Wednesday, January 13, 2010

PDKM- satu Hikmah



Di sebalik sesuatu kejadian terkandung hikmahnya. Namun mampukah kita temui hikmah tersebut andai duka dan lara menghimpit dan diri terpenjara. Kini bertanya pulak pada iman..kata pepatah tepuk dada tanya iman...Iman dimanakah letaknya hikmah di sebalik sesuatu kejadian?? Teringat pulak kata seorang ustaz...iman itu adalah benteng, iman itu  tunggak , iman itu tak dapat di pegang dan tak dapat di warisi... Sebab itu ada tiga "trust" atau 3 serangkai...ilmu, iman dan ehsan..

Tapi tika dalam kegembiraan, lazimnya kita mensyukuri bahkan mengharapkan kebaikan itu akan berterusan. Inilah kita, manusia yg sering mengharapkan kebahagiaan, ketenangan dan keselesaan berterusan. Jika masih belajar pula pastinya mengharapkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Namun bersediakah kita dgn jawapan2 utk soalan akhirat.

Bicara PDKM bicara hikmah, dan apa yg dapat saya simpulkan...PDKM adalah wajah masjidilharam..wajah yg menggambarkan inilah manusia dan kehidupan. Alangkah indahnya nikmat ALLAH andai dapat di tatap Kaabah setiap hari. Dua perkara yg memberi bonus pahala dan amat mudah sekali dilaksanakan adalah menatap Kaabah dan wajah ibu ayah tercinta. Berbahagialah CL dan teruskan ibadat. Saya juga masih mengharapkan pengalaman di Kota Mekah akan terus bersiaran membawa santapan kerinduan dan pahala berterusan dan pahala yg berpanjangan.

Maya menjadi reality, salam pun berjabat, senyuman pun bertaut dan pastinya kenangan semalam adalah yg terindah utk di nukilkan. Bertandang lah ke rumah jiran maya yang mempunyai hubungan ukhuwah dgn CL bahkan kini lebih ceria dan menghiburkan.  Pelbagai luahan, perkongsian, gurindam, madah berhelah dan nasyid berirama dimainkan. Indahnya kehidupan bila di temani rakan-rakan menceriakan, blogger yang cergas dan aktif hingga mmbawa gelaran ratu pecut. Satu-satu anugerah istimewa daripada pemilik PDKM kepada blogger yg bertuah dgn pecutan terpantas dan terbanyak. Paling tidak, menatapi door gift yg mengandungi  yasin,mug, kurma, air zam-zam dan coklat  juga merupakan satu 'nilai tersendiri'.  Saya menatapi lagi tulisan yg terpahat di sisi mug...subhanallah santunnya bahasa- Tiada harapan selain ALLAH, tiada kata seindah alquran, tiada jalan selurus assunah dan tiada perjuangan selain  ISLAM..inilah nikmatnya"Islam yg syumul".




Kini kita adalah bersaudara, ukhuwah yg terjalin mesra  kita utuhkan. Walaupun dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang kita di satukan di satu medan dan ditemukan di satu sudut di masjid Muaz. Inilah medan yg menjadi saksi pertemuan kita dan jejak pengalamn dikongsikan. Kini kita adalah bersaudara, ukhuwah yg terjalin mesra  kita utuhkan dan kesinambungan kita pertahankan dan  andai ada yg sakit kita doakan kesembuhan dan andai lupa sila peringatkan dan andai tidur kita bangunkan. Jgn persiakan usaha yg telah CL realisasikan kerana auranya masih segar dan hidup di setiap followernya. CL amat baik hati dan cuba melayani semua org dgn senyuman dan sapaan. Keikhlasan jelas terpancar di wajahnya dan keceriaannya dapat di rakamkan oleh lensa yg ada.. Terima kasih daun keladi,  nak balik nanti bagi tau laa ....



Saya juga ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada semua yg saling mengenali. Sapaan salam ziarah, salam ukhuwah saya tebarkan..  Secara peribadi, saya  menghargai persahabatan dan ukhuwah ini dan medan PDKM lagi sekali perlu di beri kredit. Walaupun selama ini saya hanya sesekali memberi komen tetapi tatapan terhadap menu harian CL dan komentarnya tetap menjadi bacaan resmi saya.  Teruskan berceloteh dan potpet di medan itu kerana itu adalah sebahagian dari hiburan & laman sosial kita.


Perhatian2...Saya juga ingin memaklumkan sahabat maya kita dari Jertih nur marziah yg datang bersama dua puteranya  tempuhari baru sahaja kematian bapa saudaranya selasa 12 jan lalu. Sama2lah kita sedekahkan al fatihah semuga dicucuri rahmat ats roh allahyarham bapa saudaranya. Kita juga kan dijemput pulang namun masa dan tikanya saja belum ditentukan. Apakah ni pertemuan terakhir kita???

Oh Tuhan restuilah pertemuan kami ini bukakanlah pintu hati kami agar apa jua yg kami lakukan memberi hasanah untuk diri kami dan masyarakat kami dan perbetulkan kami andai ade yg terpesung, Y a Allah peliharalah ukhuwah kami yng pernah diketemukan satu ketika dulu agar ia mekar dan mengharum menghidupkan taman2 syuga firdausi.  Siramilah cahaya dlm kehidupan kami dan pertemukan kami di jannahmu

Mohon dihalalkan makan minum tempuhari dan terimakasih sekali lagi kepada CL pemilik PDKM, semua penaja, urusetia dan kejutan2 yang menghangatkan suasana. Yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkan dan di diterjemahkan &.kekurangan dan kelemahan itu adalah dari diri saya sendiri adenya dan mohon pengampuann jua...w'aklam

No comments: