HAPPY NEW YEAR 2010
Lebih kurang jam 120 pagi saya bertolak ke Masjid Negara. Ketika ini kenderaan saya menongkah arus dan terasa segar seperti hari sudah siang. Dalam jarak 13 km shja, d'viva mudah mendapat parking di gigi jln masjid negara. Syukurlah sekurang2nya bicara saya bersama wan fauziah di FB , bekas staff btp yg sekarang berkhidmat di JAKIM di tepati. Wan telah memaklumkan acara dan mempelawa saya ke sini juga. Terima kasih atas doa dan info
Untuk pertama kalinya saya menyaksikan fenomena bulan secara live menerusi teropong khas yg disediakan. Dan 1 Januari 2010 juga, saya berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa walaupun tak kelihatan seperti ramalan asal kerana bulan diseliputi awan namun perjlanan dapat saya perhatikan. Secara amnya gerhana bulan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi. Ohh banyaknya fakta yang perlu di ketahui dan fahami daripada taklimat Tn Syed dari Persatuan falak syari'e di bawah embun sekitar pagi jam 4 pgi tadi.Menghampiri jam 2 .30 pagi, solat sunat gerhana yg merupakan solat sunat muakaad dilaksanakan. Saya cuba menghayati setiap pergerakan dalam solat tersebut dan benarlah inilah lambang kesyukuran, lambang keindahan dan betapa ALLAH is GREAT. Kesyahduan imam mengakhiri dengan 2 khutbah dan berpesan-pesan ini menampakkan betapa ramai manusia yg sujud patuh walaupun ada yg leka diulit mimpi.
Tahniah kpada MOSTI, juga staff ANGKASA yg sedia melayan kerenah pengunjung. Saya juga terasa terkasima menyaksikan planet Marikh yg muncul dan bersinar selepas gerhana bulan berlaku. Gambarannya amat menakjubkan dan hnya dpt dilihat menerusi teropong khas yg disediakan. Subhanallah banyaknya galaksi bulan bintang planet di alam ni yang tak pernah kita menghargainya selama ini. Dengan hanya pandangan mata kasar chyanya umpama "dot" namun hakikatnya cahayanya menembusi perut bumi. Saya terus memerhati dan pandang ke langit lagi...ohh muncul lagi satu planet bersinar...namun hanya di rakam menerusi kamera kerana utk meneropong lagi sudah ramai yg berbaris...rasanya planet zurah dan menurut taklimat diberikan planet ini amat menarik dan paling cantik- w'aklam ( maaf jika saya tersilap fakta ni)
Berembun dan menyaksikan sendiri langit di kala ini di rasai betapa kerdil diri saya dan indahnya alam langit. Alam tertinggi yg tak tercapai dik tangan tak terhitung dik bilangan...Kepulangan saya sekitar 5 pgi di temani sang bulan penuh dan saya menghargai dan mengkagumi keujudannya. TERIMA KASIH ALLAH
Oh BULAN di mana BINTANG..
BULAN oo BULAN saya tetap pangkah BULAN
Bersamaan I JAN 2010 + Gerhana BULAN = HARI JUMAAT= cuti ( penghulu segala hari dan hari terjadinya kiamat)kebetulan atau ketentuan?????
Kepada saudara2 & sahabat saya yang mana dikejutkan dgn sms bangun solat sunat....maaflah jika terganggu kerana saya tak mau kalian juga terlepas peluang ni...bangkitla berdoa..doakan umat.amin
Lihatlah senarionya mungkin foto ini berbicara???
ALHAMDULILLAH.
No comments:
Post a Comment