Tuesday, October 19, 2010

Lambaian Kaseh

Mak..
Semalam nyenyak tidor mu terganggu
Meronta ingatan kasih pada dua nyawa
Diserah pada yang punya Kuasa
Selamatkan destinasi anak cucunya
Pesannya jangan dilupa doa , zikir jangan dicuai
Bibir mengucap, hati menyatu
Andai ini lambaian terakhir

Tapi kami..
Nyenyak di pangku nyamannya penghawa dingin
Empuknya singgahsana
Sesekali terpandang di luar kaca
Hitam pekat, nikmatnya malam
Untuk kerehatan

Kami dipantau
Tiap tika dikejutkan lagi
sms berbunyi, deringan mengiringi
Kat mana, Di mana ?
Pelengkap jawapan dipinta.

Lambaian kasih
Mengiringi perjlanan
Antara kematian dan suratan
Kasih dan sayang
Dua insan dalam misi kekeluargaaan.
Selamat dlm perencanaan
Terima kasih TUHAN
ALHAMDULILAH



 KL-PDG-Kuantan-KL
 17102010

11 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Alhamdulillah
selamat dlm perjalan
atas iringan doa ibu

Wassalam

deena farhana said...

salam ainhany..

trm ksh link kan blog deena..deena minta izin link blog ain juga ye..bru dpt jejak blog ain..alhamdulillah

insya Allah deena akan selalu lawat blog ain :)

slm psahabatan dr deena utk ain..

sahromnasrudin said...

salam kak..puisi ini seakan-akan mendoakan ahli keluarga kak pergi menunaikan fardhu haji..benar ka???

ahmad humairi said...

salam,

kepastian itu adalah penawar...
sms dan jawapan itu memastikan segalanya selamat.

Allah selamatkan kamu..

Alhamdulillah.

ainhany said...

Waalaikumusalam Dato'

Alhamdulillah.
Restu ibu sentiasa didambakan
Terima kasih jua.

ainhany said...

w'salam Deena,

Sudi2lah link ke blog musafir ini dan tegurilah andai itu satu yang perlu diperbetulkan. Dengan lapanghati, Ain menerima segala teguran, pandangan dan persahabatan.

Terima kasih Deena.

ainhany said...

Salam Dik Sahrom,

Mungkin juga ade benarnya cuma
ini adalah luahrasa yg menggambarkan kerisauan seorang ibu melepaskan anak dan cucunya menaiki bas dlm pejlanan yg panjang, menyusuri hghway,dalam situasi slpas tragedi ngeri 101010.

Alhamdulilah, ALLAH selamatkan kami
Amin.

ainhany said...

W'salam Cikgu,

Betul tu..kini informasi dihujung telinga dan dijari.TelepOn sbg stu keperluan.

Alhamdulillah.
Terima kasih

SiNoMoSa said...

Salam Kak,

Ibu segala2nya..rindu!

ainhany said...

W'salam Dik Syima,


Terima kasih mak:)
rindu itu doa
insyaALLAH selamat semua

ainhany said...

kak Su menulis:

Terharu akak, terkejut akak dari mimpi. Terimakasih kerna berkongsi pengalaman. Doa akak, akak pun akan mngalami pengalaman yg sama dlm meraikan anak2 tuu..wslm

ain:
TERIMA KASIH kak Sue, seorang ibu bukanlah SEBARANGAN ibu.InsyaALLAH kami sentiasa rindu IBu, syng iBU.
(kenapala komen kak su ada spam- huhuu..)