Monday, October 25, 2010

101010 punya cerita

Ini menu kenduri di Sabak Bernam. Tidak termasuk dlm pinggan ini ialah ayam masak merah dan ikan keli percik. (apa nak di kato saya tak makan) Banyak menu dan sedap2 belaka. Alhamdulillah

Menu yang istimewa dan lain dari yang lain ialah, sambal tahun(taun). Pertama kali buat keluarga saya merasainya. Ada yang kata sedap, pelik, tak lalu dan tapi bolehla sekadar merasa. Kelakar juga mengingatkan pengalaman pertama merasainya di Teluk Intan tika kenduri kahwin anakanda Fiza-Azli. Pada mulanya saya dan Suriani (anak saudara) mengambil sesudu sekadar merasainya, kemudian sesudu lagi…tut tut…bila kata perut lembu…selera kami terbantut….selera lauk pengantin pun menjadi hambar…Maklumla mngingatkan kulit lembu@belulang yang lazimnya ditanam selepas lembu ditumbangkan. Tetapi selepas saya mendalami proses pembuatannya dan bertanya dengan beberapa org keturunan Jawa di Malaysia barulah minda ini boleh menerimanya lagi. Alhamdulillah.

Sekali pandang masakan ini nampak seperti sayur lemak putih biasa, tetapi apabila dah merasainya…fuhhh pedasnya hingga ke hujung telinga tapi besttt... Ala2 jgn disangka air tenang tak de buaya. Selain rencah kulit lembu(belulang) ada kerang di masukan bersama2 dengan halia..kalau nak tahu kenalah rasai sendiri. Menu sambal tahun ini sangat popular di kalangan masyarakat jawa. Pada umumnya masyarakat di sini masih mengamalkan budaya dan tradisi mereka. Melalui perkahwinan emak saudara sepupu( aruah Ngah Eshah) dengan bapa saudara sepupu(aruah Ngah Jais) yang memang keturunan Jawa,kini kesinambungan warisan ini diteruskan oleh anak-cucu mereka.

Syukurlah walaupun hubungan kekeluargaan kami dipisahkan oleh jarak dan keadaan tetapi apabila melibatkan sakit, kematian atau kenduri-kendara pasti ada pertemuan. Begitulah lumrah bila berjauhan..bertanya khabar menerusi talian dan ziarah-menziarahi dikala berkesempatan. Terima kasih ayong (maaf cu tak tahu nama sebenar ), selaku anak sulung yang beriya-iya menjemput family Kedah ke majlis perkahwinan adik bOngsunya. Mereka lima beradik menjadi yatim piatu sejak kecil dan dipelihara oleh nenek dan atuk mereka( kini juga aruah). Kini tinggal dua adik lelakinya masih bujang manakala yang perempuan telah berkahwin.

Indahnya majlis kenduri tersebut ialah, pertemuan keluarga saya. Dari Kedah , abg no 2( abg Mat bersama kak nab),abg no.3( abg Din bersama kak nah) juga Paksu adik ke11 turut hadir bagi mewakili family di kampung. Atas sesuatu sebab, Mak tak dapat turut serta. Sara, anak saudara di UniMAP yang kebetulan ada program di juga turut serta. Manakala dari selatan, kebetulan mereka ada program IKRAM di Bangi abg no.5( abg Zan dan family) turut sama. Dari Pahang kakak saya(cik na) dan familynya hadir bersama dengan satu kejutan kepulangan suaminya di Sabah turut bersama-sama meraikan jemputan. Subhanallah. Pertemuan keluarga jadinya.
choop!!..mana pulak pi si nadiah???
 
Walaupun dalam keadaan becak kerana air sungai yang naik secara mengejut sehari sebelumnya, suasana makan dan majlis tetap meriah. Ungu sebagai warna tema menghiasi majlis. Khemah, pakaian pengantin, pakaian seragam keluarga mewarnai majlis tersebut. Walaupun tanpa emak dan abah, atuk dan nenek, tetapi dengan semangat kerjasama antara bapa-bapa saudara, adik-beradik dan sepupu2 ayong, saya rasa sempurnalah majlis mereka. Walaupun beberapa adat masih dikekalkan dan aurat pengantin di ambil ringan, sama-samalah kita berdoa semuga ALLAH berikan hidayat buat mereka.

