Thursday, December 2, 2010

Lebih baik di tanduk dari di palit lumpur

Mimpi kakak ipar saya pagi tadi  mnceriakan saya,
 sdg dia berada di kawasan seperti ladang, tetiba ada dua ekor lembu datang mnyerang dan saya tampil sebagai heroin untuk menghalang serangan lembu tersebut.... Seekor lembu telah menanduk saya dan dia pun menjerit untuk minta bantuan...:)
mimpi pun tamat tanpa akhiran dan kesudahan. Apakah makna disebalik mimpinya ini??


Mimpi hanyalah sekadar mainan tidur dan tanpa mimpi pun tak menjejaskan kehidupan kita. Tapi kita perlulah peka dengan mimpi seperti kata ustaz Syarhan dalam satu kuliah pengajian perubatannya.  Tika itu jarak saya dengan meja ustaz hanya sedepa dan puas saya meneliti satu demi satu mimpi  dari nota yang disediakan sama ada  pernah saya mengalaminya ataupun tidak. Bila saya angkat  kepala rupanya ustaz sedang memerhati reaksi anak muridnya ini. Saya geleng kepala dan ustz pun kata alhamdulillah dan angguk. Alhamdulillah

Secara peribadi saya jarang dan sukar bermimpi. Insya ALLAH menjadi amalan rutin memulai tidur dgn doa dan mmbayangkan ini adalah nafas saya yang terakhir andai esok bukan untuk saya lagi saya rela pergi tak kembali.LA ILA HA ILLALAH.

Tidur kita adalah mati dan mati adalah kerehatan bagi orang yng beriman. Andai saya dipilih untuk bermimpi, saya ingin bermimpi  bertemu Rasulullah. Banyak sunnahnya ditinggalkan ummah.. Adakah sesuatu yang pelik untuk manusia banyak khilaf dan kurang ilmu ini untuk bermimpi bertemu dgn baginda??.

10 comments:

sahromnasrudin said...

as salam ziarah..semoga apa yang akak hajatkan itu kan tercapai

SiNoMoSa said...

salam kanda,

mimpi mainan tidur..
orang selalu bpendapat bhw jika mimpi dipatuk ular makanya yg bermimpi akan dipinang orang..sbnrnya mengikut kata ustaz yg sy dengar..ada ilmu hitam yang hendak dikenakan..wallahualam..

deena farhana said...

salam kak ain..

deena selalu mimpi jadi permaisuri raja tau...adehhlaa..kelaka..hehehe

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mimpi terbahagi kpd 2 iaitu `rukya` mimpi yg benar (Surah Yusuf:5) dan `Adh`atthu Ahlam` mimpi yg kacau-bilau/karut (Surah Yusuf:45). Andaikata kita ingin bermimpi bertemu bertemu dgn Rasulullah saw, (InsyaAllah) kenalah kita mengikuti sunnahnya dahulu. Persoalannya, apa itu sunah? Dari segi bahasa sunah = pekerjaan= apa yg dilakukan samada ucapan dan/atau perbuatan. Bermaknanya sunah Rasulullah saw ada yg wajib dan ada yg sunat spt mana terdapat dlm sebuah hadisnya, "Sunnahku ada 2 jenis sunah, Sunah yg wajib asalnya dari kitab Allah (AlQuran), mengambil AlQuran menjaikan seseoran berpetunjuk manakala meninggalkannya akan menjadi sesat. Sunah yang kedua, mengambilnya adalah berpahala dan meninggalkannya dgn tiada kesalahan". Riwayat Muslim.
Namun ada juga sunah yg diharamkan spt (wisol) puasa yg dibuka puasa keesokkannya, berkahwin melebihi 4 isteri dlm satu2 masa dsb. Wallahualam

HaDi said...

Salam...

InsyaAllah..jika Allah mengizinkan,,segalanya tidak mustahil...

ainhany said...

waalaikumusalam

--->dik Sahrom,
InsyaALLAH.
Doakan kebaikan kita bersama demi agama...:)


---> dik syima
hihi....mhn dijauhi jua adanya.
ta ada tak benar melainkan benar belako!! Amacam dik? ade mimpike?


---> Permaisuri Deenaa,
amacam nak kena buh DYMM ke??dgn resminya, hari ini akak beri gelaran pemaisuri maya.


---> ustzah Tajnur,
Alhamdulillah.. bahagia mmiliki shabat yg sering ingt dan mmberi tazkirah begini. InsyaALLAH satu info yg amat bermanfaat utk diamalkan..jazakilah


---> Akhi Hadi,
insyaALLAH..semuga akak terpilih menemuinya jua. doakan bersama jua.
Insya ALLAH/

Ainur68 said...

Salam ziarah. Sedap nya tidur malam tadi...x der mimpi pun!

azlina said...

assalamualaikum ain...

mesti mimpi yg ain alami ni ain terasa kesan di hati sehingga ber n3...apapun kita mohon yg baik2 dr allah swt...

btw akk sebnrya di lahirkan di kedah usia akk 4 thn kami seluruh keluarga berhijarah ke KL tetapi masiha da sedara mara di utara...
mak akk skrng di kuala selangor...kakak2 akk je yg baru berpindah ke utara..

ainhany said...

salam Ainur68,

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak

haha..tidur sakan yer? Nie pasti makan kenyang dan hdup senang. tak gitu ainur???

ainhany said...

waaalaikumusalam kak ina,

ooooo pembetulan...Bukan mimpi ain tapi ain jadi heroin yg ditandauk dlm mimpi kakak. Tu yang terharu tu... naper tetiba ain terpilih aktornya..hihii

ooo begitu kisahnya...tak kiralah kak..kat IC tetap 02 jugak kan.
Tentu kelu jugak laa noo nak guna loghat kedah..takpa lain kali pi lagi noo. Org kedah baek2 tau.

Kalaulah kak ina dok german mesti dah bergulung2 lidah cakp deuthland.hihiii..alaa macam cakap jawa je?ehikk