Wednesday, October 6, 2010

Jelajah raya - 2 Rumah Terbuka vs Terjah

Istilah ini baru diperkenalkan. Mengkhususkan satu hari untuk meraikan tetamu dengan mengambil keberkatan bulan Syawal. Pertemuan ini akan menjalinkan semula silaturahim yang hambar dan menjadi medan pertemuan. Pengisian untuk majlis ini di mulai dengan doa, tahlil dan kesyukuran. Walau bagaimanapun bergantunglah kepada niat hajat dan cara tuan rumah mengendalikannya.

Bagaimana pula dengan sesi terjah? Perlukah bertandang ke rumah yang tak diundang, di bulan syawal yg diraikan?  Merujuk kepada kalam ilmiah yang tak rasmi, kunjung-mengunjung tidak memerlukan jemputan. Sesiapa saja yang melintas dan teringin singgah, mereka adalah tetamu . Adat dan budaya Melayu juga tidak membataskan waktu melawat dan menziarah bagi merancakkan sambutan hari raya.

Tapi segan pulak rasanya..( di istilahkan org Kedah malu=segan+malas_)…Inilah gambaran perasaan saya ketika mengunjungi rumah rakan-rakan BTP di Putrajaya. Walaupun saya’dipaksa rela’ oleh 3 stooges, saya terpaksa memohon izin tuan rumah agar kedatangan saya tak mengganggu kerana saya tak termasuk dalam kalam tetamu mereka.

Bagai dikata, kunjungan buat pertama kalinya ke apartmen kerajaan di Putrajaya ini meninggalkan jejak kenangan yang amat bermakna buat diri dan persahabatan. Kunjungan ke Persint 11, meneurtalkan persabahabatan yang semakin pudar. Di rumah pasangan Ina( bekas staff BTP)dan Lil (BTP), kehadiran kedua-dua ibu ayah mereka meramaikan (mungkin ada sesuatu yang disyukuri)  rumah terbuka ini. Riuh rendah juga dengan saudara maranya. Bertuahlah family mereka mempunyai anak dan menikmati saat bahagia bersama-sama.

Menu utamanya Laksa Perak dan nasi berlaukan gulai daging rias pisang. Rias pisang ini didatangkan dari Baling dan agak popular di Kedah terutamanya di majlis kenduri -kendara.( Family ina mgg orang Baling). Bagi meraikan tuan rumah kami memakan laksa dan kueh muih. Selain bertanya khabar dan berbual mesra, kami di maklumkan berita gembira, mereka bakal menimang cahaya mata tahun depan. Ucap tahniah dan syukur, semuga segalanya dipermudahkan …

Semakin hari semakin petang dan pemandangan dari tingkat atas blok itu amat menakjubkan. Subhanallah inilah penciptaan ALLAH buat makhluknya dan inilah ilham yang didatangkan oleh ALLAH untuk para teknokrat menghargai anugerah NYA.
 
Untuk Ina dan Lil,semuga rumahtangga yang dibina ini akan terus dirahmati ALLAH dan sempurnakanlah hak sesama kita. Semuga ALLAH memudahkan urusan kita dan mohon dilupakan segala kebaikan saya dan dihalalkan segala2nya. Terima KAsih ALLAH atas pertemuan ini.

4 comments:

mama ju, said...

Aslkm anakanda,

Nak terjah pun ok gak...tapi sekarang ni kalau nak terjah top2 org tu tak de..tak ke haru...kita dtg dr jauh pulak tu..meredah jem lagi..bukannya susah just ring2 je....

Bilalah mama nak jumpa Ain ni...

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth Mama,

hihi...
tidak ada yg tak benar melainkan benar belaka kenyataan mama tu..ehemm pengalaman iye??

Insya ALLAH ma, ada rezeki kita ketemu.. malu pulak rasanya:(

Ummi Humaira said...

salam Ain....

he he he Syawal dah nk melabuhkan tirainya,,bila nk terjah rumah Chaq...

ainhany said...

waalaikumusalam chaq,

Dont wory... sblum terjah ain caling2 chaq dulu ek..
pe pun biarlah syawal berlalu..
terima kasih