Tuesday, October 12, 2010

simpati kita pada mereka

Pilu... dasyat....takut...., sebak..., sedih.....terharu, terkilan....menggerikan....
inilah antara gambaran perasaaan yang terpampang di dada akhbar sejak semalam. Gambaran perasaaan yg bersifat subjektif ini hanya lah satu daripada penciptaan ALLAH. Betapa bertuahnya hati kita, dilontarkan rasa ini bagi mnggambarkan, kita seorang penyayang dan bersimpati atas kejadian ngeri 101010. Foto2 yang singgah di FB dan email menjadi saksi inilah kejadian yang benar2 berlaku. (Memadailah ini sebagai catatan rasa tanpa gambaran rasa yg hiba)


Tapi sejauh mana kita mengucapkan lafaz takziah dan innalillah hiwainna ilaihirojiun.( darinya kita datang dan kepadanya jua kita dikembalikan....) kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kecelakaaan ni??  Sejauhmana rasa syukur kita yang menjamin keselamatan kita selamanya???

Usahlah kita menyalahkan takdir ALLAH ini. ALLAH jua yang merencanakan segalanya bagi kita berfikir tentang kebesaranNYA. Apabila telah sampai ajal seseorang, tak akan dilewat dan dicepatkan dan inilah janji ALLAH kepada setiap yang bernama makhluk. Hanya asbab yang dikaitkan dengan punca kematian ini. Musibah itu telah berlaku dan usahlah kita menyalahkan  keadaan sistem jalan raya, kondisi bas, cuaca ataupun lembaga ajaib.

Sama-samalah kita hulurkan doa, kirimkan solat hadiah dan jika berkesempatan kita berziarah bagi menzahirkan rasa kasih dan membalut kesedihan mereka. Walaupun mereka bukan saudara kita tetapi mereka juga sebahagian dari kita dan mungkin juga mereka lebih banyak amalan dari kita dan diredzai ALLAH. Sebagai iktibar buat diri juga, seringlah beringat-ingat akan kematian yang sering mengejar kita, mendahului doa di kala menaiki kenderaan dan berdoalah diakhiri kematian dengan  husnul qatimah. Ampuni dosa2 kita dan redzalah  kita sebagai ummah yang rindukan jannah dalam mentaati perintah dan larangan ALLAH. Insya ALLAH.
hari ini mereka meronta
tangis mereka dalam trauma
kematian mengejar mereka
yang terkujur, terburai kata kita 
bukan salah mereka
bukan salah kita
bukan salah DIA
bukan salah sesiapa
mereka hanya kembali padaNYA
yang ESA

 AL FATIHAH kepada semua mangsa tragedi 1010101 yg telah meninggal.Semuga dicucuri rahmat ats roh mereka dan dtempatkan di kalangan orang yg soleh. Insya ALLAH. Semuga cepat sembuh bagi yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat. Bersabarlah dengan ujian ini.
Walluaklam. 

14 comments:

sonata anak kancil said...

salam....ngeri lihat kemalangan itu...bimbang sebab sy sentiasa lalu di kawasan itu

sahromnasrudin said...

al-fatihah utk mangsa..nasib kita lum tahu lagi..semoga kita bersedia menemui-Nya

ainhany said...

waalaikumusalam cikgu,

wow mencabar tu cikgu..:)
insyaALLAH selamatlah hendaknya.

ainhany said...

salam sharom,

betul2 ...kita jadikan ini iktibar. hdup lawannya mati...:(

My Little Diary said...

salam,
al-fatihah utk mangsa & takziah buat keluarga mangsa...

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth MLD,

Terima kasih ALLAH yg telah melembutkan hati2 kita utk bersimpati ..

Terimakasih ats perkongsian ini.

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

Disaat org berlumba-lumba mencipta kenangan terindah dgn tarikh 10.10.10..di suatu tempat, kenangan pahit tercipta dengan ketentuan Allah..

Takziah kepada keluarga mangsa..
Sy tak berani nak tgk gambar yg ngeri itu huhu

ainhany said...

waalaikumus salam dik syima

Setujuu..kini sejarah pilu juga telah tercipta. Bersedialahlah degn ketentuan ALLAH..Mana milik kita sebenarnya??

Akak pun tak sanggup tenguk tapi nak tenguk juga tapi seram tapi....Muga dijauhi segala bela bencana. Insya ALLAH. Terima kasih

kak Erna said...

al fatihah..untuk muslim yang terkorban....semoga semua yang cedera kan segera sembuh..

Rozali said...

Assaloamualaikum Ain

Al Fatihah untuk mereka

Wassalam

ainhany said...

salam kak erna,

Mudahan diperkenankan ilahi munajat kita. InsyaALLAH.
Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam Dato',

Amin
Terima kasih

Ayue Aishah said...

salam. kak ain..

sedih betul dgn berita-berita kemalangan mcm tu. so, utk kita2 ni beringat-ingat la sebelum kene. ajal akan mnjemput bila-bila masa. Al-Fatihah buat mereka...

ainhany said...

waallaikumusalam Ayue,

betul tu:)
sama-sama kita beringat..bawa berhati2 pun mati, bawa laju2 pun mati...segalanya telah di TENTUKANNYA .
Doakan keselamatan ummah