Pertama kali bertemu Ayong dan familynya …Ats pertemuan yang ALLAH rancangkan, kita menjadi semakin mesra.. Terharu dgn ketulusan dan bantuan2 diberi bila bertemu di KMC. Suaminya Majid dan anaknya Mokhzany juga baik dan mudah mesra. Darah persaudaraan mengalir pantas walaupun kita hanya akrab di usia dewasa.
  lain tempat, lain budayanya

Kepada pengantin yang diraikan, anakanda Norsuhaida dan nizam,walaupun kita kurang mengenali, anggaplah inilah jalinan kasih sayang keluarga kita. Bagaikan hadir sama ayahanda bonda meraikan majlis, muga kalian berdua bahagia melayari bahtera perkhwinan ini. Hiasi dan peliharalah aurat dan rumahtangga muga iman makin matang seiring dengan perubahan fasa ini.
Pulun sakan noo....


Bertemu  pulak mak andak...confius seketika  kakak2ku di mana ucu..hihi

Tangan kami juga tak kosong bila yOng turut membekalkan nasi kenduri bersama sambal tahun, bunga telur serta cenderamata perkahwinan. Maklumlah rombongan jauh jadi bolehla pakat2 merasa. Seusai solat dzuhur di masjid berhampiran, konvoi 3 biji kereta berpisah dengan destinasi berbeza - Kedah,Johor dan Pahang via KL . Terima Kasih ALLAH atas persaudaraan ini. Walaupun kita masing2 dalam generasi kedua dan ke3, hubungan ini perlu berterusan dan kita tetap bersaudara.
cepatlaa ayang..mak usu(saya) dah posing nie ..hihi
Terima kasih ayang dan nurazmi:
101010: punya cerita tersendiri...bagi yang bergembira..ingat2lah akan kematian... Semuga dicucuri rahmat keatas roh2 aruah family yang telah mendahului dan juga buat roh2 muslimin muslimat terutamanya yang terlibat dengan tragedy ngeri 101010….berita kemalangan ini pada mulanya menggamit resah ……………………………andai tadi pertemuan terakhir kita…
Alhamdulillah semuanya selamat. Amin.

10 comments:

~aSHa~ said...

seronok kan sekali jumpa sedara mara yg jarang jumpa....

time kenduri la senang nak jumpa

ainhany said...

betul tu asha, bukan selalu pun nak jumpa2 cam ginikan...:)

terima kasih

sahromnasrudin said...

org jawa suke buat nasi ambeng kan..memang sedap sungguh makan dlm 1 talam huhuhuhu

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

nikmatnya berjumpa saudara mara
terlalu cepat masa berlalu semasa tu

tak singgah bandar teluk intan, tenguk menara condung

Wassalam

ainhany said...

--> to sahrom,
iye ke dik?? penah tahu tapi tak bepeluang merasainya lagi..:(
Bersyukurlah byaknya nikmant yag boleh kita kongsikan.

Terimaksih

ainhany said...

Waalaikumusalam Dato',

Betui tu..rindunya..Insya ALLAH jumpa lagi d aidil adha:)

Lintas jugakkat pekan tu, tpi maklumlaa kena tunggu dato' ada kwsan dlu dlm PRU13 nnti..hihihi

Terima kasih

SiNoMoSa said...

Salam Kak,

Wow sakan rupanya kalendar 101010 akak hehe..

Kakzakie said...

Salam Ain,

Kakak dapat meraskan betapa meriahnya majlis yang berlangsung.

Sambal tahun tu apa resepinya? Jangan eja taun la.... kakak takut kena sakit TAUN (yang cirit-birit tu). Ha...3x

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth dik,

hihii...n3 tertunda
101010 empunya ceritera tersendiri....:)

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth Kakzakie,

ALHAMDULILLAH..

Maafla kak,lebih kurang sebutan slanga jawa mcm tu lar..tpi bila nak tulis jadi lagu tu pulak. Resepi dan sebutan sebenar kita kena tanya yg pakarlaa..ain mhn maaf..hari tu ada halia, belulang tu, lala, santan, cili padi...fuhhhhh...sedappp:)

mhn dijauhi dari taun dan sewaktu dgnnya :(