Monday, October 4, 2010

Selamat Berjuang PMR 2010

PMR 2010..pertaruhan dua anak saudaraku ke gelangang perjuangan.
Mengejar kejayaan akademik sebagai prasyarat untuk pendidikan kini

Aminahtul Farhatain, puteri sulung kak Jah dan abg Soleh bakal menduduki  dan menghadapi PMR kali ini.  Sepanjang yang saya tahu, selama dia belajar di al Nadhzoh( btu16), prestasi cemerlang sering dicatatkannya. Walaupun begitu beliau sentiasa merendah diri dan sangat baik hati.  Seringkali ketika balik kampung, selagi kerja sekolahnya tak dibereskan, beliau akan bertungkus lumus menyiapkannya. Sehingga kini rekod pencapaiannya menjadi contoh buat adik-adiknya.  Semula Along dapat buat yang terbaik utk diri, sekolah dan family.

Arif Ismail, putera bungsu (sbb ade puteri selepasnya) abg Din dan kak Nah juga akan menghadapi detik2 peperiksaan ini. Mengikut pemerhatian saya, beliau seorang yg cerdik dan  mempunyai kretiviti berfikir dengan pantas. Walau bagaimana pun, dengan berbekalkan ilmu agama yg mantop di MaktabMahmud AS, sebuah sekolah rebutan, dengan bimbingan  guru-guru pengalaman, semuga  arif juga mampu mencatat kejayaan mmbanggakan.

Kepada kedua-dua anak saudara ini, telah saya hulurkan doa mngiringi mereka dalam pertarungan ini. Semuga segala senjata yng dibekalkan dapat membntu mereka menghadapi dan menjawap soalan dengan mudah. Semuga berkat doa kedua2 ibu bapa, saudara mara, ahli khariah masjid,  juga guru-guru, kejayaan mengiringi mereka dan tiada rasa gundah menghiba dihadapi sepanjang tempuh peperiksaaan ini. Semuga ALLAH mempermudahkan urusan mereka dan mnjawab dengan tenang dan confident.



Utk semua pelajar di Malaysia yang menghadapi PMR2010,
Selamat menjawab peperiksaan ini dan lakukan yang terbaik. MOhonlah restu ibu ayah dan doalah kepada ALLAH semuga segala urusan dipermudahkan dan mencacat kejayaan cemerlang. ANDA semua anak2 hebat dan hebat lagi jika mengunakan ILMU,  AKAL dan BERAMAL dengan ilmu yang dimiliki.

SELAMAT MENGHADAPI PMR 2010
Sejarah kejayaan bakal berulang.

8 comments:

zulkbo said...

salam..
terima kasih singgah di blog saya..
semoga anda selalu sihat di sana..
samalah dengan anak gadisku selamat berjuang buat semua pelajar PMR-2010

eita said...

assalamualaikum...
singgah sini..semoga anak sedara dapat buat yang terbaik untuk PMR...
eita pun ada 2 orang anak sedara jugak yang ambik PMR..harap2 dapat keputusan yang cemerlang...insya allah...
p/s: kalu nak buat kek tu pastikan tutup bekasnya kalau tak nanti air kukusan masuk plok dalam kek....guna plastik yang balut makanan pun boleh jugak..janji air tak masuk..
jangan pos sikit yer....hehehehe

Kakzakie said...

Salam Ain,

Semoga perjuangan menemui destinasi sebuah kejayaan yang diimpikan.

Kita sebagai ibu, guru atau saudara hanya mampu mengiringi perjuangan itu dengan doa.

ainhany said...

salam zulkbo,

Terima asih ats kunjungan balas.

InsyaALLAH perjuangan anak2 kita baru bermula...Sama2lah mndoakan kejayaan mereka--PMR 2010

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth DS Eita,

Mekasih singgah jugak rupanya..:)

oo kalau begitu 2 disana, 2 disini..pertarungan 4 penjuru..Hihi..ayuh maralah anak2sedara kami raihkan kejayaan kerana segalanya bermula dari usaha yg konsisten.

Terimakasih follow up resipi nie.insyaALLAH nanti akak cuba..

ainhany said...

waaalaikumusalam Kak Zakie,

betultu kak.."man jadda wajadda"
Sesiapa berusaha pasti beroleh kejayaan.

Terima kasih guru2, ibu bapa...restu kalian bagai senjata dlm pertempuran...Amin

My Little Diary said...

salam perkenalan,
semoga semuanya sukses...

ainhany said...

Salam My Little Diary,

salam ukhuwah
Insya ALLAH..mudah2an diperkenankan.

Terima kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak.