Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


KEPADA :
Semua guru-guru yang telah menyempurnakan amanah dengan jujur dan dedikasi.
CIKGU, dirimu adalah orang pertama yang mengejar dan memperkenalkan huruf abc, 1,2,3, alif ba, taa.....formula demi formula
Panggilan keramat ini yang kekal sehingga terkubur- cikgu , ustaz, ustazah, sir, mr, mrs........ 
Semuga ALLAH merahmati semua guru2ku. Halalkan ilmu yang telah dihulurkan dan ampun maaf jua diharapkan atas kecuaian selama ini.

TERIMA KASIH CIKGU.
Khususnya buat semua guru2 dan staf pendidikan  yang pernah mengajar dan bersama  saya di :
SK Ayer Puteh, Pendang , Kedah
SMK Pendang
Politeknik Alor Setar
Universiti Teknologi Malaysia
Bahagian Teknologi Pendidikan - disinilah "Kolam" yang memaknakan saya dgn  falsafah pendidikan, PIPP, Projek Bestari, NILAM, Hari Guru dll. Bersama guru-guru di sini  saya menyusuri keperitan guru2 pendidikan khas dan guru2 pedalaman. Pengalaman mereka dikongsikan. Keperitan mereka membakar semangat anak bangsa tetap dimuliakan di dunia dan akhirat.Terimakasih kwan/ guru2

tak terkecuali buat family yang mewarisi kerjaya guru dan sewaktu dengnnya:
- cikgu Basharudin, cikgu Mahadzir, ustaz Soleh, en Norizan, en Haiza, en Salleh Mursihidi, en.Ilyas Tufail
- cikgu Siti Khadijah, cikgu Rusnina, cikgu Ridzwan, cikgu Nilam, cikgu Noorulhuda
- juga buat almarhum ayahdaku : CIKGU MANSOR ( Semuga ALLAH mmberi rahmat berterusan buatnya)
Semuga jasa dan pengorbanan yg telah dan sedang diberikan diberkati ALLAH dan diganjari ALLAH berterusan dan selama2nya.

Juga kepada semua rakan/ sahabat/ adik2 yg telah menjadi guru/bakal bergelar guru...satU profesion yang menjanjikan saham berterusan. Bekerjalah dengan AMANAH dan jadilah teladan buat anak bangsa



TERIMAKASIH DAN SELAMAT HARI GURU 2010


** 16 MEI- Saleh Murshidi-anakanda saudara saya yg bertuah meraikan hari ulangthun kelahiran bersamaan dgn hari guru...happy birhtday



4 comments:

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

Sy bukan guru hihi..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ainhany,

selamat hari guru.

~aSHa~ said...

selamat hari guru..besar pengorganan mereka

ainhany said...

waalaikumussalam wbkth,

dik syima,
nnti ada hari teknokgrat pulak :)

mama zainab,
bestkan mama-ada sehari dlm setahun jasamu dikenang..!!

asha,
iye laa sha, mcm selautan kasih ygtak bertebing....