Tuesday, December 8, 2009

satu keajaiban

" cu, masa nak hiris daging, kami jumpa kalimah ALLAH..."


SMS yg diterima drpd anakanda Fatin di kg pagi tadi  saya susuli dengan  kalimah takbir, ALLAH AKBAR
Subhanallah ...inilah keajaiban yang ALLAH tunjukkan untuk kita berfikir tentangnya.]

Saya cuma mengharapkan anakanda Huda amikkan photo sebagai bukti. Tapi kata anakanda Fatin, semalam kak Huda ni  sembunyikan telefon ibu. Macam ni la perangai anak-anak zaman sekarang memberontak dalam senyap. Manakan tidaknya, di kampung sekarang ni dah bertambah lagi 5 beradik yang menumpang kasih sayang ibu kak Huda. Adik Nadia yang berusia  1 tahun lebih dah pandai bawa diri dan bermanja dengan teh.( mak saudara yang dipanggilnya ibu sekarang- kakak ke 6 saya ).  Sampai ade tikanya, Kak Huda jelous dengan adik Nadia ni.


Jika dulu, adik Nadia ni tak boleh berenggang dengan ibunya dan suka menangis tetapi sejak ibu ayahnya menunaikan haji  lain pulak karektornya. Mungkin berkat niat dan doa dari semua. Sekarang ni, bangun pagi senyum, lapar carikan sendiri botol dan minta di buatkan dan dia makin rapat dengan mak saya( tok).

Mak melayannya dengan penuh sempurna dan kasih sayang. Waktu mandi, tidur,makan, minumnya teratur dan menjadi kesayangan semua.  Sesiapa saja boleh membuatkan dia senyum dan riang. Indahnya bersama ahli2 syurga ini yang melebarkan pahala buat kita  . sayang si nadia

No comments: