Sunday, October 31, 2010

Recap Birthday - October

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

OKTOBER …Almarhum ayah dan emak dilahirkan pada bulan ini. Begitulah mengikut catatan pendaftaran yang tertulis di kad pengenalan mereka walaupun tak diketahui ketepatan tarikhnya. Mengikut kata aruah ayah, org dulu-dulu tak mendaftar secara langsung selepas kelahiran anak mereka dan apabila didaftarkan, pihak polis balai lebih mudah mencatat tarikh hujung bulan sebagai tarikh kelahirannya. (sekiranya tarikh sebenar tak dimaklumkan). Apapun saya tetap mengabadikan tarikh-tarikh keramat ini.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran :
buat emak, anak2 saudara dan cucu2 saudara yang disayangi:


Haizanizam
Hajar Fatimah
Ahmad Handzolah
Mohammad Hamzah
Mohammad Ibrahim
Maryam Nusaibah
Muhammad Aufa Syauqie (cucu)
Amirul Hakim (cucu)
Aris Fathi : 31 October
Emak       : 31 October


Semuga generasi ini seindah nama dan akhlak menghiasi peribadi mereka. Jadilah anak2 soleh dan solehah dalam mentaati ALLAH dan family. Umur merupakan modal untuk mencipta bekalan akhirat. Dalam nikmat umur yang dilalui, berbuatlah maaruf sebanyak mungkin utk mancapai kebahagiaan di akhirat. Selamat meraikan kelahiran dan bersyukurlah akan setiap nafas yang disedut dan di hembus.

Memetik dari sumber pembacaan, perjalanan umur seseorang di dunia ini seumpama menaiki sebuah bas ke satu-satu destinasi yang berbeza ….Ada masanya yang naik dulu akan turun kemudian dan ada pula yang naik kemudian akan turun dahulu. Oleh iu bersedialah untuk dipanggil mengadap ilahi. Kita semua akan dipanggil. Namun masa dan tikanya belum pasti. Salam takziah buat mangsa tragedy bas di Genting apabila 7 penumpangnya telah sampai ke destinasinya/di panggil dulu walaupun dalam bas yang sama. Kita yang hidup masih meneruskan perjalanan..Insya ALLAH selamat.

AL FATIHAH juga di khususkan buat aruah ayah dan aruah ngah (mak saudara) yang disayangi yang telah mendahului . Semuga ALLAH merahmati dan mengampuni dan mengasihani mereka seperti mana mereka pernah mengasihi kami sebelum ini dan meluaskan kubur2 mereka dan memberi kerehatan laksana di taman2 syurga buat mereka dan seluruh pengguni alam barzah yang lain..

Amin.
Harap-harapnya tak de yang tercicir lagi...sory tokchu khilaf tadi.

14 comments:

My Little Diary said...

selamat hari lahir buat mereka yg masih hidup & al-fatihah buat yg telah tiada..


entry terbaru "disana menanti disini menunggu"

sahromnasrudin said...

salam kak..semoga kak dan ahli keluarga kak dirahmati Allah SWT

Kakzakie said...

Salam Ain,

Membuat ucapan rasa gembira tapi bila mengenang yang telah tiada rasa sayu la pulak kan.

Apa-apapun Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran buat mereka yang dekat di hati Ain. Semoga sentiasa dilimpahai rahmat olehNya.

ainhany said...

salam MLD,

Atas kunjungan dan ucapan diterima,didahului dgn terima kasih.

Insya ALLAH nntikan kunjungan saya di sana..:)

ainhany said...

W'salam Sahrom,

InsyaALLAH. Mudah-mudahan rahmatnya dapat mmbantu ummah.
Terima Kasih

ainhany said...

w'salam Kak zakie,

Kebetulan bulan ini ada gamitan rindu pada yg pergi..

Amen..muga rahmatnya berterusan. Mereka sebahgian dari jiwa saya..Kasih sayang pada anak2 saudara ni tiada galang gantinya..walaupun ramai tetpi tiap meraka ada kelebihannya.

Terima kasih kak.

Sharinginfoz said...

doa anak soleh / solehah sangat penting

ainhany said...

Salam Sharinginfoz,

insyaALLAH mudah2an setiap kita mnjadi anak2 soleh/solehah dan mndoakan mreka. Amin

Terima kasih singgah di sini

~aSHa~ said...

ramainye lahir bulan oktober...

alfatihah buat mereka yg telah pergi

imanshah said...

alfatihah

sonata anak kancil said...

selamat hari lahir kepada semua ahli keluarga...al-fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan dunia ini

ainhany said...

--> Salam Asha,

Alhamdulillah..family besar jadi ramai la yang myambutnya :)
Amin. Terima kasih.


---> Salam Imanshah,
Amin.
Salam ukhuwah
Terima kasih ats kunjungn ziarah.


---> cikgu Sonata,
Amin.
Terima kasih ats ucapan dan kunjungan ini.

ummu said...

assalamualaikum Ainhany
sayunya hati baca entry ni...
alfatihah untuk mukminin mukminat muslimin muslimat yang telah tiada...

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth ummu,

Amin.
Mudah-mudahkan doa kita diperkenan..
Terimakasih singgah di sini dan jemput2la selalu.

Salam ukhuwah