Dgn nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Aidil Adha kali ini saya bukan shja dapat bersama emak dan family di kampung tetapi di ulit percutian hujung minggu yg panjang…..Segalanya kerana dia… Kami akan sering berbalah, jika dia tak memulai , saya yang mendahului.. Kekadang saya di teguri oleh kakak-kakak saya kerana suka menyakatnya tetapi inilah cara kami bermesra.
Sebagai anak ketiga, karektornya agak berbeza daripada yang lain. Dia suka mengusik dengan sepupunya juga dan bagi yang tak mengenalinya pasti mengatakan dia berwatak pendiam. Pernah mengikut familynya ke Dundee,UK semasa abg saya melanjutkan pelajarannya ke sana dan ini membakar semangat untuknya untuk menjejaki kejayaan ayahnya jua.
Masih saya ingat perkara yang membanggakannya ialah ibu menyarungkan pakaian seragam sekolahnya di AWAL persekolahannya dan IBU jugalah menyarungkan pakaian seragamnya di AKHIR persekolahan kerana ketika itu dia mengalami kecederaan akibat kemalangan dalam tempuh menghadapi SPM . Namun berbaloi-baloi kerana dia berjaya juga menamatkan pengajiannya di sebuah IPTA dan telah menjawat jawatan sewaktu dengannya.
bersambung..
4 comments:
tahniah utk dia
Assalamualaikum Ain
moga dia menjawat jawatan dgn penuh tanggungjawab
Wassalam
--> dik shah,
Terima kasih
--> THRozali,
Alhamdulillah, rezeki untuknya jua
tahniah dan murah rejekinya selalu...
Post a Comment