Monday, December 21, 2009

Camp Anak Soleh

 summer camp....anak soleh 2009

semua ibu bapa mengharapkan setiap permata hati mereka merupakan anak soleh. Namun secara sedar atau tak amanah ini sempurnakah ibu bapa menunaikannya.. Bukan mudah tugas mak...bukan mudah tugas ayah...Dalam kesibukan seperti -"rat race" dunia di ambil akhirat pulak di kejar...Apapun cabaran utk mak ayah, itulah yang terbaik utk anak2 mereka. 



di masjid Wilayah tempuhari dua anak saudara saya IRFAN & IMAD  ...daripd abg yg ke 3 menghadiri summer camp. Saya hanya sempat menghadiri di akhir majlis sbg mewakili mamanya yg ada urusan pada tika itu. Mengakhiri majlis ini pihak penganjur berjaya mempersembahkan hasil produk  BMQ yang dipelihara selama 3hari itu.. Anak2 telah membaca ikrar mentaati ibu bapa dan mengakui kesilapan sendiri...jika selama ini saya suka lwan ckp ibu ayah....saya akan....jika selama ini saya leka tentang solat   saya akan... dan mcm2 lagi.....
Saya yg berada di penjuru turut sebak n jatuh air mata mengenangkan betapa anak2 ini yg belum baligh umumnya belum mengerti tentang dosa2 ini mengakui akan kesilapan mereka dan membaca dalam keadaan sebak  dlm pelukan ibu mereka....Betapa saya yng telah dewasa ini tak pernah melafazkan kata2 kesilpan dan mnyenaraikan dosa2 yang pernah dilakukan terhadap mak, terhadap ayah juga terhadap Allah... Itu pun belum termasuk lagi dosa dengan sahabat, jiran, dan makhluk di muka bumi ini
Andainya di senaraikan hari ini....
betapa kajangkah senarai saya.....
berapa btg pena utk mencatatnya
dan betapa kuat ingatan saya mengingatinya.....

Inilah saya...kita ...kita sering mengharapkan terbaik utk produk yg dihasilkan tetapi sejauhmana org pula menilainya. Baik di mata kita belum tentu elok d mata masyarakat. Kita tewas menunaikan hak2 seorang anak, seorang adik, seorang kakak,  seorng pekerja dan seorng hamba...Mudahnya melentur anak- sekadar memarahi dan meminta dia tak mngulangi perbuatan itu tp apakala dewasa siapa yg memarahi kita?
Apabila masing2 di zon selesa kita seperti lupa haq yg perlu kita sempurnakan.

Kepada anakandaku Imad dan Irfan....semuga ilmu, amal yg di ambil sepanjang menghadiri kursus ini diguna pakai..jagalah solatmu, quran dan waktu senggangmu......Kasihanilah ayah dan mama yag melaburkan duit bagi melahirkan anak soleh..Hargaila nak...hargailah mama....ayah...sesibuk manapun mereka, mereka cuba memberikan terbaik utk anak2nya.....sesungguhnya chu sayang  juga pada kalian .

kepada masjid wilayah &BMQ teruskan aktiviti mendidik generasi ini mencintai rasul, mengenali ALLAH dan menghargai jasa ibu bapa. tqvm

3 comments:

KAMATO said...

program seumpama itu perlu di pergiat diseluruh kareah, terutama masa cuti persekolahan

Ust Aziz BMQ said...

Salam..nice blog.terima kasih kerana support program BMQ. ada masa layari laman sesawang kami www.mybmq.blogspot.com @ www.mybmq.com

Tiada yang lebih berharga untuk warisan kepada seorang anak selain akhlak mulia - Saidina Ali r.a.

ainhany said...

salam

mr kamato: mgg sewajarnya ibu bapa peka dan mmbuat pengisian utk aktiviti cuti sekolah cuma "ongkos" pelaburan yg perlu di fikir2kan. mugkin peringkat qariah,.. boleh mulakan dgn budget sponsor atau masjid...fikiq2kan

ustz aziz:
Jazakallah & terima kasih bertandang dan ziarah blog ringkas ni...sy mnghargai perkongsian ilmiah ustaz dan BMQ merupakan mentor terbaik buat kedua anak saudara saya ni,,,Semuga dihalalkan ilmu yg di curah dan doakan kabaikan utk saya juga seluruh family kita sesama muslim....amin