Wednesday, January 6, 2010

Dari Maya ke Reality

SUMBER dari blog safiudin.com
10 Jan 2010 ini satu sejarah akan tercipta (biar betul ni :) ).
Apa taknya, pada tanggal tersebut satu pertemuan “PERTEMUAN “RAMAH MESRA SESAMA KITA” dari alam maya ke alam realiti… akan berlangsung.

Untuk maklumat semua, selama ini tidak terfikir pun boleh buat perjumpaan. Ya lah, sekadar beri komen dalam blog Pengalaman Di Kota Makkah.(PDKM). Blog tersebut kepunyaan Sdr Tuan Haji Mohd Azli bin Abdul Aziz, bekerja di Hotel Al Safwah Royale Orchid (hotel tersebut terletak betul -betul di hadapan Masjidil Haram, Makkah).

Alih-alih ada perjumpaan. Hebat, teruja dan insaf - betapa kecilnya dunia ini.Butiran terperinci adalah seperti dibawah:

Tarikh : 10 Januari 2010
Hari: Ahad
Tempat : Masjid Muadz, Setiawangsa, Kuala Lumpur
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tema : Ramah Mesra Warga Pengalaman Di Kota Makkah (singkatannya PDKM)
Jamuan : Hi Tea
Bayaran: Tiada bayaran (percuma lah tu..)
Kehadiran: Semua pembaca dan peminat PDKM

Komen:
Secara kebetulan mengenali blog CL bagaikan satu siaran langsung terus dari kota Mekah. Dari pelbagai sudut CL rakamkan dan terokai Kota Masjidilharam untuk dikongsikan dlm pena mayanya. Begitu juga suasana wukuf tempuhari CL telah b'sama2 jemaah melontar dan memikul bersama bersama doa dan hajat yg di mhn disampaikan/ didoakan. Alangkah murninya jejak perjlanan seorng daie sperti CL yang bukan shaja ramah dan sempat melayan setiap hari dan setiap komen yang diterima. Terimakasih CL kerana menyempurnakan permintaan saya di sana. Yang dapat saya kongsikan, kesihatan anakanda saudara saya- Nursyuhaida semakin pulih dan memerlukan rawatan fisio setiap minggu. Namun ianya satu keajaiban ilahi juga dengan berkat ikhtiar,bantuan dan doa dari semua. Mungkin juga doa hajat dan munajat di kota suci ini membawa bersama makna makbul . Subhanaallah. terimakasih ALLAH telah mendengar hajat dan permintaan kami.  Saya sedar hanya kerana saya seorang hamba yg memang hamba yang saling  memerlukan tuannya walau di manapun berada dan akan di jemput pada bila2 masapun jua. Hidup harus berwaspada dan bersyukurlah dapat menyedut lagi  satu hari  satu nafas naik dan turun... 
"YA ALLAH bimbinglah kami, jangan KAU bolak balikan hati kami melainkan ditetapkan IMAN, AKHLAK dan Ibadah kami. Semuga menjadi insan yg EHSAN  "

Alhamdulilah kini syuhaida tak memerlukan "wheelchair" lagi dan dah boleh ke sekolah.
Dgn kerjasama pihak sekolah juga, kelasnya disediakan di tingkat bawah dan guru &teman turut memberikan perhatian dan sokongan. semuga ALLAH merahmati semua yang membantu syuhaida

jom kita realisasikan " dari maya ke reality"
---foto sebelum dan terkini.( dirakamkan ketika menjemput paksu& maksu pulang dri mekah. syuhaida dengan mak saya( cucu dan tok) ...saya sayang mereka

5 comments:

shami2 said...

Salam ainhany

Salam ukhwah....kunjungan balas...berjumpa nanti di gathering PDKM..nanti

ainhany said...

salam shami2

insya ALLAH relisasikan harapan kita b'sama
terimakasih sudi singgah.

safiudin.com said...

salam ainhany,

sampai jumpa lagi pada 10 Jan 2010.

ps: terima kasih kerana 'link' kan blog saya ke blog ainhany...


http://safiudin.com

safiudin.com said...

salam ainhany,

kunjungan balas...

apa yang tertulis adalah hakNya. saya sekadar meminjamkan sahaja ayat-ayat tersebut untuk tatapan semua.

ps: terima kasih kerana 'link' kan blog saya dengan blog ainhany...

ummi humaira said...

salam Ainhany .
kalu tak silap Ain pun org utara gak kan ,kat ne ye .

jumpa di setiawangsa nanti..