Acik adalah host kami, anak ke 3 dari 7 beradik. Beliau merupakan graduan
UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT). Setiap semester, acik menerima anugerah dekan dan merupakan seorang pelajar pintar yang aktif. Namun begitu, pesaingnya mempunyai kelebihan kerana aktif dalam MPP. Acik tetap berjaya dihati kami. Saya kagum membaca tinta FB ibunya sebagai perangsang:
tahniah buat puteri ku..achik/atiqah... pada konvokesyen ke 7 UniKL semalam. syukur dapat anugerah dekan pada semua semester... jangan kecewa tak dapat anugerah presiden.. kerana kau telah berjaya merangkul anugerah IBU.. dan berusahalah untuk mendapat anugerah ALLAH SNW yang lebih berharga dan bermakna dunia akhirat...
Meninjau2 di luar dewan sambil melewati booth yng menjual pelbagai cenderamata konvo-apakah hadiah yg sesuai ku beri pada acik..bingung juga membuat keputusan dalam waktu yng singkat. Seusai solat asar, cuba ku hubungi Dila, salah seorang adik beradik acik yang berada di luar dewan untuk membantu. Ala-ala rescue Dilla dan Amin sudi menemani dan mmberikan pandangan ... Terima kasih sayang...antara yang banyak2....
![]() |
| menarik pulak cute bear disebalik bunga hidup |
| bluish bear untuk acik..u like ? |
Hanya ini yang saya berikan sebagai tanda kejayaannya. Bukan untuk di ungkit tapi memadailah sebagai tanda kenangan dan pembakar semangat utknya dan adik2nya untuk meneruskan legasi kejayaan dlm kehidupan yang cemerlang.
Apabila selesai majlis, dari jauh saya perhatikan acik yang lengkap berjubah konvo. Terserlah ayunya dia dan kini dirinya telah dihargai. Bila pipinya singgah di pipi saya, acik berbisik …”acik tau, ucu tak kan kecewakan harapan acik.” Terima kasih ucu……Subhanallah, kegembiraan acik adalah kebahagiaan ucu jugak. Andainya dapat diputarkan masa, pastinya acik lebih gumbira bersama ayah melakari peristiwa bahagia ini. Namun tanpa ayah, acik masih berjaya buktikan, kejayaan hari ini adalah jejak kasih ibu dan dirintis oleh ayah jua. Pastinya ayah tenang dan gumbira mempunyai anak seperti acik dan adik beradik yang lain. Al Fatihah buat Allahyarham Abg Nordin yg meninggal 10 tahun lalu.
Ucu tumpang gembira meraikan kejayaan mu. Inilah kejayaan anak2 saudara
Masa adalah nyawa kita, Kita tak mungkin mampu mengembalikan masa yg berlalu. Seandainya mengisi dgn kebaikan. Ia tersimpan sebagai pahala. Memanfaatkan masa bersama enam dari tujuh anak2 saudara angkat ini amat bermakna. Nilai-nilai murni mereka amat saya kagumi. Walaupun ketiadaan Adila dirasai namun tuntutan pelajarannya di UITM lebih penting dan wajar didahulukan. Pastimya Kak zan mempunyai strategi utk mnghimpun anak-anaknya bagi meraikan kejayaan acik ini.
![]() | |||||
| Diploma in Aircraft Maintenance Technology(Avionic) dgn pencapaian CGPA 3.96 menjadi milik Acik. |
Tahniah Acik: Cita-citanya kini ingin memiliki sijil aircraft. Gapailah awan tinggi kerana ia bukan hayalan lagi . Sedangkan asteronoit boleh meredah angkasa, inikan pula hanya pesawat di angkasa. InsyaALLAH dengan semangat dan restu ALLAH serta redza emak, pastinya acik boleh!!!
![]() |
| Angah (Adam) yg paling sporting. Mana nak dapat abg yang baik camni!! |
Acik membelanjakan duit gaji kedua yng diterimanya dgn menjamu kami makan malam di sebuah restoran di Putraya. Suasana damai menikmati kolam pancing ikan di tingkat bawah memberi ketenangan teramat semasa menikmati juadah ini. Secara kebetulan, saya sedang berpuasa dan mereka begitu prihatin dgn juadah berbuka pada petang itu. Terima kasih ALLAH atas pertemuan dan berpeluang meraikan kejayaan ini bersama mereka. Semuga Acik mmperolehi peluang pekerjaaan yang setimpal dengan kejayaanny dan diperkenankan cita-citanya dan diberkati ALLAH akan rezeki dan kehidupannya.
![]() | |||||
| Apa nak dikata..segalanya licin. Terima kasih Acik |
Bila acik berkata-kata dlm FB ( Ucu petik tanpa izin) :
the only reason i ever wanted the award is to make u, my beloved mother, proud...I know how hard it is for u to be a mother n a father at the same time, especially to a daughter like me. I just wanna make things better for u and to make u p...
................................
Thank you all for coming, for your time and the flowers. Really appreciate it !
I wished my father was there with us at the event. *Al-fatihah*
I wished my father was there with us at the event. *Al-fatihah*
Alhamdulilah dan Tahniah Acik.
Terkasima saya dgn bahasa penghargaan seorang anak buat ibunya..
Terima kasih atas perkongsian ini dan tahniah buat acik. Saya gumbira mengenali acik dan keluarga.
Semuga ALLAH membalas kebaikan yang dihulur .
TERIMA KASIH ALLAH
**ucu=saya




3 comments:
salam ainhany..syahdu..alhamdulillah..anak tidak melupakan pengorbanan ibu..
waalaikumusalam kak,
Ain berkongsi rasahati ini dan menterjemahkan dalm pemerhatian dan penulisan.InsyaALLAH anak2 ini akan menghargai seOrang IBU yg disyangi.
Terima kasih kak.
Salam ainhany
Terharu..akak...
terkejut akak dari mimpi...
Terimakasih kerna berkongsi pengalaman.
Doa akak, akak pun akan mengalami
pengalaman yg sama dlm meraikan anak2 tuu.
Wslm.
Post a Comment