Tuesday, October 26, 2010

Dgn IzinNYA kita berikthiar..

Atas ukhuwah yang ada, sama-sama kita mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat Pn Nora sepertimana yang tercatat harapan seorang sahabat dlm blognya atas tajuk: doa kami untuk nani  (klik disini). Sekadar berkongsi info yang ditemui saya menghebahkan jua utk pedoman. Kepada En Rozali (pemilik Pahala Hindari Dosa), mohon  diperpanjangkan kepada Pn Nora dan familynya...Hari ini hari mereka...Semuga ALLAH memperkenankan doa dan hajat kita utk kesihatan semua.  Amin
 
Penyakit Barah atau Kanser ialah suatu penyakit bengkak dan bernanah. Dia mempunyai banyak nama berdasarkan anggota atau saluran tertentu seperti Barah Paru-Paru, Barah Usus, Barah Dada, Barah Rahim, juga Barah Darah (Buah Dada).

Antara penyakit2 yang benar2 dapat disembuhkan menerusi Al-Quran, sesudah ketandusan ikhtiar para doktor, ialah penyakit barah. Ujian telah dibuat kepada banyak jenis barah dan didapati semuanya sembuh.

Pengubatan cara ini termasuklah:
1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan Ayat2 Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan Ayat2 Al-Quran.

Adapun Ayat2 yang dibacakan ialah dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas, iaitu mengikut susunan berikut:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Lima Ayat permulaan Surah Al-Baqarah.
3. Ayat 163, 164 dan 165 Al-Baqarah.
4. Ayat Al-Kursiy: 255 Al-Baqarah.
5. Ayat 256 Al-Baqarah.
6. Ayat 257 Al-Baqarah.
7. Akhiran Al-Baqarah: Ayat 284, 285 dan286.
8. Lima Ayat permulaan Surah Al-Imran.
9. Ayat 18 Al-Imran.
10. Ayat 26 dan 27 Al-Imran.
11. Ayat 54, 55 dan 56 Al-A'raaf.
12. Ayat 117, 118 dan 119 Al-A'raaf.
13. Ayat 80, 81 dan 82 Yunus.
14. Ayat 65, 66, 67, 68 dan 69 Taha.
15. Ayat 115, 116, 117 dan 118 Al-Mu'minun.
16. Ayat 21, 22, 23 dan 24 Al-Hasyr.
17. Lima Belas Ayat permulaan Ash-Shaafaat.
18. Ayat 31, 32, 33 dan 34 Ar-Rahman.
19. Ayat 3 dab 4 Tabaarak.
20. Ayat 51 dan 52 Al-Qalam.
21. Ayat 3 Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Nas.

Kemudian dibacakan doa2 berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak, iaitu:

"Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan." (HR At-Tirmidzi)

Maka dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh.

Rujukan:

Mari Berubat Dengan Al-Quran karya Syeikh Abi Al-Fadaa' Muhammad, saduran Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, cetakan keempat 2006, Al-Hidayah Publishers.

Sumber :
http://www.mauswah.blogspot.com

  *

6 comments:

eita said...

dalam al-Quran semuanya ada.....
janji kita rajin mengkaji....dan memahaminya...insya allah....
setiap penyakit ada ubat sembuhnya.....
jom ambik award blogger harapan kat blog eita......

ainhany said...

betul tu Eita,tapi maklumla kita nie insan lemah...bila terhantuk baru tengadah..tapi tak pe jugakkn sekurang2nya diberi kesempatan utk mmbuat koreksi. Semuga diampunkan ALLAH atas kecuaian kita:)

hah??layak dapat award ke?? jom2
Anugerahmu dihargai.
Terima kasih dik.

Ummi Humaira said...

Assalamualaikum dik...

kak chaq mohon cetak halal ek

sahromnasrudin said...

salam kak..trime kasih atas himpunan doa2 itu..ia sgt bermanfaat ^_^

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth Chaq,

sila-sila...
yang baik sama2 kita kongsikan dan manfaatkan. Semuga pahala berterusan. Amin

ainhany said...

Waalaikumusalam dik sahrum,

Mudah-mudahan manfaat buat semua.
InsyaALLAH