Wednesday, December 9, 2009

happy birthday sha

Fatin Shahira... anak solehah idaman ibu bapa,bersamanya habuan pahala dan keberkatan dalam kehidupan.  Jadilah dan berazamlah untuk memiliki tittle anak solehah.
Sempena ulang tahun ke 9 anak saudara saya ke 44, saya mencoretkan harapan tersebut pagi tadi. Kali ini di sambut bersama sepupu2nya di kampung. Cu yakin pastinya ayah dan ibu tidak melupai tarikh keramat ini dan alangkah bahagianya mereka mendoakan anakanda di Tanah Suci. Sesuatu yang jarang2 berlaku dalam famly kita. 

pada 30/11 tempuhari pulak ....
ahmad husaini dan fathiyah awanis- dua anak saudara saya( ke 33 & 25) yg berkongsi tarikh lahir  menyambutnya juga.(berbeza tahun pula).  Ketika itu saya  masih bercuti di kg dan sempat meraikan birthday husaini dengan suasana yg sederhana meriah. Apa lagi kalau bukan tajaan kek.  Inilah indahnya zaman kanak2 dapat makan kek, dapat potong kek dan dapat hadiah. Apa yg penting kerjasama menjayakannya dan sebagai satu suntikan agar mengingati tarikh2 penting dalam family. Lebih sporting  lagi...husaini dapat banyak hadiah dari adik & sepupu2nya.

BUAT ANAK2 SAUDARAKU,,,,
sesungguhnya pada diri rasullulah ada contoh teladan yang amat terpuji.....ayuh contohilah...kami bangga bila melihat kejayaan mu di dunia dan akhirat....amin



1 comment:

KAMATO said...

hapi besday buat fatin