Wednesday, October 13, 2010

sejambak kasih -1

"KonvO acik ucu datang tau"
"akak, jgn lupa, konvo kita orang tau...7.10.2010. datang tau bawa bunga.... "
Ini antara ayat keramat yg berlegar-legar di kepala saya menjelang konvo mereka. Sudah saya recce jarak lokasi KL-PICC, namun masih konfius mencari waktu yg sesuai. Bebanan kerja mngganggu pemikiranku seketika. Cuti yang di pohon terpaksa dibatalkan di saat akhir. Gara-gara kunjungan juru audit banyak urusan yang belum selesai.

Konvo Wanie dan Syida di sesi pagi manakala konvo Acik di sesi petang pada hari yang sama. Saya cuba memungkinkan kehadiran untuk bersama Syida dan Wanie meraikan kejayaan mereka, dgn sekuntum bunga pengukir janji yang terlewat. Namun hanya menjadi hayalan kerana tak berpeluang meraikan kegembiraaan bersama mereka. Walau bagaimanapun nukilan kasih pengganti diri sempat singgah di telepOn mereka. Kata Wanie it's touching dan kata Syida really appreciate  it. Bergumbirala duhai adik2 ku,..hari ini kalian antara mereka yang layak menerima anugerah atas usaha kendiri. Bermulalah lakaran kejayaan dengan memiliki diploma, bakal disusuli pulak dengan ijazah cuma 3 tahun lagi . InsyALLAH.

TAHNIAH dik Wanie dan dik Syida

UniKL BMI (British Malaysia Institute) pasti berbangga menghasilkan produk yang berjaya dari tahun ke tahun.

Apabila memperolehi kejayaan biar kecil sekalipun, raikanlah kejayaan itu. Usah beranggapan kejayaan itu kecil dan tiada signifikannya. Hakikatnya hanya apabila kajayaan kecil dihargai dan disyukuri, barulah kejayaan besar akan menjelma. Andai kegagalan mendekati pula,jangan mengalah dan berilah maaf kepada diri dan bersangka baik lah pada hikmah ALLAH. Bak kata sebuah buku yng pernah dibaca, bersedialah dgn skrip hidup yang diluar jangkaan. Kita inginkan putih, tapi hitam yang muncul..Cerah yang ditunggu, gelap yang tiba...Ingatlah kita hanya hamba dan ALLAH mmpunyai jawapan sentiasa mengawasi kita.  

Hanya mereka yang layak memenuhi ruang ini
beruntungnya mereka


Dari riak wajah, gambaran rasa riang yang teramat, PICC menjadi saksi dan pentas itu bakal dijejaki lagi nanti. Riangnya hati mereka bila kedua ibu dan ayah turut serta meraikan kejayaan mereka. Inilah antara anak2 remaja yang tahu menghargai pengorbanan ibu ayah mereka. Segalanya adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan perkongsian mengenali mereka ketika menjalani latihan praktikal.

  perasaan gumbira sukar dikawal tika ini
layannnn..

Satu tika dulu, Syida berpengalaman membesar di oversea kerana mengikut ayahnya melanjutkan pelajaran di sana. Adalah satu cabaran utknya meneruskan kesinambungan itu berdasarkan trek pencapaian anugerah dekan  semester yang dipegangnya dan kejayaan ayahnya sebagai ikon family. Syida adalah adik yang baik, berdikari dan menghormati orng tua. Berbahagialah familynya mempunyai anak yang tahu menghargai dan bijaksana ini.   Ayuh, maralah duhai adik, kerana ilmu itu harus dikejar, agama pula jangan dicicirkan dan akidah pulak perlu digilap.


 Simpulan kasih untuk mu ibu@ ummi
Original dan disahkan halal


Wanie pula pernah berkata, selagi berpeluang belajar dan berdekatan dgn family, dia akan belajar sambil berkhidmat kepada ibu babanya. Inilah anak remaja yang tak mngabaikan peranan mereka dalam family dan kampusnya. Berlatar belakangkan pendidikan agama, Wanie perlu mempraktikkan ketulinan ilmu yang dimilikinya. Bukan salah persekitaran atau pergaulan tetapi ianya adalah dari dalam diri. Kecantikan, kebijaksanaan dan kepandaian yang dimiliki haruslah seimbang dengan tuntutan agama.  Mak dan ayah wanie mgg baik dan saya suka mngenali mereka. Terima kasih ALLAH mmpertemukan kami secara tak terancang.
Bahagianya mereka.
Opp... mcm tak cukup korum pulak..Pakcik Rahmad ke mana ya???


Mereka telah  memiliki Diploma ini Engineering Technology in Electrical and Electronic.
 ( wow..ini sudah bolot, yang saya ada cuma...in Electronic Engineering) 

   
  Tudia sekuntum mawar berduri  .
alangkah indahnya jika saya yg mmberikannya..
 Mengapa ada yang MENCIPLAK ya.??

TAHNIAH buat Wanie, Syida, Echa. Misha@ Masha, Jannah ,Fifi  juga AF( Bsc.) 
dan mereka yang mengenali saya. 
Jadikan lembaran anugerah hari ini sebagai tangga untuk menjejaki kecemerlangan akhirat.
Hari ini menentukan BESOK dan esok bermula HARI INI.
Teruskan mengejar dan menambah ilmu dan raihlah kejayaan sebaik mungkin.
Hanya usaha dan redza ibu bapa dan izin ALLAH mengiringi kejayaan
Terima kasih W&S,berkongsi foto di sini dan n3 ini khas buat kamu ,
sebagai pengganti diri atas ketidakhadiran 
Kita bagai satu keluarga
Bahagianya bersama kamu
TERIMA KASIH ALLAH

10 comments:

sahromnasrudin said...

tahniah!!! semoga ilmu yang diperoleh digunakan untuk membangunkan umat Islam, bangsa dan negara tercinta ini

ahmad humairi said...

salam,

Tahniah...moga dapat mencurah bakti untuk agama bangsa dan negara...

ainhany said...

Salam Sahrom,


Doakan kejayaan mereka utk mnjadi jururtera/teknokrat muslimah satu hari nanti. Doa didambakan.
Terima Kasih

ainhany said...

waalaikumus salam cikgu,

InsyaALLAH. Negara perlukan mereka dan mereka bakal menyumbang ummah
Terima Kasih

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Syukur
Alhamdulillah
Taniah
moga muslimah yg berjaya

Wassalam

Anonymous said...

thanx a lot kak ani..
u such a sweet sister dat we never know before..
insyaallah we try 2 b da best among da best..
btw dis 29/10 we hve another event which is dean list achiever's award (:

wif love;
wanie rahmad ;)

ainhany said...

Waalaikumusalam Dato',

Jazakallahukhairun khatira.
Seorang ayah pasti berbangga atas kejayaan anak2nya dan mereka juga telah membuktikan..

Doakan kesinambungan mreka..
Sekarang kedua2 nie bertungkus lumus mengejar degree..

Terima kasih

ainhany said...

Salam dik wanie,

Most welcOme mydear
i'm just doing may parts, d'rest is yours. Keep pray and don't forget..
"manjadda wajaadda"

Congratulatian for d' next event.
U get it :!!!

wif sincere,
NHM

=*NuRo0L* = said...

salam,kak,sy nk ucap "terima kasih kak..." terharu akak masih ingat dgn diri ini..cewah..happy2...

ainhany said...

waalaikumusalam Jannah,

eheh mesti la ingat..
Kan ke jannah penah jd co pilot..:)
Mengenali Jannah tak sukar kerana dirimu 'hapy go lucky'
senang banget samu kamu dik.

btw..hapy study & gud luck
and CONGRATULATION too