Tuesday, January 19, 2010

mengejar impian..


Bila sebut Robbul Jalil…teringat pulak  rumah pangsa di Bukit Jalil…
Segalanya bermula pada 23062002. Yang tercatat dlm sejarah hidup dan tak mungkin dilupai…inilah tarikh keramat, dalam percaturan dua alam.

Seorang yg masih muda sedang berurusan tentang tawaran hartanah dan seorang president PAS  sedang berurusan degn sakaratulmaut. Berita tentang pemergian dato ust Fadzil Noor saya terima serentak semasa tandatangan pembelian rumah. Gementar jariku dan jantung bergerak kencang bagai mengatakan tidak dan belum sedia menerima pemergian seorang tokoh yg di kagumi, disayangi dan wakil parlimen yg a disegani. Selepas urusan selesai, kami ( saya, adik lelaki dan kakak saya) sempat mengucapkan selamat jln dato’ di lapangan terbang subang biarpun yg dilihat cuma sekujur kaku sebuah pyramid cinta. Yang pastinya al fatihah mjadi sedekah istimewa  almarhum ustaz.  

Kini setelah pelbagai kerenah dan mehnah, rumah pangsa itu menjadi kenyataan. Terbina sudah satu impian walaupun melewati terma dan syarat perjanjian. Biarkan..biarkan pihak itu bertanggungjawab dan berurusan dgn ALLAH atas kecuaian dan kelalaiannya menepati janji yg tersurat.  Benarlah kata ALLAH, anak2 dan hartabendamu adalah  fitnah dan wajarlah berhati-hati.
Kunci dah dapat, parking lot pun telah disediakan yang kini percaturan minda berbahas.
Mudah2an dipermudahkan ALLLAH ats segala urusan duniaku.


Kebetulan hujung minggu ini, family kakak dari chini bertandang ke KL. Satu peluang bersama famili berkunjung ke rumah bertingkat dan memberi peluang anak2 saudaraku mengenali alam di BJ. Alhamdulillah setelah melawat kawasan persekitaran rumah bertingkat itu, anak2 saudara mulalah beriadah di hadapan taman. Berlari, menghayun buai dan memanjat… Tak kurang juga yang meminta permission utk bersantai dalam kolam renang yg disediakan. Iyela ..di sini rumah yg bakal di singgahi oleh family saya juga.

Selepas puas anak2 saudaraku shahmi dan shahira bermain air dan berenang, adik shahir berkejaran di gelongsor dan adik nadiah terlelap di buai, kami meninggalkan BJ . Pertanyaan ank2 saudaraku....cu bila nak pindah nanti nak mai lagi  nak main lagi..??......dan satu soalan killer juga................biarlah rahsia


Bila singgah di pasaraya Bintang, jam tangan pulak menjadi perhatian anak2 saudaraku ini. Syukurlah ibu ayah mereka memberi peluang memilih jam yg dikehendaki. Shahir pilih jam ada lampu, shahmi memilih jam MU dan shahira pula jam perempuan ala2 princess.  Kehendak mereka telah dipenuhi kini segenggam harapan semuga anak2 saudaraku ini menghargai  pengorbanan dan harapan ibu ayah mereka.


Moral of the story:  Mengecapi sebuah kejayaan adalah impian semua. Bersyukur pula adalah satu kerendahan diri tentang rahmat yg telah diterima. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak menjadi cemerlang, berjaya dunia dan akhirat namun sejauhmanakah pendidikan dan teladan yg di beri bagi menjejaki kebahagiaan ini. Selain menjadi ikon modul, doa adalah senjata tajam buat ibu bapa dan sewajarnya diamalkan bagi menjinakkan harapan dan melentur rebung tersebut. Semuga anak2 saudaraku dapat memelihara maruah agama, ibu bapa dan family .  Sayangi dan hargailah sesuatu yag ada di depan mata sebelum ia pergi....wallahu aklam


No comments: