Tiap kali; sms begini diterima, walaupun dari anak2 saudara amat2 saya hargai. Ia secara akstraknya menggamit kerinduan mendalam kepada wajah surga yg ada pada saya kini...MAK...Betapa mak seorang ibu, yang amat saya kagumi. w/pun tempuh 6 bulan selepas peninggalan ayah kini mak boleh menerima hakikat. Namun utk menatapi foto ayah menerusi handphone saya (di ambil ketika ayah di rawat di PMC) mak akan di buai sayu dan menitis butiran kaca di pipinya.. Alangkah nakalnya anak mak sperti saya kan. Saya akui mak lebih memahami siapa anaknya ini ....jika tak masakan merinduinya juga. Saya sayang mak sampai bila2... Maafkan kenakalan anakmu ini ye mak
Satu hari, di kala tengah malam saya di kejutkan dgn sms daripada salah seorg anak saudara saya dik Fa....melemparkan rasa kerinduannya. Ubat rindu adalah doa ..ubt rindu adalah pertemuan dan rindu itu rahmat tuhan.. Mungkin ramai di antara kita menyedari bahawa kita wajar merindui sirah rasullulluah, merindui jannah dan merindui mati juga...Subhanallah inilah hikmah kejadian rindu dan air mata.
Kini saya rindu utk menziarahi pusara ayah lg. Insya allah, saya akan pulang dan menjenguk ayah lagi . Sekadar berkongsi rasa hati...baru semlam saya menyampaikan pesan kepada kakak yg berada di Madinah, ambilah peluang, bermunajat dan doaklah utk ayah dan mohon syafaat rasullullah buat ayah kita....apapun yng kita lakukan yang terbaik adalah kepada emak ayah kita dahului...
Ku mengakhiri salju rindu ini.....
2 comments:
Hati ini juga rindu kepada ayah mengenangkan saat2 bersama..
ye laaa dik...
bila kita kehilangan barulah kita lebih memahami makna ketiadaaann...
Smuga doa itu juga buat almarhum ayahda BB....kita sayag mereka....
Post a Comment