Masih saya ingat, ketika itu ayah masih di rawat di PMC 10/6/2009, kira2 jam 4 petang, Nadia masih boleh mencium dan bermanja di sisi katil ayah. Walaupun pada mulanya dia seolah tidak mengenali ayah tetapi seketika cuma mungkin kerana kepenatan dalam perjalanan.. Sehari sebelum itu ayah menghadapi kesukaran utk bernafas dan seorang pakar fisioterapi bernama norhayati( nama yg sinonim mengingtkan saya pada seseorng) muncul menghulurkan servisnya, Beliau menepuk2 dada ayah bagi mencairkan kahak yang mengganggu pernafasannya ketika itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Apa yang pasti selepas itu ayah menuruti segala skil yang di berikan seperti tarik , tahan nafas dan hembus. sesuatu yang saya kagumi tentang ayah ialah beliau amat positif .
berbicara lagi tenang Nadhia.....
Saya akui, ketika itu saya ade bertanya pada kakak tentang apa yang dia nampak dan cuba menyembunyikan rasa hatinya itu. Yang pasti lagi itulah lambaian dan senyuman terakhir ayah untuk Nadia.
kira2 jam 1 pagi 11/6/2009 (anggaran saya walaupun ketika itu saya memakai jam tangan citizen milik ayah), ayah seolah2 terpandangkan bayangan mak dan bertanya '''MAK?". Saya yang berada di sisi kepala ayah terus memandang kak Wan( kakak ke 9)berada di sisi kiri pinggang ayah dan serentak itu handpone berbunyi. SUBHANALLAH instinctnya Nadia dengan ayah...... Kak Na bertanya apa yang berlaku kerana ketika ini Nadia sedang menangis seperti kesakitan. Saya memaklumkan keadaan ayah dan meminta datang segera bawa mak ke sini, ayah cari mak nie.... Jarak antara rumah ke PMC lebih kurang 30 min bagaikan di antara telinga kanan dan kiri shaj. Hakikatnya saya tak menjangkakan ayah akan pergi setelah emak sampai dan melafazkan ucap kemaafan, halalkan dan pergilah, jgn risau anak2 ada utk menjaga mak.
Ayah.....prgimu dengan senyuman tanpa ade urusan yang tak sempurna
Ayah...anakanda tidak nampak erti kematian sebelum ayah tinggalkan kami
...hanya anak kecil seperti nadia yang nampak jelas tanda2 akhir kematian wannya.
No comments:
Post a Comment