Wednesday, October 6, 2010

Jelajah raya - 3 Sesi Terjah

Masih lagi sesi terjahan. Berikutnya kami  ke Persint 18, dari tempat letak kereta berhadapan dewan serbaguna, terpancar keindahan kuning tirai tuan rumah. Jelas terpancar serinya istana syurga mereka. Kami dipelawa masuk dengan penuh kemurahan hati. Ucap izin mendahului andainya kehadiran kami tak direstui.. Secara peribadi saya amat selesa dengan layanan dan keramahan Sabri dan Aspalela. Beruntungnya
( lebih mesra di opis), mempunyai suri hati yang memiliki ciri-ciri ‘wanita melayu terakhir’. Lela bukan saja pandai memasak tetapi berkemahiran menjahit, menggubah danmenghias rumah. Sekali pandang, macam pengantin baru dengan warna tirai yg kemilau, langsir di tingkap dan di pintu rumah mereka adalah hasil tangan Puan Lela.

Seketika kemudian, Faris juga staff BTP turut singgah ke sini. Semakin riuhlah cerita dan gossip semasa dibincangkan sambil mengadap hidangan kueh yang tersedia di satu sudut. Terharunya kami dengan hidangan Laksa Penang dan laksa johor yang disediakan. Walaupun terjahan ini tidak dimaklumkan tetapi persediaannya amat sempurna. Gerak hati mereka bagaikan merasai kehadiran bakal tetamu. Subhanallah ilmu ladunikah mereka?? Doa dibacakan Sab turut kami aminkan di meja makan sebelum sama-sama menjamahnya. Bagi meraikan tuan rumah, kami memakan kedua-dua jenis laksa ini walaupun dalam kadar yng sedikit. Tidak terkesan pembaziran dan pastinya kita mensyukurinya. Seperti mana visi sebelum ini, makan bukanlah agenda kita tetapi mengunjungi dan merapatkan silatulrahim itulah yang diperkukuhkan.
  
Usai solat maghrib, kami meninggalkan Sab dan Lela dengan kenangan terindah. Tercatat memori, untuk pertama kalinya pertemuan di rumah mereka, kami dilayan dengan sempurna dan amat selesa.  Semuga ALLAH memberkati dan merahmati mereka dan dianugerahi rezeki yang berterusan dan diperkenankan hajat. Semuga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke syurga. Amin



Berikutnya kami  ke rumah kawan Acik di sebuah apartment di Kota Damansara. Salam perkenalan dan persaudaraan di hulur buat tuan rumah yang ramah menyambut kami. Putera sulungnya( berusia kurang dari 2thun) begitu yang comel menjadi perhatian. Walaupun agak lewat, tuan rumah masih sudi menerima kami dan menu hidangan tersedia di meja makan. Kali ini spargeti, nasi lemak, rendang, air koktel, minuman panas dan sejuk pula di pelawa. Kami menikmati hidangan dengan sebaiknya dalam episode terjah terakhir sebelum berangkat pulang sekitar jam 10 malam.

Acik apa nama timangan Ms MTD nie??  
Terima kasih  Acik,..bersamamu terjahan mengena., betui tak muni dan ruby ?

Semuga ALLAH memberkati kunjungan kami dan memaafi andai ada baki khilaf diantara kami. Yang baik itu dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari tindak tanduk kami jua…mhn dimaafi segala kelemahan kami...
Wallahuaklam

7 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

wahhh
terjah2 mengena ya
laksa utara ada laksa selatan lagi

Wassalam

kak Erna said...

salam ainhany..betul la kata anak2 akak..tahun ni..raya laksa katanya..bila baca menu ain pun ada laksa.. tahun ni.satu hari..pergi jalan raya..sekurang2nya 3 rumah ada..menu laksa..raya pertama lagi dah jumpa laksa..

sahromnasrudin said...

salam..ari nie alst syawal..sok awak ada open house lg kah????

ahmad humairi said...

salam,

selamat hari raya haji plak...adake rumah terbuka raja haji???

ainhany said...

waalaikumusalam

--> Dato',

oooo suka laksa ya?? tu belum laksa kuala kedah, kuala sala, kuala perlis,laksa siam dan mcm2 lagi ada...
InsyaALLAH selagi bernama rezeki,
kita nikmati dgn kesyukuran bersama.

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth Kak Erna,

tahun laksa?? Setujuuuu..resepi tradisional dari laut:). Lagipun kak,
berbanding menu berasaskan daging dan ayam baik makan ikan yang boleh meningkatkan kadar protein. InsyaALLAH rezeki jgn di tolak.

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth

Dik Sahromnasrudin,

hihi..open hse tak de tapi kenduri kendara pulak yg ada..Jom makan:)


Cikgu Humairi,

haha..raya haji raya korban...
Bermulalaa santapan berasaskn daging pulak..
Cikgu buat korban, aqiqah ke???(doa2la muga dapat raya aji di Mekah jugak)