Monday, December 14, 2009

apa cerita ROAD TO MECCA

Pada mulanya saya menjangkakan movie “Road to Mecca “ adalah sebuah dokumentari tentang gambaran perjalanan ke kota Mekah. Namun tekaan saya salah sama sekali kerana dokumentari ismiah ini adalah berasas kehidupan seorang journalist, traveler, social critic, linguist, thinker, reformer, diplomat, political theorist and translator, a scholar dedicated to the service of God and humankind, and to leading a righteous life. Subhanallah

Documentary yang diterbitkan oleh Georg Misch’s ini merupakan travellog seorang muslim bernama Muhammad Asad @ Leopard. Walaupun mengambil masa lebih kurang 2 jam tetapi saya amat berpuas hati kerana di dedahkan dengan video, photo dan cerita di sebalik helaian album milik Muhd Asad dari Gurun Sahara ke Ground Zero dan beberapa negara yang pernah di singgahi dan dilawatinya. Scene terakhirnya adalah menziarahi makamnya yang terletak di Andalusia. Kedudukannya makamnya yang tinggi di atas bukit walaupun seperti terbiar tetapi ribuan peminat dan pemikir terus mengimbau kembali jasa dan pengorbanannya. Berbahagialah Muhd Asad di persemadianmu kerana syuga lebih layak untuk mu.

Pelbagai sudut persoalan kehidupan muslim diketengahkan walaupun satu sindiran dalam rakaman candid ini tetapi hakikatnya itulah reality. Gambaran gurun sahara jelas ditatap digabungkan dengan sound sistemnya yang mantap . Walaupun masyarakat barat masih mencemuh Islam sbg terrorist namun inilah hakikat pemikiran, pengamalan bahkan ketamadunan yang kita miliki belum mampu kita takluki sepertimana perjuangan Nabi Muhammad S.A.w

Dalam kembaraannya juga beliau menyaksikan sendiri beberapa pergerakan pembebasan yang muncul pada awal abad 20 untuk membebaskan daerah Islam dari kaum kolonial. Ia berkunjung ke India di mana ia berjumpa dan bekerjasama dengan Muhammad Iqbal, filsuf dan penyair yang menginspirasikan lahirnya negara Pakistan.
Antara aksi yang menarik hati saya ialah, penunggang unta terjatuh ketika perubaannya menaiki unta( candid shot). Inilah gambaran sebenar Muhd Asad yang ingin merasai sendiri kenderaan rasullullah. Perbahasan dan temubual ( terdapat aksi tegang, sindiran tajam dan melucukan) dengan beberapa sahabatnya, saudara tirinya sama ada di Vienna, India, Pakistan dan beberapa Negara Eropah menarik dan mempengaruhi dokumentari ini

Semuga ALLAH memberikan rahmat dan kebaikan buat seorang kembara spt Almarhum MUHAMAD ASAD ini. Dirinya mencari kebenaran menemui ISLAM dan berjaya mempengaruhi bangsa lain menyemak diri berlandaskan ALQURAN yang menjadi rujukan …Catatan terakhirya….”the massage of the quran”. Seperti kata Mr.Tariq Ramadan, Al quran itu tak mungkin dpat diterjemahkan ke bahasa lain kerana maknanya tak dapat di rungkaikan. Sebagai contohnya ..what is taqwa? Bertuahlah mereka yang memahami dan di lahirkan berbangsa Arab. Saya??? berazamlah untuk belajarlah memahaminya secara mendalam.====Islam is a natural religion but a a massage of quality, integrity and the way of life .


Trimakasih kepada penganjur " tribute to Muhd Asad, IslamicBookTrust,di SC, Bukit Kiara

No comments: