Wednesday, October 6, 2010

Jelajah raya -1

Dengan pekembangan FB yng meluas, rantai jemputan menjadi semakin mudah dan tepat. Menerima undangan rumah terbuka daripada Farah, yang bertemu jodoh dengan Bob (Mahathir) di BTP membawa kami mengunjung istana bahagia mereka di Ampang.

Kehadiran kami berempat rupanya adalah tetamu pertama selepas family mereka. Menu’fresh’ siap terhidang diseolah-olah meminta untuk dijamah. Saya menjamah nasi himpit berserta kuah kacang dan rendang tOk, manakala Acik, Ruby dan Muni lebih berselera menjamah bihun soto. Di susuli dengan menu kueh raya, karipap dan buah limau.Semuanya sedap-sedap belako..:)

Syukurlah, rezeki yang dinikmati bersama ini amat sedap hasil air tangan En. Hasnul (juga staff BTP yg memang pakar masak ). Sepanjang kami berada di situ, tuan rumah yakni Bob yg peramah dan Farah yg baik hati sentiasa melayan dan tak sunyi dengan cerita2 semasa di BTP. Indahnya pertemuan ini, bila ada rasa kasih sayang dalam persahabatan.

Terima kasih Bob dan Farah…kami menghargai jemputan ini dan semuga ALLAH memberi taufiq dan hidayah dalam mengemudikan rumahtangga yang terbina dan dilimpahi rezeki dan keberkatan dlm kehidupan.
 Amin

3 comments:

sahromnasrudin said...

salam..rendang tok tue rendang yg kering tue kan????

My Little Diary said...

semoga mereka berbahagia hingga ke syurga.. amin...

ainhany said...

-->to sahromnasrudin,

waalaikumusalam.
iye betulll!!
Rendang tok merupakan resepi tradisi org Perak. Ia juga tahan lama dan sekali cuba mungkin mau lagi:)

--> MLD
Amin.
Muga diperkenankan doa jua harapan kita.