saya kagum dengan kepetahan YF. Nama Firdaus adalah  pilihan emak saya yeng mengimpikan jannahtulfirdaus di abadikan pada cucunya. Kini yg nyata anak ini telah dijemput pulang dan impian jannah pasti menjadi miliknya. Semuga berbahagialah anakanda saudaraku ini ditempatkan bersama org beriman dan mndpat rahmat berterusan.

Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembalinya.

    
AL Fatihah buat:
  YUSUF FIRDAUS HJ BASHARUDDIN  (26.4.1988--26.3.2001) 
  TUAN HJ MANSOR ABDULLAH ( 28 -10.1922-11.6.2009)
 Ya Tuhan kami!  Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku, keluargaku,anaksaudara2ku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat)."
           
 Anakanda yusuf--memory ini di titipkan sempena ulangthun kelahiranmu (26/4/1988)@9 tahun kau pergi
juga ingatan mendalamku pada ayah yg telah 10 bulan dijemput ALLAH. Rindunya diriku utk mengucup lagi  tangan tua seorang insan semulia ayah..Ayah cu rindu ayah..terlalu banyak yng hendak cu kongsikan dengan ayah..cu tak mampu....andai ayah bersamaku lagi pastinya terungkai bebanan cu nie ..ayah maaafilah chu ayah..

3 comments:

Anonymous said...

Kedengarannya bagus, saya suka membaca blog Anda, hanya ditambahkan ke favorit saya;)

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi yang besar! Saya tidak akan menemukan ini dinyatakan!

ainhany said...

Terima kasih
ini catatan saya dan saya bertanggungjawb atas segalanya kerana dia antara anak menakan saya yng mndahului jannah...Al Fatihah buat Yusuf Firdaus