Saturday, January 9, 2010

to Alya

pada hari ini 9 january 2003..
Merupakan kelahiran PUTRI NUREEN ALYA BT ROZAIDI.
Hari ini ulngthunnya..."Happy besday Alya".Mesra dengn panggilan Alya@aLong merupakan puteri sulung dripada 4 beradik. Nak kata keturunan puteri kayangan pun bolehlah kerana ayahnya dari perlis indera kayangan..Ala2 puteri fantasikan.. Pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu. Enam tahun lalu, menanti kelahiran puteri alya nie merupakan satu harapan buat keluarga anak saudara saya: Sue &Dd. Bayangkan penantian empat tahun sebelum kelahirannya pelbagai usaha dan ikhtiar di lakukan. Besarnya pengorbanan umi ayah Alya nie kerana ia menuntut kesabaran dan doa. Syukurlah walaupun dgn cesarian, puteri sulung ini selamat dan membesar sebagai anak yg menceriakan family.

Masih saya ingat, bagi menunaikan nazar kakak sulung saya (Che Rokian Hj Mansor @ tok kepada Alya ), satu majlis berendoi di adakan. Kebetulan juga pada ketika itu, kenduri meraikan perkahwinan adik bungsu saya. Jadi dua majlis di satukan itulah gambaran yg masih segar dlm ingatan saya. Kalau di kenang lagi, lepas itu kepala alya juga di botakan oleh bidan kampong yg dikenali.

Alya pada pandangan saya:
Seorang cucu yg comel, bijak, manja dan suka bertanya. Bakal mewarisi seni tangan uminya dan teliti dalam membuat sesuatu. Yang kelakarnya pandai berposing depan kamera. Semuga cucu saya ini menjadi cucu yg di redai ALLAH dan diberkati kehidupannya dan membesar sebagai anak yg sihat, cemerlang dan berjaya dunia akhirat.

Kini Alya dah bersekolah di TASKI ABIM. Kali terakhir saya berjumpanya ketika cuti sekolah tempuhari. Alya berada di rumah wan& toknya di kg. Namun ketika itu Alya dan Akis sedang tidor ruang tamu. Hanya ciuman dahi &pipi mereka masih segar dlm kerinduan saya : sesungguhnya tok chu pun sayang Alya.

Happy birthday Alya…
Dirimu permata ayahbonda
Harus dipelihara berpaksi agama

2 comments:

Ena Qalinsya said...

epi besday to Alya too hikhikhik

ummi humaira said...

salam ainhany...
selamat menyambut hari ulang tahun buat Alya..semoga menjadi insan solehah .

semalam pergi tak masjid Muazd Setiawangsa..
akak ada disana ...