Friday, October 8, 2010

JR 4: Rawang Tour

Masih mngekalkan tajuk Jejajah Raya, saya mengabadikan catatan kenangan hujung minggu (Ahad) yang di kongsikan bersama Acik,Ruby dan Muni dan family Norehan. Kali ini konvoi kami di nakhodai oleh pasangan bahagia- Norehan(BTP)& Sharin. Konvoi 2 BML dan 1 myV tiba tepat masanya di laman rumah syikin di Taman d’mas, Rawang atas jemputan.

Menyambut kedatangan kami, Ikin dan dua puterinya sibuk mnyediakan menu tengahari. Namun suaminya En. Zairi tiada di rumah kerana bekerja.Hidangan lunch berupa menu berasaskan ayam,ikan, sayur menepati selera tetamu. Kedua-dua puteri Norehan& Sharin turut berselera menikmati menu tengahari itu. Terima kasih Ikin yang sudi mngundang kami dan menikmati makan tengahari. Dalam masa yang sama, sempat lagi Ikin menyediakan kek kukusnya namun kami terpaksa bergerak ke rumah lain pulak.Memadailah mngetahui cara menyediakannya kerana kami sempat menikmati sebelum ianya habis... Terima kasih Ikin


TAR dan ITA
Walaupun dimaklumkan di saat akhir kedatangan kami ke rumahnya, namun mereka sempat menyediakan menu hebat utk konvoi kami. Terima Kasih,sudi menerima tetamu dengan menyediakan mee kari ayam dan lontong + nasi impit.

Mokhtar(Tar) rapat dengan saya sejak sebelum berkahwin lagi kerana kami dari satu unit yang sama, berguru dengan guru yang sama, dan merangkap anak didik saya juga. Begitu juga Ita, selepas berkahwin, beliau mengenali saya dan kami saling menghormati sesama. Walau bagaimanapun, jarak, masa dan keadaan membataskan ukhuwah ini.

Seketika juga,Mokhtar bertugas di Politeknik Sabak Bernam sebelum kembali semula ke BTP. Hubungan semakin renggang apabila mereka berpindah ke rumah baru di Rawang dan kini barulah saya berpeluang berkunjung ke rumahnya. Bahagianya mereka

Indah dan damainya berada di rumah Tar dan Ita . Kedua-dua puterinya semakin mesra dengan saya. Terima kasih anakanda Aqilah,yang sempat membuat presentation tanpa gaya bertajuk MY SUPER HERO. Wah wah !Mokhtar Eisa (MBE)….you are her super hero…Congrate. Si adik masih malu-malu tetapi tak lokek menebarkan senyum berbekas 2 lesung pipitnya..


YUS dan AS
Maafkanlah sekiranya kedatangan kami mengganggu hujung minggu keluarga Yusran(Yus) dan Asma. Kesian Yus, terpaksa bergegas pulang ke rumah selepas kelas hujung minggunya. Saya kagum dengan semangat belajarnya walaupun terikat dengan komitmen keluarga dan mempunyai 4 org anak. Tahniah Yus, teruskan mngejar ilmu, semuga menjadi teladan buat anak-anak.

Kami di layan dengan penuh kemesraan oleh mereka. Nampak riak-riak bahagia sepanjang berada di rumah itu. Walaupun sekadar singgah, pisang goreng dan air tetap disediakan. Berbual dan bertanya khabar adalah agenda dalam pertemuan kami. Selang 4 bulanselepas saya meninggalkan BTP, Yus pula berangkat ke Polteknik Shah Alam . Bagi saya,Yusran dan Ruby, BTP adalah cerita-cerita kenangan kerana kami masing-masing bertugas di tempat yang berbeza.

 Saya mengungkit semula perbualan penghargaan Yusran buat isterinya. Asma bukan saja seorang isteri solehah tetapi juga ibu yng dedikasi . Kecekalan dan strateginya menguruskan anak-anak amatlah di kagumi. Bak kata Yus, isterinyalah yang mngurus dan banyak membantunya dalam urusan keluarga . Saya bersetuju dengan kata-kata Yusran itu. Apa yang dikata, diperhati dan di nilaikan sepanjang kami berada di situ, itulah harga rumah tangga yang dimiliki. Terima kasih Yus dan As melayan kami dengan terbaik. 


Sesi membuat kek selepas makan

1,.2 ......3?

Generasi ke dua bakal mewarisi..


Semuga ALLAH melimpahi kebahgiaan buat semua sahabat-sahabat saya yang disinggahi. Terima kasih juga buat Acik, Norehan,Shahrin Muni dan Ruby yang menghiburkan hujung minggu bersama-sama. Semuga jalinan ukhuwah kita berterusan bagai air yang mengalir..Yang baik itu dari allah didatngkan ilhamnya dan sebarang kekurangan adalah kelemahan diri penulis dan pengalamannya.
Wallahuaklam
( catatan ini di buat dalam kekangan audit oo audit)

14 comments:

sahromnasrudin said...

salam..mmg meriah sungguh awak berkonvoi ya..teruskan aktiviti jalinan ukhwah ini :-)

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

ramai kenalan Ain yer

Alhamdulillah

Wassalam

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

Wow seronok ye kak..
Bila nak belanja adikmu ini eks..ooppss ahaks

ahmad humairi said...

salam,

jelajah memang menyeronokkan....dapat banyak pengalaman berharga.

ainhany said...

waalaikumusalam sahrom,

terima kasih atas sokongan diberi.
InsyaALLAH mudah2an silaturahim berkekalan.

ainhany said...

Waalaikumusalam Dato,

Salam ukhuwah sentiasa dihulur.
InsyaALLAH yang ada di hargai jua
kehadirannya..

Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam dik Syima,

opp..meh kita lat talilat dulu..
tenguk sapa yag kena...hik2..
( ice blended copocinO bleh?)

insyaALLAH bleh aje dik.

ainhany said...

Waaalikumusalam Cikgu Humairi,

Setujuu..
mengajar kita berfikir dan mensyukuri yang kita ada dan arah mana pilihan kita..
Semuga sama2 kitaterus dapt bimbingan ILAHI.
amen

terima kasih

Kakzakie said...

Salam Ain,

Kakak dapat bayangkan keletihan dalam keseronokan berkonvoi tu....

Tiba rumah you urut kaki I, I urut kaki U. hehehe...

KAMATO said...

kunjung mengunuung itu mengerat siratulrahin

ainhany said...

waalaikumusalam Kak Zakie,

betui2..
org mngantuk disurung bantalkan.

Terima kasih ats prihatinan akak.

ainhany said...

Waalaikumusalam Kamato,

insyaAALLAH...
sama2 kita mnghargai persaudaraan yg sedia ada.

nurazzah8 said...

Salam ziarah dan salam perkenalan...dah follow, dan harapa dpt follow saya semula...

seronok bc blog ni...

ainhany said...

salam ukhuwah dik nurazzah,

salam ziarah dan ukhuwah.

Terimkasih sudi singgah dan meninggalkan jejak. Amatlah dihargai kunjungan yag tiba, insyaALLAH akak follow too.

Yg baik jadikan teladan..
Amin