Wednesday, January 27, 2010

Nilai satu hembusan

Selamat Ulangtahun kelahiran kpda Pn Mastiah Latip, seorang kakak, kwan jua ibu kpda 3 permata hatinya. Mengenali perwatakan keibuannya jelas beliau seorng yg penyayang dan mudah mesra. Hati menjadi reda menatapi raut wajah kecinaannya. Namun itulah hakikat lukisan hidupnya….
Bersama teman kami meraikan hari ulangtahunnya secara kejutan dan sederhana.
Walaupun begitu beliau sgt sporting dan terharu…

Terpikir sejenak…..untuk apa diraikan??
Pernahkah kita sedari umur yg dihitung tanpa surut itu sebenarnya adalah permata yg sgt berharga. Hakikatnya umur adalah hembusan demi hembusan nafas kita. Setiap nafas yg keluar tidak akan kembali buat selamanya. Nafas adalah modal dasar hidup kita. Dengannya kita mampu membeli apa yg diingini dari segala kenikmatan syurga. Mengapa prlu disia2kan umur tanpa penyesalan??

Subhanallah…Alangkah nikmatnya kita hidup dan bijak mengurus kehidupan. Hidup kita di dunia merupakan waktu persiapan menuju ke akhirat. Teringat juga pesan rasulullah( maaf tiada saya ingati perawinya) Dua nikmat yg tak digunakan dengan baik oleh kebanyakkan manusia adalah nikmat kesihatan dan waktu lapang.
Sementara masih ada waktu, sewajarnya kita melaksanakan aktiviti riadah, solat yg sempurna, zakat, haji, puasa dan menyelesaikan tuntutan yg ada dan melakukan sebanyak mungkin kebaikan. Ohh betapa saya mencemburui mereka… Masih adakah waktu utk saya bertafakur, menangisi kesilapan semalam dan menanam keredaan Ilahi.

Buat kak mas, semuga panjang umurmu, diberkati kehidupanmu dan diredza ALLAH setiap kebaikan diberikan. Semuga terus sihat dalam hembus udara kesyukuran.
Kpada adik2ku…fyda, wanie, syida, lizs juga maliza…terima kasih atas sgala2nya..
“We are family “

Saya juga mengucapkan selamat ulngthun perkahwinan buat Eina dan Abg Ghaffar( AG). Dua adik yg bukan shja sebagai kwan, teman bahkan seumpama satu family. Namun hubungan yg berjauhan kini mampu dihubungkan menerusi media semasa terutamanya FB. Muga hdayah berterusan buat keluargamu dan bahagia yg dicari telah kau temui. Peliharalah permata hati dgn cahya ilahi.

No comments: