Tuesday, December 22, 2009

happy birtday Shahmi

          22 Disember........

          ALLAH SELAMATKAN KAMU
          ALLAH SELAMATKAN KAMU
          ALLAH SELAMATKAN KAMU
           MOHD SHAHMI HJ ZULKIFLI


karektor: seorang  anak saudara yg aktif dan suka bertanya. Anak kedua dari 5 beradik yang berdikari tetapi suka menyakat kadang menyulitkan keadaan. Nak di pukul lincah helahnya tetapi bila nak sesuatu pandai pulak beri pandangannya.  Di sekolah merupakan seorang ank yg bijak dan mahir matematik. Walaupun baru menyambut bthday ke 11, namun menurut guru matematik yg saya temui secara kebetulan di SK Chini, kepintarannya menyelesaikan masalah matematik terserlah. Guru tersebut suka memberikannya latihan matematik darjah 6 utk di selesaikannya. Alhamdulillah ,  Terima kasih cikgu
"YA ALLAH jika ini satu kelebihannya, mantapkanlah dan permudahkan dia menerima ilmu dan berilah dia manfaat atas apa yg telah Engkau berikan dan teruslah membimbingnya dan tambahkanlah ilmunya dan berikanlah atasnya perlindungan api neraka. "

foto ni dirakamkan semasa percutian tempuhari ke Muzium Padi, Kedah. Ini adalah janji yg telah saya tepati dgn anak2 saudara  termasuk Abg Mie ni,sempena musim cuti sekolah. Gambaran yg dapat dinyatakan,
memang puas hati, anak boleh berlari berkejar dan melihat segala peralatan berkaitan pertanian padi khususnya.
Paling terpesona bila menaiki tangga ke tingkat atas dpt di saksikan keseluruhan KEDAH pada pandangan atas. SuBHANALLAH.
Keadaannya yg berputar di rasai seolah-olah berada di suasana mengadap gunung keriang kemudian menempuh pemandangan mendung dan swh padi yg menguning dgn aktiviti masyarakat yg amat murni .

Lihatlah betapa bijaknya teknologi dan canggihnya teknokrat tempatan.... 


hmmm. dgn aksi di sawah.
anak2 cu jadi pesawah???


Ini pulak di pusat sains kedah. Lokasinya tidak jauh dari muzium padi. Buat masa ini free entrence dan pelbagai aktiviti/ peralatan  mendedahkan sains dlm kehidupan .Cuma jika nak dibandingkan dgn Pusat Sains Bukit Kiara itu bukanlah tandingan....tapi sekurang2nya KEDAH KINI memiliki tempat utk mencanai minda dan kreativiti anak2 khususnya
Panjat nak panjat...




Dan ini pulak ala2 dam ular...
                              "strike and count  '
                                          bermain bersama sepupu sepapat.......

2 comments:

Bb Hussain said...

mesti mereka happy berjalan bersama2 cu mereka kan.. :)

ainhany said...

alahai bb, melayan depa bukan susah mana pun...seronok tengok depa aktif dan bila penat bagi mkn jer...hehe