Friday, January 29, 2010

rindu menggamit

bila saya menemui sesuatu yg pernah di guna, dimakan atau seumpamanya dgn org yg saya sayangi, perasaan hiba dan kerinduan pasti menyentuh hati.. Secara kebetulan lunch tadi santai2 kt kwasan berhampiran pejabat dan sempat makan jgung kukus kt nelson's. Dlm masa yg sama kwn pulak order wafer yg dijual ...
tetiba pulak kenangan semalam hadir sekali lagi......

Subhanallah...AL FATIHAH ku kirim dalam hati....
Beberapa hari sebelum ayah pergi tinggalkan kami, anak saudara kembar saya (syazwani dan harwani) belikan makanan kt tingkat bawah PMC. Mushroom soup, wafer, kentang lenyet, milo, ais cream...... ayah mencuba semua makanan yg dua cucunya belikan walaupun hakikatnya ini bukanlah menu harian ayah. Apa yang saya respect  tentang ayah, dia akan mencuba dan tak akan menolak sesuatu yg baru. Walaupun sedikit di jamahnya dan sesudah itu cucu2lah dapat pulangannya....hmmmm...Yang saya ingat ayah suka pulak dengan wafer ni mungkin kerana wangi baunya, baru dimasak dan masih panas. Hampir separuh wafer berperisa coklat itu ayah makan. Di penghujung usianya, dia kurang berselera dan hanya mkn nasi sesuap dua sahaja. Kami tak pernah menjangkakan itu petanda akhir baginya.

saya rasa setelah 7 bulan berlalu, hanya hari inilah saya memakan makanan yng hampir sama ayah makan tempuhari. Bukan saya mengelak cuma tiada keinginan utk memakannya lagi. Kerana perasaan rindu itu akan menjelma dan saya dapat membayangkan ayah di katil, wad 4e, dikelilingi cucu2 dan anak2nya.....betapa indahnya jika semlam masih panjang........dan masih ada utk hari ini.

"Apabila matinya seorg manusia, maka putuslah amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan anak kandung yg soleh yng selalu berdoa utknya. "

SEMUGA DICUCURI RAHMAT BUAT ALMARHUM AYHANDAKU  HJ MANSOR ABDULLAH dan SEMUA PENGHUNI KUBUR: AL FATIHAH

NOTA KAKI:     Trimakasih fyda, dik wani dan  dik syida yang mengembalikan nostalgia indah saya kpada tersayng..

4 comments:

Tihara said...

salam..

semuga roh ayah mu dicucuri rahmat oleh-Nya..

ummi humaira said...

salam Ain

al faatihah , semoga arwah dan sekelian muslimin aman di sana...

ainhany said...

terimakasih Tihara
terimakasih kak ummi

Anonymous said...

Semuga roh ayah kita dan semua mukmin dan mukminat dicucuri rahmat olehNya...