Thursday, January 28, 2010

kerana saya BUKAN editor

Dgn nama ALLAH Yg Maha Pemurah Lagi Penyayang

Bila ada hati yg rajuk, siapa yg perlu memujuk???
Akhlak dan sikap seorg kawan akan mempengaruhi akhlak dan perilaku kawan. Seorang kwan yg jujur, berseri wajahnya, tenang wajahnya dan optimis dalam hdp. Dan sifat positif ini akan menular kpda kwnnya.

Tidak terhad seorang itu berkwan dgn manusia shj kerana media juga akan mempengaruhinya sama ada dari buku2, program TV maupun radio. Dgn demikian kita akan mengenali diri sendiri secara dekat setelah membaca, menilai dan menganalisa berdasarkan kawan yg kita pilih. Dlm kegelisahan ada kedamaian,dalam kekeliruan ada ketenangan.

Buku bukan sekadar menu harian tetapi wadah peribadi.Penilaian awal berdasarkan siapa penulisnya, bagaimana pengisiannya dan sejauh mana indah kulitnya berbanding isinya, apakah yg diperolehi selepas menatapi dan sesuatu yang baru wajar kita perhatikan siapakah editornya.

Secara oralnya, saya hanya memiliki secubit pengalaman sebagai editor penyiaran namun diakui tugas ini merupakan satu cabaran kerana inilah “nilai produk” hasil kerja tangan kita. Kekuatan editor siaran bergantung kepada , grammar of editing, concept of editing, kesesuaian muzik dan efek juga dihubungkaitkan dgn animasi grafik dan CGI.

Apakah ciri editor buku terhebat sebenarnya???
Ayuh kita bongkar dan selami peranan editor ini berdasarkan pemikiran logik. Jika kita menyelongkar buku karya ustz hazrizal (saiful Islam)-Aku terima nikahnya, terbitan Galeri Ilmu, atau buku popular- Travelog Haji Prof Kamil,kita akan temui editor di helaian awal buku-buku tersebut. Pengarang/penulis mempunyai stail yng berbeza dan gaya bahasa tersendiri dan penyemak terakhir mereka adalah seorang editor yg memurnikan penulisan tersebut. Namun itu seorang penulis seperti ustaz saiful islam masih mengikuti kursus penulisan bagi memantapkan hasil karyanya dengan kaedah yg tepat dan menepati sasarannya.

Di manakah letaknya peranan editor??? Saya menulis ini berdasarkan pemerhatian dan andaian kerana sbg editor ia mempunyai autonomi utk memberi pandangan, khidmat nasihat dan membimbing penulisan. Bukan mudah tugas mereka.
Apakah editor yg mengcreatekan watak? Oh bukan …ia adalah milik penulis dan editor berhak mengawasi watak dan perwatakan dalam satu penulisan. Dialah yg menilai huruf demi huruf, ayat demi ayat dan ketelitiannyalah yg menyempurnakan sebuah penghasilan buku.

Jk rancangan TV audien adalah judge nya tetapi jika sebuah buku pembacalah penilai utamanya. Sebuah buku terbitan ustaz Ismail Kamus pernah ditarik balik terbitannya kerana tersilap satu baris dari ayat al Quran. Inilah wajah sebenar seorang penilai dan kepekaan editor amatlah diperlukan. Mengedit buku ismiah lebih mencabar dan memerlukan penyelidikan dan ketelitian. Teringat pulak bagaimana Tn Hj Ismail, usahawan HPA yng mempelopori amalan kepada pekerjanya menunaikan solat sunat,baca quran, doa serta wudhu semasa bertugas. Apakah keberangkalian para editor ilmiah buku2 agama mengamalkan seperti ini.? Sekadar satu persoalan yg mungkin ada baiknya di amalkan semuga tugas menjadi mudah dan ilham mudah hadir .

Skrip dan manuskrip adalah rencah utamanya walaupun berbeza pentasnya. Jika mengedit penerbitan rancangan TV, skrip diperlukan dan mungkin diubah2 mengikut sequence dan shot yg ada. Sekiranya duration melepasi sasaran, skrip pasti akan digubal lagi. Teringt kata sifu DWTV semasa berkursus tempuhari, Mr Thommas Hofman write mean rewrite. Saya akui saya menangis bila ditegur dan diarahkan beberapa kali melakukan kerja yg sama. Inilah pengalaman indah di Germany yg membanggakan saya di sessi akhir penilaian kerja kursus. Apakah editor buku juga mengalami pengalaman yg sama?? Mungkin bicara mereka tentang watak, plot dan tempat kerana melibatkan genre yg berbeza. Entahlah tapi kemungkinannya pasti ada kerana sebagai editor ia mesti memahami dan menjiwai apa yg tertulis dan berpengetahuan luas juga….

Apakah tugasnya sekadar membetulkan tatabahasa? Atau mencipta bahasa???Mungkinkah pengalaman lampau mengajar saya mengesan kesilapan atau ertikata dalam production ialah priview/ screening? Perkara yg terkadang terlepas pandang tetapi dapat dikesan itulah ralat yg perlu diedit semula. Saya mengakui, saya mengkagumi editor kanan dari galeri ilmu yakni sdra Zakaria Sungib. Hasil tangannya begitu teliti dan dia open minded. Ketelitiannya memberi kelayakaknya jawatan penyunting/ editor utk penerbitan karya yg bermutu.

Syarikat penerbitan buku buku agama semakin tumbuh dan satu persaing yg sihat saya perhatikan. Menatapi rak buku yg tersusun indah di Popular Ampang Point baru-baru ini, PTS mengungguli nya, di susuli Hidayah, Geleri Ilmu, Synergy, anbakriilmu juga beberapa buku karya bestari dan lain2 lagi.… Kita mengalu2kan penerbitan buku agama dan pembongkaran ilmiah yg mantap bagi mempengaruhi dan pembentukan peribadi pembaca. Inilah kawan yg bakal diteladaninya

Namun saya menjadi bosan bila buku yg ditatapi memperlihatkan banyak kesilapan ejaan, dan jika diterjemahan pula seolah-olah bahasa Indonesia atau jika terjemahan inggeris sehingga sukar di faham dan terpaksa diulangbaca. Begitu juga font yg digunakan sehingga sukar dibaca dan di fahamilah sasarannya. Ini adalah penilaian saya dan sebagai syarikat penerbitan jgnlah terlalu gah mengejar KPI atau memberi tekanan kepada editor sehingga memaksa mereka melepaskan batuk di tangga.
“ kene buat koje, kalau x kena fired” Ini merupakan satu bentuk tekanan dan bukan kaedah yg sesuai utk seorang editor. Lazimnya mereka juga berpengetahuan luas dan mempunyai minat dalam penulisan dan pembacaan.

Hargailah tugas dan tgungjwab yg dipikul dan berikan komitmen dan pandangan sebelum buku itu tercetak. Sayangnya kuantiti buku tanpa quality sbg kayu ukurnya. Peranan mereka dibelakang tabir tak pernah dinobatkan bahkan tersingkir dari media.
Mengapa tidak diberi peluang kita mengenali mereka dan tugas mereka yang mungkin seorg COO merangkap editor berjaya ….?? Fikir2kan

Penghargaan dan kekaguman ini saya tujukan buat editor buku kerana ketelitian setiap huruf, setiap patah perkataan dan setiap helaian memberi manfaat dan pahala selama dan selagi ilmu yg disampaikan oleh penulis diamalkan oleh pembaca.. Alangkah indahnya pahala dan ganjaran yg terima mengalir berterusan dari dakwah yg disampaikan oleh penulis dan disokong oleh syarikat penerbitan dan yg berkaitan dgnya.

Semuga paparan ini memberi input dan kepekaan buat yg terlibat dan sebagai pembaca anda layak memilih buku berdasarkan kulit ataupun kandungannya.
Apa yng penting marilah membaca dan suburkan roh membaca dalm rumah tanpa tangga anda.


Yang baik kita teladani dan contohi dan jadikan setiap hari adalah hari membaca…
2010 adalah tahun membaca kita

2 comments:

umiazuddin said...

Salaam Ain,

Ohh Ain pernah jadi editor ye? (tajuk n3 ini diabaikan..hehe)Bolehlah beri tunjuk ajar kepada kak chiq bagaimana hendak perbaiki hasil terjemahan kak chiq nanti. ;)

Walaupun sedar tugas editor tu merangkumi pelbagai aspek dalam penghasilan sesebuah buku itu, tapi yang paling kak chiq runsing ialah apabila membaca isi kandungan buku yang banyak sangat kesalahan ejaan & tatabahasa...hmmm

VpeaceV

ainhany said...

waalaikum salam wbkth
kak chiq sihat?

terima kasih kak chiq...
sukanye ain dpt berkongsi rasahati nie..Rungsing itu yg sepatutnya kita rungkaikan kerana kemungkinan syarikat penerbitan mengabaikan ketelitian/terlepas pandang perkara yg menjadi punca kita malas nak membaca buku hingga akhir..

N3 seterusnya nanti ain nak buat kupasan buku-kita sama2 komen- utk kabaikan mudah2an kawan itu dpt mempengaruhi kita..

lagi??? ain hormati kerjaya kak chik sbg penterjemah dan bolehkah ditemui "kwn baru"di pasaran...Ini juga kerjaya yg tak penah dinobatkan apatah lagi diketahui masalah di balik tabirnya...kak chik..meh kita selongkarrr...