Sunday, January 3, 2010

Jom lihat gerhana matahari

Gerhana matahari cincin
•Tarikh : 15 Januari 2010
•Waktu mula : 01.13 petang
•Waktu tamat : 04.59 petang
•Lokasi : Seluruh Malaysia
•Cara cerapan : Menggunakan penapis(filter)
sumber : astromas

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Kiraan waktu gerhana dari adalah seperti berikut:  SUMBER : falak 
 Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Cara melihat gerhana 
Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperti baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!


JGN LUPA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

No comments: