Thursday, October 28, 2010

Hanya 1100 ??

Angka yg menarik utk plat sebuah kereta atau motor, no. rumah, no. telefon atau apa2 saja yang mengingatkan kita kepada sesuatu peristiwa atau sejarah…:)  Jika ukuran 1100 dlm nilai mata wang dolar atau RM ia mungkin sedikit bagi setengah orang tetapi tidak bagi seseorang.

Segalanya bermula hanya di hujung jari:
Menerima email dan mengikut arahan mengupdatekan e-banking (maybank2U).
enter dan enter..next…????
Menyemak semula bakinya…Kejutannnn!!!
Bakinya kini hanya cukup sekadar tambang bas KL-Kuantan(RM23). Kemana ghaibnya RM1100????

Astaqfirullahal Azim…jenayah apakah ini? Siapakah yang memukau dan mengalihkan RM dari akaun ini ?? Bagaimana pantasnya misteri 1100 ghaib nie? Dan kenapa fenomena ni berlaku dalam kekalutan pembangunan e-teknologi. Teknologikah yang bersalah atau ??? Di mana langkah2 protection yg disediakan pihak bank? Mana peranan KDN, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia yang memantau gejala jenayah siber ini dan yang berkaitan dengannya??

Pihak bank seolah-olah melepaskan tangan, dan baginya ia adalah lumrah. Biarpun rakyat marhaen ini hanya kehilangan RM1100 tetapi nilaian baginya umpama ratusan ribu bahkan melangkau jutaan ringgit berbanding yang tersurat RM1100. Komitmen family dan diri terpaksa ditangguhkan gara-gara ghaibnya nilaian RM1100. Bank tak dapat menyediakan access utk mengenalpasti punca dan mengesan kehilangan…ajaib bukan???

Jika di segi logik, e-banking pasti berhubungkait dengan access, pengkalan data dan server. Dan setiap urusan perbankan mesti ada work-flownya.. Dari akaun 1 ke akaun 2 dan ke 3 dan kemana destinasi aliran kewangan itu..Tetapi bila laporan ini dibuat, pihak bank seperti melepaskan batuk ditangga. Menerima laporan jenayah siber ini, tetapi tak dapat berbuat apa-apa…Kononnya pihak bank belum mampu menyediakan RM tertentu untuk menyediakan acess pengesan tersebut .Wallahuaklam.

Ohhh terlalu mudah kita menuding jari pada teknologi hujung jari.. :
- Sory, network failure.dot dot…
- tandatangan tak diperlukan. Ini adalah cetakan komputer
- Harap maaf, elektrik terputus. Segala urusan ditangguhkan dan sebarang kesulitan, amat dikesali.

Flashback seketika, dulu tanpa teknologi, segala urusan dapat dibereskan seperti biasa dan human error bukanlah satu kekangan, tapi sekarang….siapakah yang menggerakkan teknologi tersebut dan kenapa human error bukan punca tergendalanya urusan??

Bila di adukan kepada pihak polis yang berdekatan…ia sekadar pelengkap sebuah ceritera. Pihak kami menerima laporan ini dan tak dapat berbuat apa-apa kerana ini bukanlah kes pertama. Ada lagi kes yang lebih besar nilainya tetapi bank tak dapat bekekerjasama dan kita masing-masing ada policy. Astaqfirullah.

Inilah situasi yang dihadapi oleh yatt@ismihayati seorang sahabat, frenz merangkap adik yang seusia anak2 saudara saya yang dipilih menerima musibah ini (saya mengenalinya sejak 4 tahun dulu ketika dia menjalani latihan praktikal di BTP). Biarpun dihadapi dengan tabah, namun sejauhmanakah kekuatan jiwa adik nisa’ ini dlm meniti kehidupan di kota yang memerlukan duit. Kemelut diri membelenggu dan resah merantai, antara kesilapan atau kecuaian…Biarpun ianya berlaku di pagi hari bekerja….gusar dan laranya selangit kelam malam berlarut hingga ke mingguan. Resah hatinya dikongsi sepertimana sms tercatat biarpun ianya  telahpun berlalu:
Itulah reality yg saya hadapi minggu ni, emosi pada semua org ..menangis sendirian, gaduh dgn pihak bank, berurusan dgn polis yg handle kes…semuanya settle sendirian. Maaf sekali lagi cu,saya keterlaluan dlm berkata2..

Apa yg berlaku telahpun berlaku…menerima dalam keterpaksaan inilah takdir yang harus dibayar untuk minggu2 terakhir Oktober 2010. Pada siapa diharapkan lagi, institusi kewangan hanya memandang sebelah mata, pihak polis hanya melaksanakan prosedur, yang tinggal hanyalah makna sebuah persahabatan.

Secara peribadi, saya turut kagum dengan keprihatinan rakan2 sepejabatnya yang memberi kekuatan semangat untuknya. Bahkan menghulur bantuan saguhati dari masa ke semasa. Begitu juga dengan Mala, seorang rakan serumah yang juga rakan seopis dengannya  yang amat memahami. Kepada Kak Wan saya kagum dengan ciri-ciri kepimpinannya dalam meredakan keresahan anak buahnya ini. ALLAH menyukai dan memuliakan kebaikan seseorang dan pastinya kebaikan hari ini akan beroleh pahalanya di akhirat.
Pada Yatt ...ucapkanlah terimakasih kepada mereka yang telah membantumu. Jazakillah...

Benarlah, ini sebahagian ujian yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalaman. Sejauhmana konsep redza, pinjaman dan tawakal yg kita ada dapat diaplikasikan? Tebal atau nipis iman kita akan teruja bila di timpa musibah. Sejauhmana kita bermuhasabah, menjadikannya iktibar dan hikmah atas kejadian yang telahpun berlalu…

Gantian ALLAH pastinya diperolehi dan berilah kemaafan untuk memperolehi ketenangan. Biarlah tangan-tangan kotor itu dikatakan hero siber, menyedut duit2 dari kepayahan orang lain dan yakinlah ALLAH tetap menyaksikannya. ALLAH menyukai dan memuliakan kebaikan serta org yang melakukan kebaikan dan DIA amat membenci dan menghinakan kejahatan serta org yang melakukan kejahatan.Nauzubillah

Penggunaan komputer dan internet menggamit pada aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data boleh terdedah kepada tujuan yang tidak sihat. Sejauhmanakah jabatan kerajaan membuat persediaan bagi melindungi keselamatan data2 menerusi HRMIS, myASET, e-penyatagaji, dsb yang sedang disuruhguna pakai sekarang..Fikir2kan.

Moralnya, berhati-hatilah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Pekalah dengan persekitaran dan waspadalah dengan segala kemungkinan. Menggunakan pancaindera anugerah ilahi, buatlah penelitian dan bertindaklah mengikut susur ALLAH. Catatan ini juga untuk peringatan buat diri sendiri dan teman2 yang menggunakan apa saja aplikasi teknologi . Kecuaian kita mungkin memberi keuntungan di pihak lain dan alangkah indahnya jika ia disalurkan ke saham akhirat.Wallhuaklam.

4 comments:

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

Huhu itulah pro and kont nya jika terlalu bgantung harap dengan internet..
Skrg payslip pun kena online huhu
Takziah pada rakan akak..
Cuma sbg prevention, berhati-hati dengan password, jika boleh jgn letak passwword yg sama utk semua perkara..wallahualam

Bb Hussain said...

Salam Ain,
sebenarnya kejadian-kejadian begini memang banyak terjadi. mungkin rakan ain tak perasan. yer lah kadang-kadang kita terleka sebab semuanya bergantung kepada internet sahaja sekarang. Semoga rakan Ain tabah.

p/s: Bb sihat je sekarang. ALhamdulillah. semoga Ain juga begitu. ;)

ainhany said...

w'salam wbkth dik syima,

terima kasih ats simpati..huhu

Muga2 langkah keselamatn terus mnjadi teras agar tiada kebocoran data dlm institusi kerajaaan. Selmat datang teknologi hujung jari :)

ainhany said...

w'salam wbkth BB,

Terima kasih ats simpati :(

Itulah kenyataannya, walaupun telah berulangkali diingtkan, sbg pengguna kita secara totalnya tak dapat mmbezakan kebenarannya. Jadikan iktibar kisah ini dan jgn simpan duit dlm satu bank shja.:(

Alhamdulillah..Selamat berhujung minggu..ceriakan2 hdup!!TQVM