Thursday, December 31, 2009

khabar dari chini

pagi ni saya dikejutkan dgn berita dri Chini....
Sepeninggalan abg dan kakak ke Mekah, jirannya merupakan insan yg telah mengambil alih tugas menjengok2 rumah, menghidupkan enjin kereta yang tak bergerak dan menyalakan lampu di malam hari.  Semangat kejiranan kini semakin lumpuh di kota kerana arus kesibukan dan hilangnya kepercayaan sesama manusia. Namun masih ada yg mengekalkannya dan inilah yang perlu di contohi.

Dipendekkan cerita, hnya beberapa hari saja lagi, kakak dan abg akan meninggalkan kota madinah, satu peristiwa telah berlaku di rumahnya. Walaupun tidaklah gempak tetapi memadailah di kongsikan kerana kejadian kecurian , pecah rumah dan rompakan adalah fenomena biasa dimana-mana. Jerat tak pernah lupakan pelanduk....peribahasa yg menarik di kaitkan.

Pada petang hari tersebut, suami  cHik Dah  telah ke rumah utk menghidupkan enjin kereta, di samping itu dia akan masuk utk melihat2 keadaan dalam rumah. Selepas enjin dihidupkan, dia menggunakan kunci pintu depan dan masuk ke rumah. Secara kebetulan agaknya, dia dapati pintu yang memisahkan dapur dengan ruang tamu terbuka sedangkan  kelazimannya dia terkunci rapat dari bahagian ruang tamu. Mengesyaki sesuatu, beliau terus  ke dapur dan alangkah terperanjat kerana pintu dapur terbuka luas dan sperti di pecah.  Gerak hatinya begitu pantas dan meragui keadaan pintu tandas yg tertutup rapat.( kebetulan ada dua pintu berdekatan degn pintu dapur tersebut iaitu pintu bilik air/mandi dan pintu tandas).

Beliau cuba merapati dan sah pintu telah di kunci didalam. Dia tak berpaling lagi dan terus memaksa dgn ugutan supaya pintu tersebut dan alangkah terperanjatnya dia kerana kedua2 pencuri tersebut adalah org yg dikenali dan anak kepada  pekerja di situ juga. Alhamdulillah segala urusan telah dibawa ke hadapan.

Chik Dah  pun turut meninjau2 perubahan dan mendapati bebrapa tabung duit syiling telah lesap dan ada yg berterabur di lantai. Apa yang saya hargai lagi, beliau terus mencari kamera Olympus myju yang penah menjadi milik saya sebelum ini kerana pada mulanya kamera ini ditinggalkan abg dlam kereta shja. Tetapi setelah tnggungjawab terpikul di bahu mereka, mereka begitu amanah dan teliti menghargai amanat diberikan. Beliau mengambil dan menyimpannya dalam salah satu kotak dan diletakkan dalam almari.  Alangkah pintarnya sang pencuri ini mengeledah barang2 dalam almari dan mengambilnya. Chik Dah mengajak suaminya ke rumah sang pencuri ini dan memaksa mereka memulangkannya. Pada mulanya sang pencuri ini tak mengakui dan selepas chik dah menggunakan pelbagai ayat dan ugutan mungkin, mereka menyerahkan semula barangan tersebut. Memang chik Dah dan suami bijak !!! Langkah mereka yang tak memaklumkan kepada abg kakak juga wajar di puji kerana ia memberi ketenangan pada mereka beribadat. 

Berbalik kepada cerita kakak dan abg saya sekeluarga pula.
Selepas 4 hari di raikan kepulangannya di Pendang Kedah, abg mendapat panggilan pertukaran bertugas di Temerluh pula.  Percutian yg sepatutnya sehingga hujung minggu terpaksa dipendekan kerana urusan perpindahan rumah dan penyewaan rumah baru perlu di selesaikan sebelum persekolahan bermula. ( rumah yg diduduki sekarang adalah rumah yg disediakan oleh tempat abang bekerja di situ). Pulanglah  haji dan hajah ni bersama 4 anak2nya , shahmi, shahir, shahirah dan si manja nadiah bersama kenangan di kg

Mereka tiba di Chini jam menghampiri 12 mlm selepas bertolak dari Kedah jam 2.30 ptg. Esok paginya Chik Dah datang memaklumkan kejadian yg baru berlaku itu dan barulah kakak dan familynya mengetahuinya.  Memandangkan chik Dah juga tak dapat memastikan apa lagi barang yang lesap dia meminta kakak mengingatinya.  Teringtlah kakak sebiji  VCD player yg sering memutarkan vcd haji sbg rujukan dan panduan hajinya  tempuhari. Rupanya vcd tersebut juga lesap dan di dapati juga sebentuk gelang nadia hilang.

Memang saya akui, kakak dan abg ipar saya ni memang serasi, kedua2 cool dan tenang dan suka tolong orang. Mereka tak akan merayu supaya dipulangkan benda yg diambil secara haram itu dengan si pencuri atau familynya lagi. Memadailah dengan  cara  yg telah chik Dah dan suami lakukan. Kini mereka pasrah atas kehilangan dan mengadu kepada Ilahi supaya si pencuri ini mengakui dan memohon maaf.  Ats nada sedih dan kecewa kerana inikah produk generasi didiknya 11 bulan yg lalu.  Kata kakak, jika mereka menghadapi kesulitan dia sentiasa membantu dan saya juga yakin kerana hidupnya amat mudah. Tak suka menyakiti orang dan cuba sebaiknya memperolehi rezeki secara halal dan suka mengia. Selain itu dia lebih banyak membaca dan buku sebahagian dari kehidupnnya. 


Moral of the story:
Semangat kejiranan perlu ujud dlam setiap komuniti masyarakat. Jiran merupakan keluarga terdekat dan perlulah kita bertanye pada diri, sejauhmana kita menghargai jiran di depan, sebelah, di ats atau di bawah rumah kita. Bermula dari diri kita sendiri menilai jiran, begitu jugalah mereka menilai kita. Wajarlah kita menghormati dan menunaikan hak2 berjiran sepanjang hayat kita. Tahniah dan sekalung penghargaan buat chik dah dan familynya. SemuGa ALLAH memberikan ganjaran pahala buatnya.

Bila niat yang baik, ALLAH juga bantu. Benarlah perjlan haji itu dengan niat yang tulus mulus kerana ALLAH dan sepanjang perjlan segala nya telah di susunNYA. Semuga ALLAH memberi gantian yg lebih hebat dengan penyucian hati dan harta benda kepada family kakak saya ni.

Model yg direka atas nama "pelajaran" rupanya masih karat tanpa iman. Jika ada iman pastinya tak melakukan kejahatan dan jika ada rasa hormat pastinya guru bukan sasarannya. Kerana hak guru adalah menghalalkan ilmunya dan hak anak murid adalah mendoakannya.  PErlulah di pikir2kan.....Alangkah beruntungnya seorng guru pengukir setia sebuah kejayaan......merekalah juga lilin dan meraka jugalah wira!

No comments: