Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi di Singapura sekitar era 50an sehingga mengakibatkan tragedi berdarah di kalangan masyarakat di sana.Rusuhan yang menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British itu berlaku demi perjuangan mereka terhadap gadis Belanda bernama Bertha atau Natrah itu. Bertha dilahirkan di Jawa, Indonesia dan kemudiannya pada usia lima tahun, dia diserahkan kepada ibu angkatnya, Che Aminah untuk dipelihara yang mana kemudiannya dia diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana pendidikan Islam.
Natrah menjadi rebutan antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan.
Bukan itu saja, kisah Natrah yang dikahwinkan pada usia 13 tahun dengan Mansor Adabi juga membawa cerita tersendiri yang amat memilukan.Keikhlasan kasih Mansor yang berjanji tidak mahu 'menyentuh' Natrah kerana usianya yang masih muda ketika itu serta cinta sejati mereka yang terpaksa dipisahkan kemudiannya sehingga membuatkan pasangan ini merana memang cukup menyayat hati.Lebih menyedihkan, Natrah menjalani kehidupan yang penuh berliku sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu di Huijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.
YESS!! dapat jugak saya saksikan pementasan teater di IB kali ini .
Tahniah diucapkan kepada Erma Fatima yg berjaya mengembalikan nostalgia Natrah dan wartawan Fatini (buku Natrah juga di jual di sini)yng pernah saya kenali melalui penulisannya menerusi dewan masyarakat satu ketika dulu. Saya merasai seolah2 dilahirkan di era 50an bila set dan prop menepati ciri2 kemelayuan dan keislaman. Floating stage, transission time dan muzikalnya amat terurus. Bahasa nya amat berbunga dan ada lentuk tersendiri.( walaupun bahasa asal sepatutnya selanga melayu -indonesia)
Kenapakah kita tak sempat menyambut dan memimpin tangannya yang terkapai .
Dia menjadi momentum kebangkitan islam bahkan rusuhan atas nama mempertahankan akidah seorang anak berusia 13 tahun. Walaupun campurtangan gerakan pemimpin islam bahkan Tunku Abd Rahman, Natrah tetap di manipulasikan oleh British dan sekutunya. Sejauh manakah sensitifnya kita andai NATRAH 2 berulang? Kesian Natrah hidupnya tidak keruan selepas kembali ke negara asalnya yang tak pernah di restuinya.
Kasih sayang , cinta dan air mata adalah kehidupan. Namun sejauh mana, kasihnya cik Aminah kepada anak angkatnya kini hanya dapat di ungkap melalui kata2 juga cintanya Mansor Adabi pada Natrah. Natrah amat sopan dan terdidik seperti seorang muslim seperti skrip yang saya. ingat...anak orang putih tu tahu jawap salam??? Natrah pergimu di ragut bersama sejarah. Namun jiwamu tetap bersih kerana dirimu menjadi hamba atas nama pertalian kasih sayang juga. Biarpun telah tersurat dan pastinya sejarah tak kan berulang lagi.
Bila laungan takbir suasana rusuhan dengan membakar kereta & pergaduhan menghangatkan IB: bibir ini pastinya turut serta mengucapkannya.. "ALLAH AKBAR". tak rela di kudakan lagi, cukuplah atas nama perundangan sekular dan veto, kembalilah kepada syariah Islam kerana kepincangan ummah kini atas kelalaian kita semalam. Semuga diampunkan dan ummh terus bersatu...
Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam dgn pelbagai persoalan tentang kehidupan semalam, hari ini dan akan datang....masih adakah natrah atau maria???
1 comment:
utk mendapatkan paparan dan kisah sebenar tentang NATRAH -----rujuklah blog cik Im
http://abdullahimran.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2010-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&max-results=29
sila ziarah
Post a Comment